Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana masih memberi izin untukku menulis di alam maya ini... Tajuk entry ni diambil dari kata2 Majalah SOLUSI yang membuatkan aku tertarik.. Indah susun katanya.. ^_^
***
Mmm... Dalam dunia nie, ada banyak hero.. Tapi hero yang paling ku kagum adalah PENDERMA DARAH.. Memandangkan 2 minggu aku berada di bank berdarah or aka BLOOD BANK (hihi), baru la aku betul2 sedar apa pentingnya derma darah nie..
ONE BAG SAVE THREE LIFE.. Please please please donate ur blood..
Why? Sebab darah amatlah penting.. Bila da practical nie, baru la mata hati ni terbuka luas.. Sebelum ni dengar je, lepas da rasa sendiri, baru jelas..
Bekerja di hospital benar2 menyedarkan.. Jua menginsafkan.. Kerana ia kerap membuatkan akal kita berfikir..
Kesian melihat patient2 yg dalam keadaan yg amat memerlukan darah tapi stock tak ada atau tak cukup.. Kesian melihat patient2 thalesemia yg datang amik darah.. Melihat kes kes TR.. Bila doc ckp, "Patient is dying".. Fuh, jiwaku tersentap.. T_T
Nyawa, begitu berharga.. Hargailah ia.. Kerana tiada duanya..
***
Basically, practical session ni best la.. Banyak benda baru, pengalaman baru, ilmu baru dan kenalan baru.. Cuma sometimes bila tak de keja tu, agak boring.. Tapi alhamdulillah Hosp Seberang Jaya ni best, kuar je anytime.. Nak amik angin ke, nak jalan2 sampi ke bilik mayat pun boleh.. Nak g wad wad pun tak de hal..
Tapi yang paling aku respect dengan hospital ni, setiap pagi, ayat2 Quran akan berkumandang.. Atlease la paling sikit pun al-fatihah.. Then doa akan dibaca.. Dan yang paling membuatkan aku terharu, setiap pagi kami mendoakan kesembuhan para pesakit.. Subhanallah.. Amat aku bersyukur memilih hospital ini..
Macam tadi masa nak balik, aku menegur seorang attendant staff ni, "Tak balik lagi pakcik?" Dan jawapannya "Sat lagi, nak solat dulu siap siap." Terus ku mengucapkan alhamdulillah.. Syukur dan kagum dengan dirinya..
***
Jumaat ni da 1 Rejab.. Mari sama sama menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya.. Lakukanlah segala galanya ikhlas kerana Allah.. InsyaAllah, akan diterimaNya.. Teruskanlah berdoa dan bertaqwa pada Yang Esa..
Perbaiki perlaksanaan yang wajib.. Tingkatkan perlaksanaan yang sunat.. Kerana sesungguhnya amalan itu wasilah kita dengan diriNYA..
Mari tingkatkan amal... UntukNya.. Bukan untuk sapa sapa..
Chaiyok chaiyok.. Gambate kudasai...
^_^
Assalamualaikum wbt..
Mmm.. Esok pindah ke lab hema pula.. Tak sabar rasa.. hihi..