Assalamualaikum wbt..
Tulang rusuk, fitrahnya bengkok..
Teguhnya jitu melindungi isi hati...
Kerasnya utuh tapi bisa rapuh...
Apakah yang cuba ku maksudkan barangkali?
Wanita...
Pelengkap tulang rusuk lelaki..
Malah Adam perlukan Hawa, apatah lagi kita insan biasa...
Bagai bait lagu Munif, Bidadari.. Cukup sudah dijelaskannya...
Indahnya menjadi seorang wanita... Mengapa? Kerna kita adalah insan terpilih.. Dianugerahkan hati yang lembut, dipenuhi kasih sayang, rasa kasihan dan keibuan yg mampu berdiri teguh dalam tangisan..
Mengapa aku berkata sedemikian? Kerana wanita bisa melahirkan.. Dan pada saat itu, segala dosa diampunkan.. SubhanAllah, sungguh besar cinta dan kasih sayang Allah...
Hati wanita memang lembut, airmatanya mudah menitis.. Adakalanya tanpa sebab ia mengalir.. Mengalirnya air hangat itu bukanlah petanda kami lemah.. Tapi sebenarnya anugerah dr Allah..
Ramai lelaki beranggapan kami menangis untuk meraih simpati.. Sebenarnya, kami cuma mahu melepaskan rasa.. Lepas ia mengalir, tenanglah kami.. Hanya itu sebabnya.. :)
Tapi wanita, simpanlah air matamu.. Gugurkan ia hanya bila perlu.. Jangan terlalu mudah melepaskan.. Takut kelak, bila ia menitis.. Tidak bermakna lagi..
Dalam apa jua perlakuan, lakukanlah ia dengan sebab.. Sebab yg utuh.. Sebab yang memerlukan... Jangan sesekali merengek2 seperti anak kecil.. Jika kau merasakan dirimu comel berpelakuan sebegitu, berfikirlah kembali? Adakah jika ia berlaku berkali-kali, masih comel perlihatnya atau rasa menyampah yang tiba?
Sahabatku.. Peliharalah lidahmu.. Adakalanya dirimu perlu diam.. Adakalanya dirimu perlu hanya memandang.. Gunakanlah anugerah akal yg diberikan Penciptamu untuk menilai apa yg perlu pada setiap waktu..
Lidah memang sukar dijaga.. Adakalanya ia lebih laju dari akal.. Inilah masanya yg perlu dikawal.. Latihlah dirimu dengan zikir yang menenangkan.. Asahlah mindamu dgn ayat suci al-Quran.. Bersihkanlah hatimu dengan pengisian yg berterusan...
Wanita, fitrahnya mengadu.. Bukan apa, untuk bermanja..
Wanita, bebelannya pasti ada.. Kerna apa, sudah terbiasa..
Wanita, cemburunya melangit.. Sebab apa, terlalu mengasihi...
Tapi, dalam context percintaan, segalanya perlukan kesederhanaan.. Kepercayaan dan kejujuran itu penting.. Kesabaran jua adalah satu kemestian.. Harus bijak mengatur langkah.. Harus bijak meng'handle' masalah..
Diri harus matang.. Harus memahami... Tidak perlu terburu2 dalam mengejar kebahagian... Risau bila terlalu cepat melafazkan, ia akan cepat berakhir.. Jadi bersabarlah.. Permata tidak terhasil dalam satu hari..
Jika sang arjuna sedang dilanda masalah, jangan pula ditambah serabutnya.. Diam dan bersabarlah... Biar tenang hatinya, biar selesai dahulu masalahnya... Dalam diam teruskan berdoa.. Pasti esok, dia akan kembali jua...
Jika kamu merasakan dirimu tidak layak buat si dia.. Dan dia lebih berhak menerima yang lebih baik dari dirimu.. Mengapa tidak kamu berusaha memperbaiki dirimu sendiri?
Jika benar kita cinta, kita tidak akan meninggalkan... Tapi kita akan berusaha untuk mengekalkan perhubungan..
Janganlah terlalu mudah melafazkan kata perpisahan.. Jangan terlalu mudah memutuskan.. Setelah harapan diberi, janganlah engkau mengecewakan.. Bagai ikan yg telah dikail, jgn dilepaskan..
Lelaki tidak akan lengkap tanpa wanita di sisi.. Wanita juga tidak akan lengkap tanpa lelaki yg dicintai.. Tapi kedua2nya tidak akan bersatu tanpa keizinan Illahi..
Jika benar kita mencintai seseorang, berdoalah pada Allah.. Pintalah pada DIA.. Allah pasti dengar.. Dan DIA sentiasa ada.. Yakinlah, yang terbaik akan tiba... InsyaAllah..
** Maghrib sudah hampir... Siapkan diri kita yuk.. (^_^)
Salam sayang..
Nuraishah Abu Hasan...



