Thursday, September 30, 2010

I love my housemate...

Assalamualikum wbt..


I LOVE MY HOUSEMATE!! THEY ARE GREAT...

Hari nie best giler.. Alhamdulillah.. Lela n Yana wat pose ganti hari nie.. Aku wat puasa sunat khamis.. Ganti aku dah abis dah.. Pas masing2 dah abis kelas, petang tue kami masak ramai2.. Anis jadi tukang rasa coz dia tak pose.. Kami masak sardin... Waaa, my favorite tue.. Hehee... Tu je ada kat umah sebenarnya.. Nak kuar g kedai malas plak rasanya walaupun kedai depan rumah jer.. Hehe, takpelah.. Sardin pun sedap apa.. Aku kalau makan sardin wajib tambah nasi.. Hehhe...

Lepas masak, masing2 mandi bersihkan diri.. Bila dah maghrib, bkak pose.. Then, yang paling best.. Aku n my roommate berjemaah maghrib.. Seronoknya.. Rasa bertuah sangat dapat roomate yang best.. Anis and Yana banyak bantu aku dalam perjalanan aku ini.. Thanks korang.. Love you.. Pas solat barulah kiteorg turun makan nasi. Macam2 lauk ada walaupun yg simple2 jer.. Ada  2 jenis sardin, satu aku masak, satu anis masak, telur dadar lela wat, sayur lemak putih nana masak, ikan masin, and air teh o lela wat.. Walau pun simple jer, tapi aku cukup bersyukur sebab ada rezeki kami, sedap, dan kami kenyang.. Alhamdulillah...

Rumah aku nie ada 8 org.. Tapi sekarang tinggal 7 jer coz zai dah kuar... Dia pindah umah kakak sedara dia kat fasa 3.. Kak sedara dia tue dok sorang.. So, dia temankanlah.. So, jadinya yang tinggal adalah lela, yana, anis, nana, ram, lin dan aku.. Aku sayang dorg suma coz they're very supportive.. Tak kedekut ilmu dan nak membantu aku.. Thank you gals... Hanya doa mampu ku balas jasa korang pada aku... Moga persahabatan kita kekal sehingga ke akhirnya.. Ameennnnn......

nampak tak ape yang aku nampak?
Huhu.. Cell ni macam muka orang.. 2 mata, bijik mata pun ada, hidung dan mulut ternganga.. Aku panggil cell hantu.. Hahaha.. Dok penat2 screen slide, sekali terjumpa benda pelik plak.. Bila diamati betol2, macam muka org pulak.. Abis aku panggil kengkawan mai tgk microscope aku.. Then, this pic is taken.. Nampak tak? Haha, sometimes, benda cam ni ley chear up kita nyer mood lepas mata penat sampai juling2 screen berjam-jam.. Oh cyto lab.. Respect giler cytoscreener yang hati penuh kesabaran.. Aku tak sesabar itu.. haha...

Nasihat untuk diriku sendiri....

Assalamaualikum wbt...

Hidup ini penuh pilihan.. Pilihlah jalan yg diredhai Allah SWT.. Aku menulis untuk diriku.. Untuk dijadikan tempat rujukan dan peringatan bila aku leka, untuk dijadikan tempat aku meluahkan perasaan, untuk belajar dan berkongsi ilmu, untuk mendidik diri sendiri agar menjadi lebih baik dari semalam, dan untuk terus kekal dijalan ini..

Hujan.... Ya, sekarang sering hujan.. Pergi kelas hujan, balik umah pun hujan.. Dah nama pun musim hujan.. Bila hujan, ramai yang mengeluh.. Alaaaa, hujan lagi.. Termasuk juga diriku.. Aku sepatutnya bersyukur dengan rahmat Allah.. Ya Allah, ampunilah aku...

"Hujan lagi.. Tak keringlah kain macam nie.. Nanti bau hapak.. Eee, tak suka lah... "
* Basuhlah setiap kali mandi.. Jangan kumpul2 baju tu sampai terkeluar bakul baru nak basuh..

"Ala, basahlah nak g kelas macam nie..."
* Hujan kan rahmat Allah.. Bersyukur la wahai nuraishah...

"Hujan... Sedap nie tidoe.. "
* Woit, final dah dekat nie.. Nak tidoe lagi ker? Keje ko yang bertimbun tue bile lak ko nak wat? Bangun bangun!!

"Malas arr nak g kelas.. Dok umah lagi best, ley wat keje.."
Uish, kelas kena g.. Kuatkan semangat.. Ko kena pandai bahagi masa..

"Hmm, subuh nie hujan arr.. Pas solat aku nak tidoe balik lah..."
Jgn2.. Angah cakap pas subuh n pas asar tak baik tidoe.. Baik ko wat keje ke, zikir byk2 ke.. Baca buku ker.. Tue, buku yg ko beli hari tue.. Tak abis baca lagi kan?

Solat...
Solat fardhu itu wajib... Dulu, solat ku lubang2.. Paling berlubang subuh arr.. Liat giler bangun... Huhu.. Sekarang Alhamdulillah, tidak lagi.. Alhamdulillah.... Aku insan cetek ilmu.. Baru teramat baru hendak belajar.. Tapi bila kau tengok sekeliling aku, mcam2 orang aku nampak.. Dulu aku wat tatau jer.. Lantak dorg la.. But now aku suka sangat berfikir...

Solat itu perintah Allah.. Wajib ditunaikan.. But, tunaikanlah betol2.. Jangan semayang macam ayam patuk tanah.. Easy words, Solat express.. Mana ley camtue... Bacalah pelan2.. Fahami maksudnya.. (Ada dalam post keindahan solat)... Cuba kusyukkan diri... Kita solat  nak jumpa Allah.. Siapkanlah diri secantik mungkin.. Kalau nak g jalan bley plak ko melaram segala.. Amik wuduk betol2.. Jangan men curah2 cuit2 sikit jer.. Wuduk kan syarat sah solat.. Kalau wuduk ko tak sah, solat pun tak sah la.. RUGI wooo... Hmm, pakai telekung cantik2... Pastikan aurat suma dah tutup.. Then solatlah dengan tenang...

Waktu solat plak.. Sebolehnya solat lah diawal waktu.. Kalau ada dalam kelas tue takpelah.. Tapi if kelas abis kul 6 cam lab cyto tue, b4 balik, terus la singgah surau lu.. Tunaikan yang wajib dulu.. Kalau otw ko nak balik umah nanti ko ditakdirkan exident ke, meninggal ke.. Tak ke rugi? Cer pikir..

Subuh.. Bangunlah awak sikit.. Wat solat sunat lu, zikir n doa sementara tunggu subuh.. Waktu tue mustajab tau!! Kalau kawan kejutkan nak bangun subuh tue, bangun la terus.. Jangan tarik simut lagi tinggi plak.. Takkan nak kena kejut sampai sepuluh kali baru nak bangun... Ko dah besar kot.. Pikirlah sendiri..

Bila dengar azan tue, diamlah.. Jawab azan tue.. Jangan dok bersembang.. Gelak huha huha.. Tak sopan langsung.. Kalau bkak lagu tue, off la kejap.. Dengar azan dulu..

Kalau nampak org tengah semayang, jangan la cakap kuat kuat.. Ganggu org tu nak solat.. Tak kusyuk dia nanti.. Cer masa ko solat, ada orang nyanyi tepi ko.. Geram tak rasa? So, jangan wat apa yang ko tak suka org len buat kat ko.. Kalau tak, ko pun nanti sama je ngan org tue.. Tol tak? hehee

Percakapan:

Dari ko sebut, "oh my god" bek ko sebut "YA ALLAH"
Dari ko sebut "oh S**T", bek ko sebut "ASTARFIRRULLAH ALAZIM"
Dari ko melatah cakap 'oo mak ko jatuh', baik ko sebut "ALLAHUAKBAR"
Dari ko banyak cakap, baik ko diam.. Banyak cakap banyak dosa.. Sebab lidah kita nie susah nak kawal..
Dari ko nyanyi lagu yang mengasyikkan, baik ko berzikir.. Sebut nama2 ALLAH.. Asma ul Husna tu amalkan.. Aku baca dalam buku anis, bgus baca asma ul Husna..

Mata:
Bila ko jalan, berselisih dengan lelaki, pandanglah bawah.. Kalau laki tue hensem, nak pandang jugak, sekali cukup lah.. Heheh, kang jiwa tak tenang plak kan.. haha.. Jangan sampai sanggup patah balik nak tgk muka dia dah la.. Huhu.. Tak bek tak bek, zaman tu dah jadi sejarah sha..

Common sha, you can do it.. InsyaAllah.. Bersamalah kita mencari cinta Ilahi..


Aku baru jumpa lagu nie.. Aku rasa lagu nie dah berkurun kot ada di pasaran.. Tapi aku baru jer tau.. Hmm, lekanya aku dahulu.. Rugi rugi.. Takpe, alhamdulillah.. kini tidak lagi, insyaAllah.. Ada gak rezeki aku.. Hmm, best.. Dengar arr..

Monday, September 27, 2010

Final exam is coming soon...

Assalamualaikum..

Bru pas check exam timetable.. huhu.. Start 26/10.. Fin 9/11.. But the gap between BB and Cyto sehari jer..Arghhhhhhh... Cyto to Viro dia bagi 11 hari plak... Yg 4 kredit tu la gap sehari.. Hmm, takpelah sha.. Kuatkan semangat.. You can do it!! InsyaAllah.. USAHA, DOA,TAWAKAL..

Moga aku dapat dean list sem nie.. Amin...
InsyaAllah...

Asma ul Husna...


LailahaillAllah... Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Allah Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa;
Berdoa dengan asmaul husna akan segera diijabah (dimakbulkan) kerana ketika seseornag menyebut asma ul husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik sehingga ke tempat ijabahnya, Allah SWT..

Sunday, September 26, 2010

Kalau dahi tidak memcecah sejadah di dunia

Kalau Dahi tidak Mencecah Sejadah Didunia...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih
 
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar Solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan untuk yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Kerana ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
 
Justeru bila Dia menyeru
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air mani yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT???
"Salinglah kita berpesan-pesan  kearah kebaikkan"

Saturday, September 25, 2010

Air mata ibuku yang tak sanggup ku dengar...

Assalamualikum wbt...

Ibuku msg aku tadi, dia kata "Sedihnya bila angah dah balik kl.. Alip pulak pg camping.. Sunyinya rasa.. " Aku tau hati ibu ku sensara bila aku membaca msgnya itu.. Lalu aku terus menelefon ibuku.. Dari suaranya aku tahu dia sedang menangis.. Tapi dia cuba sembunyikan dengan bertanyakan perihalku.. Tapi aku tahu..

Bila aku tanya pasal angah, mak mula menangis lagi.. Kali ini tak dapat dibendung lagi kepiluan hatinya itu... Dia memberitahuku, dia mengunci pintu bilikku yang angah duduki selama 3 bulan since dia keluar hospital.. Mak cakap, dia tak boleh masuk bilik aku.. Dia terbayang2 angah, ibrahim dan khalid.. Manataknya, 3 bulan dia membela mereka.. Dari kaki kakakku tak dapat memijak tanah langsung, sehinggalah dia mampu berjalan tanpa tongkat sedikit demi sedikit.. Dari mak aku membawa makanan dan air semua ke atas untuk akakku makan kerana dia tak mampu turun, shinggalah akakku mampu untuk turun makan bersama di meja makan..

Aku faham perasaan ibuku.. Bila aku cuti sem 2 bulan pun dia begitu.. "Ano tak da nanti susahla mak.." Ayat tue lah yg akan dia ulang dan ulang seminggu dua sebelum cuti sem ku habis.. Ayat itulah juga yg akan dia perkatakan kpd kawan2 dia bila mereka dtg ke rumah kami.. Aku hanya mampu mendengar.. Tak tahu apa yg harus aku perkatakan..

Raya lepas, aku cuti 2 minggu, kak yong seminggu.. Masa aku dan kyg nak balik pnck alam, ibuku menangis lagi.. Itulah ibuku... Amat menyayangi anak2nya... Aku sangat teramat sangat sayang pada ibuku..

Mendengar rintihannya di telefon tadi, secara automatik airmataku turun laju membasahi pipi.. Aku memang lemah dengan airmata ibuku.. Tak sanggup aku mendengarnya.. Tak sanggup aku melihat dia sedih.. Bila di depannya, aku masih mampu bertahan.. Tapi di dalam telefon, tak terdaya diri ini.. Kerana aku tak mampu untuk memeluk menenangkan dirinya.. Ya Allah, kini juga aku sedang menangis...

Ibuku... Sharifah Durah binti Mior Ishak.. Seorg yg begitu gigih membesarkan anak2nya.. Begitu besar jasanya pada kami 4 bradik.. Masa dia masih sakit, dia gagahkan juga untuk membuat kerja2 rumah.. Bila tgnnya luka berdarah kena pisau, masih juga dia meneruskan masakannya walaupun pedih terkena air atau perahan limau.. Ibuku tidak mengeluh.. Dia hanya diam.. Bila dia dah tak larat sgt, dia akan naik ke bilik untuk baring kejap.. Kadang2 dia terlena.. Bila aku nampak dia tidur, tak berani aku untuk mengejutnya atau membuat bising.. Kerana aku tau dia penat.. Ibukulah org yg paling awal bangun, dia jugalah orang yang terakhir tidur..

Aku hanya mampu mendoakan ibuku.. Moga ALLAH tabahkan hati ibuku dalam menempuhi dugaan ini.. AKu tahu dia rindukan ibrahim dan khalid.. Aku tau dia rindukan riuh rendah rumah kami bila cucu2nya ada.. Walaupun rumah bersepah dgn mainan bila cucu2nya balik, ibuku tak pernah marah.. Dia biar je.. "Biasalah budak2 katanya.."

Aku tahu dia sunyi sekarang.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, tabahkanlah hati ibuku.. Moga dia tenang menghadapi hari2 yang mendatang... Amin...

Andai...

 Sajak ini bukan ciptaanku.. Aku tidak pandai bermadah kata.. Sajak ini kujumpa dan ingin ku kongsi untuk kebaikan bersama.. Moga Allah memberi kita al-huda (petunjuk)...

Andai Hidup Adalah
Satu kehidupan yang panjang,
Wajarkah Waktu di buang-buang?

Andai Hidup Ini
Terlalu Singkat,
patutkah kita
Melengahkan Taubat?
 

Kamu perhatikan.
Keluar kita ke dunia; dibacakan azan di teliga.
Mati kita daripada dunia; disolatkan kita
Dalam keadaan berbalut kaki hingga kepala.

Kamu fikirkan
Antara waktu mulanya azan hingga waktu solat
Berapa banyak masa yang kamu boleh permainkan?

Andai masa itu tidak berharga
Untuk apa Allah mengurniakannya?

Terkelip kelip...

Assalamualikum wbt..

Aku tak tau nape malam nie aku tak ngantukk... Mata nie segar bugar sebugar bugesss... Selalunya aku kul 11 dah nguap2.. Sleepy.. Kul 12, tidoe.. 12 tue kira lambat gak arr.. Selalunya aku tidoe kul 11.. hehee... Tapi malam nie, segar lak mata nie.. Sorang2 dah nek atas tidoe.. Skrg tggal aku n ram je kat bawah tapi ram pun dah tertido kat lantai nie ha.. Tinggal aku sorang je lagi mata terkelip2.. Aku wat lab report cyto.. Sesekali, mata aku hinggap kat tingkap yg bertentang ngan meja study aku nie.. Aku nampak gelap jer.. Ada cahaya skit2 dari lampu jalan.. Seb bek meja study aku tak directly dekat tingkap.. Adalah dalam 2 meter.. So, takda la horror sgt.. huhu.. Tapi sebab ram tidoe bawah ni je aku berani.. Kalau sorang tak de maknanye aku nak stay kat bwah nie sensorang.. Haha..

Hmm, bila ko nak tidoe ni sha? Esok nak bangun awal.. Slalu aku bgun dalam kol 5 ke 5.30 gitu.. Uish, takkan 3 jam je ko tidoe? Waa, nanti ada eye bag kat mata aku.. Ish ish..Esok nak g Jusco Bukit Raja plak tue.. Ada blood donation.. Cik Zamri suh g.. Kna wat report for my immunohaematology subject sambil menderma darah..  Hmm, terkenang plak program derma darah yg aku handle dulu.. Bestttt....

Hmm, pas raya nie banyak tol keja nak kena wat.. Takpe takpe, Alhamdulillah... Dah nama pun student kan.. Jgn nak kompelen kompelen plak ye cik nuraishah.. Ingat, untuk apa ko blajar? Aku belajar untuk Allah, ibubapaku, keluargaku.diriku, dan untuk menolong org lain.. Study btol tol.. As what Dr Ros slalu cakap.. Keje kami ni melibatkan nyawa orang.. So, masa study nie toksah memain ye.. Dah dah, g sambung keja.. Dah tak da org nak cakap, ko cakap ngan diri sendiri plak ye? Haha.. Dah aishah... FOKUS... K lah, sampai sini jer.

salam... Moga aku ngantuk jap g coz my body and my brain need to rest.. InsyaAllah..

Friday, September 24, 2010

Potong kuku...



Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
 
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). 

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada: 

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. 
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat 
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit 
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. 
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. 
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. 

Syukur rumahku dekat ngan surau..

Assalamualikum...

Syukur alhamdulillah, rumah ku di png dan rumah sewa ku kedua2nya dekat ngan surau.. Pagi pagi pas subuh, aku dapat dengar kuliah subuh walaupun aku di rumah.. Kadang2 jelas, kadang2 aku kena gak menajam najamkan telingaku untuk menangkap perkataan yg aku dengar.. Pe pe pun, ALHAMDULILLAH.... Terima kasih ALLAH...

Dari apa yang aku baca, bagi lelaki, mereka amat dituntut untuk berjemaah.. Tapi, bagi wanita, solat kita adalah lebih afdal dilakukan dirumah... Ianya lebih baik jika dilakukan di dalam bilik tidur kita kerana lebih terserlah sifat malunya..

Moga moga, lepas aku bernikah, suamiku mengimamkan solat2ku.. Amin...

salam...

Thursday, September 23, 2010

Mari kita berfikir..

Assalamualaikum wbt..

Allah SWT memberikan kita akal untuk kita berfikir.. Otak kita kecik je, tapi functionnya Subhanallah, amat mengagumkan.. Aku sayang otak aku.. Tapi aku rasa aku tidak menggunakannnya dengan sepenuh dan sebaiknya.. Mari kita berfikir, dan berfikirlah dengan betul.. Berfikirlah berlandaskan islam..

Apa corak pemikiran kita menentukan siapa diri kita.. Dulu pemikiranku lain, skrg lain.. Aku bersyukur pada Allah.. Alhamdulillah..

Dulu aku menganggap ibadah sunat itu takpa jika kita tinggalkan, sekarang aku berfikir ibadah sunat itu jika ditinggalkan tanpa sebab yang kukuh, maka amat rugilah org itu...

Dulu aku berfikir, semua melayu adalah islam.. Sekarang aku terfikir, adalah semua melayu itu mengamalkan cara hidup islam? Atau hanya pada nama agama di IC masing2..

Dulu aku berfikir, bila kita buat ibadah, kita akan dapat pahala.. Tapi kini aku pikir,adakah amalan kita itu betol2 diterima Allah.. Aku takut nanti, bila aku terima buku catitanku, ianya terlalu nipis ataupun kosong.. Menangis aku memikirkannya.. Amalan yg kita buat hendaklah ikhlas untuk Allah.. Bukan untuk menunjuk2 atau untuk org lain.. Segalanya untuk ALLAH SWT.. Kita haruslah sentiasa berdoa Allah menerima amalan kita..

Alasan.. Hmm... Banyak sungguh alasan yang diberikan setiap hari.. Aku rasa alasan2 ini harus dikurangkan kerna ianya tidak baik.. Alasan hanyalah untuk org2 yang lemah.. Kita tak seharusnya berkrompomi dalam mengejar cinta Allah..

Tak perlu alasan benda tu sunat ke apa ke.. Tak perlu kata, bila ramadhan je org pg masjid, berjemaah, berzikir, cari info di internet la apa la... Tak perlu mengatakan hal orang lain.. Tak perlu begitu.. Apa yang penting, niat kita.. Kita jangan jadi seperti mereka.. Tak guna kalau hanya mengatakan sahaja tapi diri sendiri pun sama gak tak buat apa apa.. Worthless.. But good if kalau kita berkata2, then kita buat.. Jangan hanya manis pada mulut tapi badannya tidak bergerak..

Aku sedar diri ini lemah.. Ilmu yang aku ada terlalu cetek... Tapi aku tahu kalau kita ingin mencintai sesuatu, kita kena mencarinya.. Untuk mencintai islam, kita harus belajar mengenainya.. Kemudian kita mengamalkannya.. Bila kita sendiri rasa kemanisan itu, maka kita akan mencintainya..

Aku perlu istiqamah.. Aku perlu teguh pendirian.. Aku perlu kuat.. Aku melihat amalanku berkurang selepas ramadhan.. Aku harus kerja lebih kuat.. Aku kena pandai mengimbangkan antara dunia dan akhirat.. Moga Allah menbantuku.. Memberiku taufiq dan hidayahNya kepadaku.. Moga aku kekal dijalan ini.. Sesungguhnya aku tidak menyesal memillih jalan ini.. Jalan ini terbukti lebih indah... Alhamdulillah, keluarga, kawan2 dan ramai lagi menyokong dan membantuku.. Terima kasih semua..

Wednesday, September 22, 2010

Menitis airmataku...

Aku percaya pasti ramai yang mengenali lagu ini..
Marilah kita sama2 menghayatinya dgn sepenuh ketakwaan pada ALLAH SWT..

Monday, September 20, 2010

DOA

Malas berdoa ialah tanda tanda kekerasan hati dan kesan drpd keras hati itu akan menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat. Jadi marilah kita memperbanyakkan doa kerana antara suara yg paling Allah cintai selain drpd tangisan hamba-Nya yang bertaubat ialah doa drpd hambaNya yang meminta...

Doa2 nie inginku kongsi untuk kebaikan bersama... Moga kita amalkan..

1. Doa org yg mengalami kesulitan:

اللهم لا سهلَ إلاَّ ما جعلتَهُ سَهلا وأنت تَجعَلُ الحَزنَ إذا شِئتَ سهلا

Maksudnya: "ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya"


2. Doa ketika marah:

أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرجيمِ. اللهم اغفِرلِي ذَنبِي وأَذهِب غَيظَ قَلبِي وأَجِرنِي مِن الشَيطَانِ الرَّجِيم

Maksudnya: "aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk"

3. Doa memohon kesabaran:

اللهُمَّ أَفرِغ عَلَيناَ صَبراً وثَبِّت أَقدَامَناَ وانصُرنَا عَلَى القَومِ الكافرين

Maksudnya: "ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari"

ADAB BERDOA:
Sebelum:
- sebaiknya berada di dalam keaadan suci drpd hadas dan berwuduk
- menghadap kiblat jika tiada halangan
- memilih waktu yg mustajab
- memilih keaddan yangbaik (sewaktu sujud, antara dua khutbah, berpuasa dll)
- pastikan makan dan minum dari rezeki yg halal kerana Allah menolak doa org yg makan dan dibesarkan dr sumber haram
- hendaklah mengutamakan doa untuk diri sendiri berbanding org len

Semasa:
- memula dan mengakhiri doa dgn memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- berdoa dgn mengucapkan "Ya Rab" sbyk 3x
- tunduk dan menadah tangan dengan penuh rasa hamba pada Allah
- tidak mengangkat suara ketika berdoa secara keterlaluan
- mengakui dan menyesali dosa yg dilakukan
- berdoa dgn penuh perasaan takut akan kehebatan dan kebesaran Allah serta kusyuk kepadaNya
- berdoa dgn penuh perhatian dan kesungguhan
- ulangi doa yang dibaca sekurangnya 3x
- tidak mendoakan sesuatu yg buruk
- menggunakan ayat yg ringkat tapi padat

Selepas:
- menyapu muka dengan tangan selepas berdoa
- mengaminkan doa yg dibaca
- bersangka baik pada Allah akan memakbulkan doa kita
- bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yg dipohon

>> dari majalah SOLUSI keluaran 22<<

 WAKTU MUSTAJAB:
- antara azan dan iqamat. Sebagaimana nabi berkata, "Tidak ditolak sesuatu yg dimohon antara azan dan iqamat"
- Abu Dawud melaporkan, semasa melakukan jihad nabi berkata "Ada dua waktu di mana pintu2 doa dibuka dan doa sesorg itu tidak akaun ditolak iaitu ketika seseorg menghadiri seruan azan dan ketika memasuki barisan untuk berjihad di jalan Allah" Dalam hadis lain disebutkan, "Ada dua waktu di mana doa seseorg tidak ditolak iaitu ketika diserukan iqamah untuk solat dan ketika berada dalam barisan untuk berjihad di jalan Allah"
- antara waktu asar dan maghrib
- antara waktu zuhur dan asar
- pada bulan ramadhan
- di hadapan kaabah, di hari arafah dan hari jumaat
- di kala khatam Al-Quran
- pada pertengahan atau sepertiga akhir malam setelah melakukan solat malam ataupun berwirid (zikir)

>>Dari buku kisah2 doa & taubat para nabi, khairul ghazali<<

DOA YANG TIDAK TERHIJAB
- Doa ibu bapa kepada anak2
   nabi saw bersabda yg bermaksud "Tiga doa yg pasti dimakbulkan Allah ialah doa seorg ibu bapa, doa org  yg bermusafir dan doa org yang dizalimi" (Riwayat Abu Daud no 1536, al-Tarmizi no. 3448 dan Ibn Majah no 3862)
- Doa anak soleh yg mentaati kedua ibubapanya
   Rasulullah saw bersabda tentang Uwais bin Amir "Dia memiliki ibu yg sgt ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah SWT akan makbulkan"  (Riwayat Muslim no 2534 dan Ahmad no 2025)
- Doa org yg teraniaya atau mereka yg berada dlm kesusahan
   Rasulullah saw pernah bersabda "Takutlah kamu doa org2 yg dizalimi kerana tiada sesuatu penghalang antara doanya itu dgn Allah SWT"
- Doa seorg sahabat yg mendoakan sahabat dlm keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan.
- Doa org yg sedang bermusafir
- Doa org yg berpuasa hingga berbuka
- Doa pemimpin yg adil untuk org dibawahnya

>>dari majalah SOLUSI edisi 22<<


SEBAB DOA TIDAK MAKBUL
- kami mengenali tuhan tapi kamu tidak memenuhi hak2Nya. maksud hak adalah kewajiban beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya dan menjalankan perintahNya.
- kamu banyak membaca Al-Quran tapi tidak mahu mengamalkannya. 
- kamu mengakui mencintai nabi tapi kamu meninggalkan sunah2nya
- kamu mengaku menjadi musuh syaitan tetapi kamu mengikut hasutannya (mengikut nafsu)
- kamu memohon keselamatan dari seksa api neraka tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri kedalamnya (maksudnya semasa berdoa berada dlm keadaan belum dibersihkan drpd kekotoran batinnya. Smasa berdoa dgn tekun dan kusyuk memohon keselamatan drpd pedih api neraka tetapi dalam kehidupan sehariannya dia tidak mahu meninggalkan perangai2 buruk dirinya)
- kamu berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga tetapi kamu enggan melakukan untuk dapat masuk kedalamnya
- kamu tahu kematian itu benar adanya tapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menjumpainya
- kamu sibuk dgn aib org lain tapi aibnya dirimu sendiri kamu tak mahu tahu
- kamu sudah byk memakan nikmat Allah akan tetapi kamu tidak mensyukurinya
- kamu sering menguburkan mayat tetapi tidak pernah mengambil ikhtibar drpdnya

>>SOLUSI edisi 22<<

ayat yg aku suka, lebih kurang bunyinya mcm nie:
Jika doa kamu cepat dimakbulkan Allah, maka itu maknanya Allah menyayangimu
Jika doa kamu lambat dimakbulkan Allah, maka itu bermakna Allah ingin mengujimu
Jika doa kamu tidak dimakbulkan Allah, maka Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk dirimu..

wallahualam

MOGA POST INI MEMBAWA KEBAIKAN UNTUK SEMUA.. INSYAALLAH..






my fav..

Assalamualaikum wbt..

Penat dah study.. Tulang pun dah sakit... Relax jap bukan bersama kit kat tapi bersama blog ku tersayang.. Hehee.. K lah, MY FAV....

my fav color: Light purple n white

my fav outfit: Baju kurung (Ya aku budak kampung)

my fav food: Nasi + sardin + telur dadar + kicap + petai.. (Konfem tambah nasi)

my fav drinks: Air masak, teh o panas, juices (aku peminat setia jus buah2an)

my fav juice: Sour sop (Durian belanda)

my fav cake: Secret recipes blueberry cheesecakes

my fav icecream: Pedelpop

my fav sandwich: Subway teriyaki chicken

my fav sushi: Ebi tempura n soft shell crab roll

my fav air freshener: Little trees vanilla aroma (anything yg berbau vanilla)

my fav flavor: vanilla, chocholate, blueberry

my fav flower: Tulip, Mawar berduri

my fav watch: Fossil

my fav shampoo: Sunsilk

my fav shower gel: Palmolive

my fav toothpaste: Layan je suma

my fav body lotion: Johnson's baby 24 hr lasting moisture body lotion

my fav coffee: White coffee (tak suka kopi)

my fav tea: BOH songket manggo tea

my fav milk: Prefer goodday freshmilk but dutclady pun sedap.. (Mmg hantu susu)

my fav kuih raya: Semperit, batang buruk

my fav raya dish: Nasi impit w kuah kacang

my fav cartoon: Detective conan

my fav pet: Cats

my passion: ISLAM and COOKING...

Keindahan solat..

Assalamualaikum wbt...

Dulu, bila aku tensen, aku mandi.. Coz aku percaya aku nak buang suma unsur negative pada diri aku.. Berkesan gak..

Kini bila aku tensen, aku amik wuduk and aku solat.. Kalau belum didirikan solat fardhu, aku dirikan solat fardhu, jika sudah, aku lakukan solat sunat.. Cara ini lebih berkesan.. Diri jadi lebih tenang..

Bacaan dalam solat begitu indah.. Di sini aku nak kongsi apa maksud bacaan kita tue.. Moga2,  solat lebih kusyuk... InsyaAllah..

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Lihat, solat itu begitu indah.. Bertambah indah bila kita tahu maksudnya.. Aku percaya bila kita ingat selalu pada ALLAH, Dia akan ingat kita jua.. Aku cuba untuk mengingati Dia pada masa senang dan masa susah.. Aku percaya ALLAH maha mengetahui.. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2NYA.. Aku percaya dugaan ALLAH tanda ALLAH sayang pada kita.. Aku percaya ALLAH beri ujian ini kerana ALLAH tahu aku mampu nengharunginya.. Aku bersyukur kini aku begini.. Hatiku lebih tenang.. 
ALHAMDULILLAH YA ALLAH......

Sunday, September 19, 2010

Allah mengujiku...

Ya Allah, sampai saja aku ke rumah sewa tadi pukul 9.30 pm aku terkejut bila lela ckp ada test parasite selasa nie.. Terkejut gila aku.. Tak tau pe pe pun.. Bila doc cakap? Haaa... Baru jer.. Kejutan? Habislah... Aku tak ready.. Sehari je lagi tinggal... Sempatke aku nak study nie???

Ya Allah, besarnya dugaanMu.. Sabar sha sabarrrrr... Allah menguji kau.. Kau patut bersyukur dgn ujian ini.. Ujian Allah tu kan tanda Allah sayang pada kita.. Sabar.. Tabahkan hati kau... Istifar byk2.. InsyaAllah, Allah mudahkan jalan.. Dah dah, g study... Jgn buang masa..

Fuh, lega skit bila dah luahkan.. Thanks blog.. Tak nyesal aku buat ko.. Sayanggggg ko blog.. Hehee.. Alhamdulillah...

Ayuh kita berjuanggggggggggggg....

student time....

Assalamulaikum wbt..

Alhamdulillah akhirnya aku selamat tiba di puncak alam kembali selepas cuti raya.. Aku balik dgn kakyong semalam.. Sekarang nie aku ada kat umah kyg lagi.. Ptg skit nantila kot balik umah sewa..

Bermulalah kembali rutinku sabagai seorang student.. Hmm, aku balik dengan azam.. Final lagi sebulan.. Kerjaku harus lebih tersusun.. InsyaAllah, sem ni aku nak result aku better dr last sem.. Stakat nie test2 yg dah lepas alhamdulillah, aku dpt result yang elok.. Tapi aku tau naik je cuti raya nie, confirm test and assignment berduyun2.. Report, practical test lg.. Fuh, mencabar... Takpe, akan ku tempuh jua...

Bila aku pikirkan, aku lebih suka dok hostel dr sewa luar.. Ni first sem aku dok umah sewa sepanjang hidup aku sebagai student.. Dok luar nie byk cabaran skit.. Dok hostel best.. Kemudahan byk.. Library dekat, senang nak g.. Dok luar nie susah skit.. Tapi takpa, aku percaya ni pengalaman berharga untuk aku.. Hostel fav ku, mestilah ALAMANDA.. Hostel masa ku belajar di UITM jalan othman PJ dulu.. Alamanda ni bkn kat putrajaya tau, kat jln klang lama.. Banggunan kuning biru setinggi 24 tingkat.. huhu, rindunya alamanda..

3 sem aku disitu.. aku rindu nasi kerabu pak tam.. aku rindu lauk nasi campur cik bedah.. aku rindu nasi goreng kedai jaber.. aku rindu bunyi ambulans yg sehari boleh kata 13 kali lalu kat jalan bwh tue.. and aku tak leh lupa bunyi yang kami serumah tunggu2.. bunyi brek kereta and dummmm... Accident.. semua akan berlari ke balkoni untuk tgk.. mulalah mereka2 cerita kejadian.. heheh..  Alamanda.... Kenangan indah dan pahit.. AKu ingat lg lif rosak di bulan puasa.. ada satu sem aku dok tgkt 23.. dgn penat baru balik kelas, beli juadah then kena memanjat tangga.. Ya Allah, penat sgt.. Tapi itu antara kenangan indah yg takmungkin aku lupa..

Alamanda ni best, actually it's a condo.. but UITM amik wat hostel.. Boleh aku katakan hostel tercantik UITM.. Manataknya, ada bath tub, water heater, and aircond.. Tapi aircond ni tak ley pakai ar.. bebalut plastik lg.. hhee.. Best best best... After Puncak alam siap, kiteorg pindah sini.. AKu dok hostel Raffesia 1.. Best gak hostel dia.. Internet laju gila.. Satu umah ke satu rumah pun dekat.. Dari hostel ni nak ke kelas, kena menuruni tangga... Bila balik, naik tangga tinggiiiiiiiiiii mcm batu caves.. >> 200 anak tangga... Yes, setiap hari.. Memang kurus dok hostel puncak alam, petang2 aku suka g jogging round2 campus.. dari kolej sampailah ke bulatan keris.. lepak jap kat kolam bg ikan makan roti, then jog balik nek ke kolej.. Best best..

Tapi sekarang nie dah dok luar, lemak la... Pg kelas nek bas, tak da jalan2 lg.. Bas lak benti btol2 dpn umah... Nak jogging kat taman aku byk laki, segan doh.. huhu.. Berkumpullah lemak2 belaan ku.. Cedey weiiii.. Tambah pas raya nie.. Aku rasa lemak lemang dgn rendang aku still ada lg.. Ish, tak ley jadi nie.. Diet diet.. hahaa... Chaiyok chaiyokkkk...

pe pe pun, amalkan keseimbangan..
>> IBADAH, STUDY, EXERCISE, PLAY, JOY <<

Tuesday, September 14, 2010

anak2 sedaraku..

Assalamualikum wbt.. Anak2 sedara kesayanganku...

Anak2 sdaraku.. Naufal (7y), Wani (4y), Ibrahim(2y) dan Khalid(2m)
Wani bersama im after solat maghrib.. Good gurl..
Comeynya dia...

My dream husband...

Tak tahu kenapa hati ini tergerak untuk menulis pasal benda nie.. Maybe coz fiza bangkitkan soal nie kot.. Tak pun diri sendiri yang gatai.. Ha ha ha...

K lah, diri ini mengimpikan seorang suami yang....
  1. Beragama islam dan mengamalkan cara hidup islam.. Bukan hanya pada nama..
  2. Seseorang yang mencintaiku kerana Allah, bukan kerana nafsu semata dan TIDAK mencintaiku lebih dari dia mencintai Allah.. Mahu cinta utamanya pada Yang Esa agar cinta kami diberkatiNya.
  3. Seseorang yang akan membimbingku dunia akhirat..
  4. Seseorang yang akan mengimamkan solat2ku..  
  5. Seseorang yang akan mengajar diriku dan anak2 kami nanti membaca Al-Quran..
  6. Mencintai kedua ibubapaku sepertimana dia mencintai kedua ibubapanya.
  7. Berfikiran jauh, matang, jujur, bertanggungjawab, memahami, penyayang, penyabar dan rajin membantu..
  8. Romantic tapi berpada pada.. Tidaklah terlalu meleleh kememeh sampai merenangi lautan api segala.. Cukuplah sikit2 dan kena masa and gayanya...
  9. Tidak akan memadukan diriku selagi ku mampu untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik atau tanpa sebab yang kukuh... Jika sebabnya kukuh, aku rela..
  10. Seseorang yang mengimpikan cinta abadi bersamaku sehingga ke syurga... 
Waaaaa... Bestttnya kalau dapat suami soleh macam nie... Bila bersamanya rasa tenang n tenteram je hati.. Nak buat ibadah pun seronok.. Bahagia kerana cinta diredhai Allah.. huhu.. insyaAllah..

hmm.. And bonus kalau dia...
  1. Tidak merokok.. 
  2. Berpelajaran atlease same level with me.. 
  3. Sejup mata memandang.. Tak hensem sgt.. 
  4. Boleh masak.. Simple2 pun jadilah.. So, if diri ku pergi dahulu, tak ada nanti, dia bley jaga diri dia n anak2 kami..
  5. Boleh lead takbir raya.. Wa, raya2 nie, tgk kat tv.. Tepikir plak nak laki yang ley lead takbir.. hehee...
Mudah-mudahan Allah makbulkan doa.. Bukan mencari yg sempurna.. Yang biasa2 saja.. Takda sape pun sempurna.. Masing2 ada kisah silam.. Yang lepas tu lepaslah.. Yang penting, masa kini, n masa muka..

Paling didambakan, sepuluh ciri yg atas tue.. InsyaAllah.. Kalau tak dapat semua criteria pun tak kesahlah, yang penting dia boleh membimbing dunia akhirat.. Moga suamiku nanti suami yang soleh... Tapi soleh itu bukan keluar2 dapat, kena usaha.. Kena ada niat nak berubah.. Itu yg lebih baik.. Mudah2an, ade le satu hari nanti.. Amin....

ohh Allah.. hati hina ini telah terbuka untuk bernikah.. huk huk..
(^_^)

Monday, September 13, 2010

Aku bahagia.. Alhamdulillah..


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Akhirnya kami sekeluarga selamat sampai ke penang semalam setelah beraya di ipoh.. Seronok raya kat perak.. Mungkin sebab aku lebih manja dengan kok, opah and achik and ikatan kekeluargaan di perak lebih terserlah.. Puas aku beraya ke umah makcik2 dan sepupu ku.. Umah wah, mak ngah, ayahnda, kak chu dll.. Semalam plak abg yus and kak yong tan datang beraya di rumah kami di png.. Dorang tidoe sini.. Meriah rumah.. Ayah plak bawak kami suma g makan mee udang sg dua... Besh besh besh.. Aku memang suka udang galah.. Besarrrrrrrrr... hehehe..

Ni gambar2 kami kat ipoh.. Aku pakai baju boria dgn angah.. Design tue aku beli dulu.. Pastu dia bekenan pulak.. So, dia g cari colour len.. Jadilah boria dua beradik.. Hehee.. Kak yong je tak da.. Dia beraya umah mertua dia dulu kat n9.. Sekarang nie otw nak blik png.. Mlam karang sampai la kot.. InsyaAllah..




khalid raya2 pun asyik tidoe je.. I'm growing la makno!!


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan beraya tahun ini.. Aku berdoa agar aku sempat untuk bertemu ramadhan tahun depan dan syawal.. Ramadhan yang ku rindui, segeralah kembali.. Moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemunya kembali.. InsyaAllah...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua.. Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman di Alor Ibus, Kedah pagi tadi selepas solat sunat aidilfitri.. Sepanjang perjalanan hatiku girang.. Rasa tenang dan bahagia.. Berkat syawal agaknya.. Alhamdulillah.. Disini aku sertakan beberapa gambar aku beraya di Kedah bersama sepupu sepupu ku dan keluarga...

Bersama ibrahim di depan rumah tok

Bergambar dgn sepupu2 ku di surau....
angah, khalid, mak and aku.. 
aishah, aishah dan iqbal.. heheh.. nama sama..
henchem tak im pakai baju melayu makno belikan?
gadis fair n lovely.. hehe.. lightning terang sgt..
aishah (anak pan njang), mat anip (anak cik puzi), cucu tok su (merah), aku and angah (azie anak mak teh)
ntah pe pe yg ku tgk.. bersama intan...

hepi hepi hepi.. tengok bendang (sawah) rasa tenang.. tapi padi baru potong.. kalau padi masak lagi cantik.. hmm, tak g lagi tepi laut.. seronoknya balik kampung..  lalalaa... heheh... alhamdulillah...

sekian.. assalamualaikum wbt...

bersyukur ku kehadratNya..

alhamdulillah.. akhirnya semua persiapan raya siap jua.. hari nie macam2 aku masak.. nasi impit dah direbus, rendang tok, rendang pedas ayam kampung and  kuah kacang suma dah siap masak untuk raya esok.. untuk juadah berbuka pulak tadi ayah n mak nak makan perut rebus dengan air asam.. terasa penat hari nie.. tambah2 masa wat rendang tok.. dekat 3 jam la jugak.. tapi takpe, aku puas.. alip mintak soto ayam, tapi dah tak larat dah.. sakit kaki dan belakang coz berdiri lama sangat.. nantilah lip, lepas raya nanti kak no buat k.. insyaAllah..

esok lepas solat raya, insyaAllah kami akan balik kedah semalam.. esoknya pulak balik ipoh jumpa opah n kok.. tido sana semalam kot insyaAllah.. hmm... esok lepas suboh, kena iron baju untuk satu rumah.. tiap tiap tahun nie lah rutin aku.. malam raya bertungkus lumus di dapur, pagi raya bertungkus lumus menenyeh2 baju2 yang ada.. heheh..

badan pun dah penat.. rasanya baiklah aku rehat.. dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.. maaf zahir dan batin.. maafkan semua kesilapan2 ku, kata2 dan tingkah laku ku yang mungkin mengguris hati kalian.. halalkan semua makan minumku..

aku maafkan semua orang yang pernah mengguris perasaan ku.. aku halalkan segalanya..

assalamualaikum wbt..  selamat malam...

Wednesday, September 8, 2010

Terawih terakhir

Assalamualikum wbt..

Malam nie aku tak tau mcm mana nak cakap perasaan hati nie.. Ya, aku bersyukur alhamdulillah kerana hari ini hari yang indah.. macam macam berlaku.. tapi aku still rasa something di hati ini.. entah, aku tak tahu..

Esok last puasa.. Esok last aku berada di bulan ramadhan tahun nie.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih sempat menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini.. Aku bersyukur kerana ramadhan kali ini membuka pintu hatiku.. Allah memberiku hidayah.. Alhamdulillah.. Bersyukur tak terkira aku ke hadratNya kerana memberiku peluang..

Tapi aku sedey.. Ramadhan dah sampai penghujungnya.. Aku rasakan amalanku tak seberapa.. insyaAllah, tahun depan jika diizinkan Allah, jika umurku masih panjang, aku ingin memperbaiki amalanku.. Hati ini takut.. Aku takut aku kembali ke jalan lama.. Iman aku masih lemah.. Aku takut godaan2 syaitan yang mencucuk2 hati hina ku ini... Aku takut telinga ini lemah dengan rayuan dan kata2 manis syaitan itu.. Aku takut aku melakukan dosa2 dulu kembali.. Aku takut aku tersasar dari jalan yang lurus mencari keindahan islam ini..

Aku sedar, imanku rapuh.. Ilmu yang ku ada terlalu nipis.. Amalan yang ku buat terlalu sedikit.. Aku leka.. Aku belajar dari bacaan.. Kadang2 aku confuse dgn apa yang aku baca.. Aku tanya angah.. Bila aku kat rumah nie boleylah nak cari org rujuk.. Itupun sementara angah nak sembuh dari kecederaan dia.. bila dia dah balik umah dia kat kl nanti susahlah sikit.. Tapi, bila aku kat umah sewa aku, aku nak tanya sapa? Angah pun cakap, belajar kena cari guru.. Kena ada orang bimbing.. Takut aku tersalah ilmu dan tersasar.. Tapi sapa nak bimbing aku? Sapa aku nak cari? Bukan mudah nak jumpa orang yang betol2 nak bantu kita.. Yang ikhlas dan berusaha nak didik kita.. Aku taknak ganggu hidup orang lain.. Aku taknak kacau orang.. Aku taknak menyusahkan orang.. Tapi aku nak belajar.. Macam mana nie? Aku confuse...

Ada beberapa orang yang aku dah cuba.. Yang aku cari.. Tapi akhirnya semua berakhir dengan penyudah yang mengecewakan.. Macam2 orang aku jumpa.. Ada yang betol2 nak bantu tapi setengah jalan.. Ada yang depan cakap elok, tapi belakang mengata aku.. Ada yang menyokong tapi ramai lagi yang mengumpat..  Yang paling mengecewakan, ada yang bertanya.. "Ko rasa sampai bila ko macam nie? Ko rasa ko akan kekal ke? Dulupun ko try nak berubah kan?" Takkan ku lupa ayat itu.. Menjatuhkan semangatku.. Tapi aku tahu aku kena lawan.. Think positive.. Be positive.. Aku cuba untuk diam.. Susah memang susah tapi aku akan tetap cuba..

Perempuan better berguru dengan perempuan.. Aku akui betol.. Dengan lelaki ni susah sikit.. Takut terbuka pintu syaitan.. Iman dan hati kena kuat.. Cuma yang aku puji, lelaki ni tak bersangka buruk.. Mulut pun tak banyak cakap.. Tapi susah nak communicate coz different gender.. Ada tarikan lain.. Tu yang payah tue.. Aku masih mencari dan mencari.. InsyaAllah satu hari nanti aku kan ketemu juga dgn orang yang betol2 nak bimbing aku kerana Allah.. Buat masa sekarang nie, aku biarkan dulu.. Cukuplah apa yang aku dengar b4 this.. Cukuplah mata2 yang menjeling memandang serong padaku.. Cukuplah mulut2 manis yang senyum padaku tapi dibelakang mengataku..Cukuplah dahulu.. Moga Allah membimbing ku ke jalan yang benar..

Banyak benda yang aku nak buat tapi tak dapat.. Banyak benda yang aku nak belajar... Banyak tempat yang aku nak pergi tapi tak kesampaian.. Buat apa, baca apa, pergi mana.. Biarlah hanya aku dan Allah yang tahu.. InsyaAllah, nanti adalah rezeki tu kot.. InsyaAllah..

Raya nie hari kemenangan orang cakap.. Tapi menangkah aku? Entahlah.. Tidak rasanya.. Apa2pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.. Sekurang2nya, ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lepas..

Jiwa nie rasa kosong je kekadang.. InsyaAllah, akan aku penuhkan dengan iman dan takwa kepadaNya.. Doakan aku kawan2..

paprik

Bahan bahan:
ayam/ daging/ udang/ nak campur pun ley tapi aku prefer paprik ayam jer..
bawang merah (biar banyak skit tak pe, manis)
bawang putih (skit je, tannak boh pun no hal)
halia skit dalam 1 inch
carrot
jagung muda
kacang panjang
kubis bunga
sos cili
sos tiram
cili kering blender.. cili boh tak sedap yer.. so, rebus then blend sendiri..
daun limau purut
serai ketuk2


Cara masak:
  1. blend suma bawang, halia, cili blend tadi dalam 2 3 sudu besar..
  2. tumis suma sampai pecah minyak.
  3. masukkan ayam. kacau kacau kacau
  4. jgn boh air lagi coz nanti air ayam tu kuar
  5. masukkan serai and daun limau purut.. nak wangi boh lebih.. nak hiris2 pun boley.  
  6. bila dah mendidih skit, ley masukkan sos cili, sos tiram, gula n garam skit..
  7. kacau kacau kacau
  8. then ley la masukkan sayur-sayuran
  9. pastu korang rasa lah apa yang kurang.. garam ke gula ke, sos tiram ker..
  10. kalau nak kuah lebih skit, boh air.. kalau dah terlebih air, nak pekatkan boh tepung jagung.. takda tepung jagung, tepung gandum pun boleh.. tapi mix dgn air dulu yer b4 masukkan..kalau tak nanti berketul2.. 
  11. dah siap.. alhamdulillah..
resepi nie khas untuk budak budak umah sewa aku.. ha, lepas nie nak makan paprik korang plak masak yer... aku nak rasa plak.. heheheh.. selamat mencuba...

begedil

Bahan-bahan:
ubi kentang
ayam
bawang potong dadu kecik2
cili potong halus2
daun sup n daun bawang dihiris halus
telur

Cara masak:
  1. mulakan ngan bismillah dan niat yang ikhlas yer..
  2. goreng ayam. gaullah sikit dgn garam.. takut melekat plak nanti.. kunyit, depends, nak bubuh boh je.. tanak  takpe..
  3. kupas kentang, potong kecik2 skit, then goreng haft cook.. ada gak yang rebus tapi dari pengalaman aku, nanti dia lembik sangat.. tapi ikot style korang la yer.. nak kukus pun ley gak.. 
  4. pastu, lenyek2kan kentang tue.. 
  5. ayam tadi korang ley either potong halus2 atau korang carik2 jer tapi kena halus2 skit la.. sebab nanti kita nak gentel bulat2 tak cantik lak.. 
  6. masukkan ayam, bawang, cili, daun sup, daun bawang ke dalam bekas berisi kentang lenyek tadi..
  7. boh garam skit, kalau nak boh lada sulah sikit ley gak..
  8. pastu, korang buatlah bulat2 kecik comey2 yer...
  9. bila nak goreng, pecahkan telur sebiji, salut begedil tue satu satu dengan telur then gorang.. 
  10. jgn selalu balik balikkan sangat takut pecah..
  11. dah siap.. alhamdulillah.. senang jer kan..
begedil nie makan ngan soto sedap.. tak pun cicah sos je.. layan gak.. adik aku paling suka begedil nie..

rendang negeri sembilan

Bahan-bahan:
ayam atau daging..
santan sebiji kelapa
serai 2 3 batang dititik
cili api (ikotlah banyak mana nak pedas boh lebih tapi kalau ley pakai cili api yang hijau muda tue yer.. kalau yang hijau pekat tue tak umph sangat.. kalau dapat cili api burung tue lagi power.. sapa nak mai blakang umah aku banyak.. hehehe)
bawang merah... (kalau betol2 n9, dorang tak pakai bawang pun.. ikot korang la nak boh ke tak)
kunyit hidup.. kunyit serbuk pun ley gak

Cara masak:
  1. mulakan dengan bismillah and niat yang ikhlas..
  2. tumbuk cili api dalam lesung bersama kunyit and garam sampai lumat.. kalau nak pakai bawang, tumbuk sekali..
  3. dalam kuali, boh barang2 yang korang dah tumbuk tue, then masukkan ayam atau daging
  4. masukkan serai yang telah diketuk ketuk
  5. kalau aku selalu boh air sikit time nie.. bagi ayam or daging tu mesra ngan cili api tue.. tapi sikit jer tau.. jgn banyak2.. dalam 4 ke 5 sudu besar jer.. jangan korang boh satu cawan plak.. tak jadi kang..
  6. bila air dah nampak menggelegak atau kering sikit, then, ley lah masukkan santan.. boh garam.. kacau kacau skit, and tunggulah sampai kering.
macam masak lemak cili api gak, cuma dia kering and tak memerlukan constant kacau..  senang jer kan.. makan ngan lemang sedap nie.. heheh.. selamat mencuba...
untuk lebih sedap: serai kena banyak n tambah sedikit kerisik dlm 2 ke 3 sudu.. (^_^)

rendang tok wah

assalamualikum wbt..
resepi nie resepi turun temurun family aku dari belah mak.. aku belajar dari wah (gelaran yg aku panggil untuk kakak mak aku yang sulong).. dia memang pakar dalam bab rendang tok nie.. every year ramai org tempah kat dia.. so, sekarang, aku nak berkongsi ilmu yang ada.. harap cuba yer.. insyaAllah, aku harap korang wat jadi..

Bahan-bahan:
3 kg daging potong besar2
santan 2 kg
serai 6 batang dimayang
bawang merah 6/7 ulas
bawang putih 3 ulas
halia 1 1/2 inci
lengkuas 1 inci
belacan sikit
gula merah dalam 200g
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
kerisik dalam 2 sudu besar
rempah kari daging 1 1/2 kampit yang kecik tue
cili serbuk 1 1/2 kampit yang kecik gak
daun kunyit dipotong2 halus
kelapa muda potong2.. kelapa nie bukan yang kelapa mesin tau.. kelapa sebiji tue, korang belah dua, then buang tempurung dia.. pastu potong2 kecik kecik..

Cara masak:
  1. mulakan dgn bismillah.. hati bg ikhlas yer.. baru masakan kita sedap
  2. gaul semua bahan dengan daging tue dalam satu bekas
  3. then, masak daging tue dlam kuali..
  4. bila gah agak2 sebati suma, baru masukkan santan..
  5. kacau sampai daging tue empuk..
  6. bila kuah dia dah kering sikit, masukkan daun kunyit and kelapa potong tadi
  7. sekarang ley lay masukkan garam and gula sebagai perasa.. agak2 layer, aku tak retilah nak cakap berapa sudu.. selalu men agak jer masak nie
  8. kacau2 sampai kering..
  9. dah siap...alhamdulillah.
petua:
jangan boh garam awal2 coz nanti daging tak empuk
rendang tok nie tak da tumis tumis yer, so korang jangan pandai2 boh minyak plak..hehehe

selamat mencuba.. aku doakan jadilah hendaknya yer..