Monday, January 17, 2011

Apa mahu ku?

Ya Allah.. 
Aku amat memerlukan bimbingan serta petunjuk dari Mu..
Aku keliru..


Sunday, January 16, 2011

Al fatihah..

Semua org akan mati.. PASTI.. Detiknya bila, tak ada siapa yg tahu.. 

Aku berbicara soal kematian bersama sahabatku.. 

Perasaan yg dirasa tak terungkap.. Hanya Allah tahu..

Tak sanggup rasanya meneruskan perbicaraan itu.. Di atas sejadah aku lepaskan segalanya.. 

Kini aku mahu bersendiri.. Sebelum itu, aku memilih untuk menulis.. Sekiranya aku mati sebentar nanti.. 

Sedarlah kawan2, hidup ini hanya sementara.. Bertaubatlah.. Kembalilah kepadaNYA.. Bertaubatlah..

Cukuplah, aku tak terdaya nak menulis.. 

Cuma satu pesanku, kembalilah kepadaNYA.. Sujudlah memohon keampunanNYA.. 

Satu masa nanti, kita pasti kembali..



Thursday, January 13, 2011

Lelah

Assalamualaikum wbt..

Hari ini sungguh memenatkan.. Tetapi hari ini juga sungguh indah sebenarnya.. Awal pagi aku bangun.. Alhamdulillah, pagi hari dimulakan dgn indah.. Saat bangkit semula dr kematian.. Semuanya indah..

Kemudian cabaran bermula.. Kuliah pukul 9.. Kul 8 aku, lela n ram pun siap2 la kuar umah.. Tengah dok pakai kasut, tetiba bas lalu.. Hmm.. Terlepas bas.. Kali kedua dlm sem ini.. Huhu.. Hati mula kaget.. Cam ne ni? Ada ke tak bas ni? Nak kena nek teksi macam hr tu ke? Uish, mahal tue.. 8 hinggit.. 4 hari  ley pg balik kuliah.. Bermonolog ku didalam hati..

Hmm, menonong la kami bertiga kat dpn umah.. Tapi alhamdulillah, lastly ada gak bas.. Sampai b4 kul 9.. Alhamdulillah.. Hmm.. Allah tolong hamba2Nya.. Syukur..

Mak ada je offer nak bg keta, tapi aku tolak, coz pd aku, biarlah aku naik bas.. Aku lebih suka cara nie.. Bru ada feel nk study.. Tak yah la nak kejar harta dan kesenangan sgt dlm hidup nie.. Lgpun benda tu tak penting sgt.. Aku masih boleh hidup.. Kos pun lg mahal.. Minyak services dan sbgainya.. Tak yah la nak susahkan mak ayah.. Nek bas je lg senang.. Lg besar, siap ada driver lagi.. huhu..

Sampai fac, kelas pun bermula.. Hari ni kelas full.. Sampai ke petang.. At first ada Advance Diagnostic Lab.. Dekat 6 jam duk dlm lab je.. Wat AGE.. Tp best, ilmu baru.. Pas masak gel tu dlm microwave, aku pun angkat la nak pore dlm tray.. Panassss wei.. Hnya berlapikkan latex glove aku yg nipis, aku pegang gak.. Dlm otak, ingat neraka lagi berganda panasnya.. So, jgn nak merungut naaa.. Sabar sabar.. Ni baru sikit.. Alhamdulillah, slamat gak arr pegang bikar spnjg perjalanan.. Alhamdulillah..

After lab, bincang pasal group esemen about HPV.. Oklah, semua dedikasi.. Alhamdulillah.. Zohor td pulak, nak solat, surau sgt sgt crowded.. Naiklah ke FSK6, Alhamdulillah.. Pastu turun balik.. Petang ada kelas ngan cik zed lak.. Mata ngantuk sgt ptg tu dlm kelas.. Tatau la nape.. Penat sgt kot.. Sebbek lela ada gula2.. Tinggal 2 biji je.. Rezeki kami kot.. Then, baru lah segar skit.. Alhamdulillah..

Habis kelas, balik la pe lagi.. Berlari lg mengejar bas.. Huhu.. Sampai melecet2 kaki.. Takpelah, jihad jihad.. Bas tetiba naik atas kolej dulu lak.. Bila terpandang cermin tingkap bilik kolej ku dulu.. Rasa sayu pulak.. Teringat kenangan2 lama.. Byk aku belajar dr sini.. Tetiba aku ternampak kembali diriku yg dahulu.. Ohh, sayunya hati..

Alhamdulillah, akhirnya sampai rumah sewa.. Lega rasa dpt luruskan pinggang sementara tunggu asar masuk.. Sakit sgt rasanya.. Hmm, khamis mmg hari yg bz.. Full sehari.. Hr lain, kelas skit je. huhu

Apa yg aku nak katakan disini, jagalah diri... Bersabarlah dlm menghadapi dugaan Allah.. Dia Maha Mengetahui.. Berpenat lelah, berlapar dan sebagainya, itu suma hanya satu proses dlm diary seorg pelajar.. Jgn putus asa, jgn mudah mengalah dlm hidup.. Berfikiranlah jauh memandang masa depan.. Jgn dilupakan akhirat yg lebih utama dr dunia.. Kejarlah ilmu selagi terdaya.. Gunakanlah setiap kalori yg ada.. Habiskanlah stock2 lemak di badan.. InsyaAllah.. Kejayaan itu akan datang.. Allah itu Maha Pengasih. Lagi Maha Penyayang..

Tadi alhamdulillah kakyong ajak makan malam luar.. Terhibur juga hati melayan kerenah naufal n wani.. Hilang rasa penat lelah.. Itulah kuasa kanak2...

Tapi malam ni serius tak ada mood nak study.. Penat sgt sgt.. Tp untuk berblogging tak penat lak.. Hmm.. Muhasabah diri.. Aku dah baca post2 lamaku.. Boleh kata semua..Melihat kembali diri ini..  Merenung dan menilai kembali isi hati.. Kata2 yg lalu, pemikiran yg lalu.. Kemudian berfikir.. Bagaimana aku hari ini?
Better or worst?

Aku masih confuse sebenarnya.. Moga Allah memberiku petunjuk dan hidayahNYA..
Yg terbaik insyaAllah.. Aku redhokan saja...


Akhir2 ni selalu sgt aku putar lagu nie menjadi halwa telingaku.. 
Tapi bukan gembira yg aku rasa... 
Entahlah... 

Aku lebih mencintai Allah dr segalanya.. 

Wednesday, January 12, 2011

Dibuka kembali..

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya sy amik keputusan untuk membuka kembali blog ini..
Selepas memikirkan baik buruknya, dan mempertimbangkan nasihat dan pandangan dr ramai pihak, akhirnya sy amik keputusan untuk kembali..

Maafkan sy kerana telah privatekan blog ini buat seketika dahulu.. Adalah sebabnya tapi tk perlulah diberitahu.. Maaf sekiranya ada yg tidak dapat nak jenguk blog sy ini semasa ia diprivatekan.. Maaf juga jika ada yg terasa.. Maafkan saya..

Tetapi kini sy kembali.. InsyaAllah, sy akan kembali menulis.. Tapi mungkin caranya akan berbeza.. Dan ada juga beberapa perubahan yg akan sy lakukan dlm blog ini.. Proses kemas kini akan berjalan sedikit demi sedikit memandangkan sy agak sibuk kini.. Tapi insyaAllah, sy akan melakukan yg terbaik untuk semua..

Sekali lg maafkan sy dan silalah tegur jika sy melakukan kesalahan..
Saya cuma insan biasa..
Hamba ALLAH YG SATU..

Assalamualaikum wbt...

Tuesday, January 4, 2011

Empty soul...

Assalamualaikum wbt..


Betapa aku merasakan hati dan jiwa ku kosong.. Hatiku mati.. Hanya jasad yg bernyawa.. Berjalan2 di muka bumi Allah ini.. 


Setiap hari aku bergelak ketawa.. Gembira melalui hari hari di dunia ini yang sudah semestinya indah.. Senyum kepada semua.. Menjalankan rutin harian seperti biasa.. 
Tapi... Hatiku kosong...


Kosongnya hatiku.. 


Bukan cinta yg aku cari untuk diisi.. Tapi keindahan iman.. Keindahan perasaan rindu pada ALLAH dan Rasulullah saw.. Keindahan perasaan takut dan sayu pabila menyebut nama ALLAH dan Rasullullah saw.. 
Aku rindu perasaan itu..


Solat.. 
Ya, solat mengisi jiwa.. Bacaannya.. Subhanallah.. Begitu indah.. Saat terasa betapa kerdil diri ini.. Saat terasa menghadap ALLAH SWT.. Saat bersendirian di atas sejadah.. Susun kata yg tersusun begitu indah.. 


***


Saat menbaca doa iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Saat menbaca al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Saat duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Saat membaca tahiyat awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Saat menbaca tahiyat akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Dan lihat saja dikala subuh, bacaan doa qunut itu begitu indah:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


***


Apa lagi yang ingin ku katakan? 
Sepinya hati ini, hanya DIA yang tahu..
Rindunya hati ini, hanya DIA yang tahu..
Cinta di hati ini, hanya DIA yang tahu..


Ya ALLAH..
Tiuplah kembali perasaan indah itu dihatiku..
Aku benar2 merinduinya..
Aku benar2 menginginkannya..


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kegelisahan. 
Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan. 


Ya Allah.. 
Segalanya milikMU.. 
Tiada apa milikku.. 
Aku milikMU..


ohh.. Kosongnya hatiku ini Ya ALLAH.. 
Ku sembunyikannya dgn senyuman..
Ku kaburinya dgn kegilaan..
Walaupun sebenarnya..
Hatiku sepi.. 
Aku mencari ketenangan.. 

Monday, January 3, 2011

Keliru..

Assalamualaikum wbt..

Keliru..
Aku keliru..
Bertanya pada diri sendiri..
Apa ini semua?

Ohh..
Bermonolog lagi..
Itulah manusia..
Itulah aku..

Mati?
Jasadku masih hidup..
Tapi hatiku?
Benar2kah hidup?
Atau telah lama mati?
Hitam penuh dosa..

Ohh,
Lemahnya aku..
Moga Allah memberikanku kekuatan..
Memeliharaku dr leka..

Ya Allah..
Aku mahu merasai kembali perasaan itu..
Yang makin hari dirasakan makin pudar..
Bantulah hambaMu ini Ya ALLAH..
Tiuplah kembali perasaan indah itu dihati hina ini..
Aku merindukannya...

Too much..

Assalamualaikum wbt..

Oh lidah..
Berkata2lah dgn waras..

Oh jari..
Kurangkanlah menaip..

Wahai akal..
Berfikirlah engkau..

Wahai hati..
Bersabarlah sebentar..

Nuraishah..
Jgn leka.. Jgn alpa..
Ingat ALLAH sentiasa..

Dunia hanya sementara..
Esok di sana yg kekal..
InsyaAllah...

Assalamualaikum wbt...