Wednesday, December 28, 2011

New me.. In the making..

Assalamualaikum w.b.t.

Few days of silent.. Now, with His will, I'm back..

Where did I go, what did I do, with who, and where I am... Mmm... Let it be a secret.. Just so that u guys know, I am save here, Alhamdulillah..

Actually, I am searching for something.. I felt far from HIM.. It's even hard for me to cry on the sejadah although I've tried my very best to do so.. 

As for now, I'm rebuilding my iman.. My heart n my inner strength.. I have to keep on fighting... 

HIS words that keep me going :

al-Baqarah - 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..

Seriously, I miss the feeling being awaken by something I don't know who, I don't know what.. Subhanallah... Super nice, super soothing feeling.. But now, mmm.. No more.. Masih bergantung pada alarm.. :(

So here I am.. Starting back from the beginning.. Searching!! For the sake of ALLAH... And for ALLAH ONLY!! May Allah guide me in this journey... Please do pray for me.. 

Mari, paksa diri hingga terpaut hati.. Menghambakan diri pada Illahi... 
Paksa diri dahulu, hingga jumpa cinta hakiki.. Tahajjud cinta buat Illahi.. 


Oppsss, ayat bungaku dah terkeluar.. Better stop now.. hihi.. (^_^)


Fee Aman Allah.. Love, Nuraishah...

- idaman kalbu -



Monday, December 19, 2011

Doa cintaku..


Ya Allah... 
Saat aku menyukai seseorang, ingatkanlah aku akan ada akhir antara kami agar aku tetap bersamaMu Yang Tidak Pernah Berakhir...

Ya Allah, 
jika aku mencintai seseorang, temukanlah aku dgn orang yg mencintaiMU lebih dari dia mencintai aku agar bertambah kekuatan cintaku pada diriMU..

Ya Allah, 
ketika aku sdg jatuh cinta pada seseorang, jagalah cinta itu agar ia tidak melebihi cintaku padaMU Yang Satu.. 

Dan sesungguhnya Ya Allah, 
ketika aku mengucapkan lafaz "aku cinta padamu", biarlah ku lafazkan itu pada insan yg hatinya tertaut padaMU agar diriku tidak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU... 

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Tahu apa yg terbaik buat dunia dan akhiratku.. Aminn..



Saturday, December 17, 2011

Saat aku dikafan...

Kematian itu pasti.. Setiap yg bernyawa pasti akan mati.. 

Tidak dapat ku gambarkan rasa.. Tidak dapat ku lunaskan dlm kata2.. Saat diri dikafankan tika masih bernyawa.. Satu pengalaman istimewa.. Penuh rasa yg tak mungkin dilupa..

Sungguh aku bersyukur pada Allah.. Membuka hati ini untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah di fakulti.. Teori2 diterangkan ustaz, hingga semuanya jelas.. Sesi praktikal turut dijalankan dan inilah masanya untuk benar2 memahami.. Menariknya kursus ini, ia tidak menggunakan dummy.. 

Kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil.. Setiap kumpulan harus mengkafankan salah seorang ahli untuk benar2 mempelajari.. Pada mulanya, aku sendiri tidak mahu, tapi Allah mendetikkan hati untuk menawarkan diri berlakon sebagai jenazah.. Aku terfikir, bila aku mati nanti, aku sudah tidak dapat merasai, jadi kini, aku mahu tahu bagaimana rasanya dikafankan.. Jadi aku menawarkan diri..

Kain putih direntang di atas 5 tali.. Serbuk cendana dan air mawar dipercik untuk mewangi.. Dilapiskan sekali lagi.. Kemudian kapas disusun, telekung dibuat.. Tetapi kumpulanku membuat kain, baju dan tudung sebagai ganti.. 

Mula aku berbaring di atas kain kafan buat pertama kali.. Bau cendana dan air mawar ditangkap hidung..  Bila kain mula dipakaikan, hatiku mula berdebar.. Kemudian diri dibaluti baju dan tudung yg semuanya dibuat menggunakan kain kafan.. Kapas kemudiannya  diletakkan di pipi, dahi dan leherku.. Hati telah mula bergetar.. Bagai benar2 terasa mati..

Lapisan pertama kain kafan membalut kaki.. Aku hanya mampu merasai.. Segalanya diperlakukan teman2.. Itulah saatnya diri terasa lemah.. Tiada upaya, hanya menunggu terbaring kaku..  Mula diri ini sedar, pabila mati nanti, diri ini sudah tidak bererti.. Apapun tak mampu nak buat.. Hanya mengharapkan ehsan insan lain untuk menguruskan mayat..

Setelah lapisan kedua dibalut kemas, badanku diikat dengan 5 tali.. Hanya muka yang tinggal tidak dibaluti.. 

Sebenarnya dikafankan ini, rasa selesa.. Tidak lemas mahupun panas.. Tapi aku tahu, itu sebab aku masih belum mati.. Jika saat itu roh ku sudah tidak berjasad lagi, pasti bukan selesa yg aku rasai.. Pasti berdebar dan pedih hati ini menanti saat bertemu Illahi.. Ya Allah, sungguh pilu rasanya..

Berkata aku di dalam hati, Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini masih belum bersedia untuk mati, Ya Allah.. Entah bagaimana nak dijelaskan.. Entahlah... Sayu, takut dan hiba bercampur-aduk.. Walau kejap je badanku dibaluti.. Sudah cukup membuat hati rasa sesuatu yg tidak dapat kugambarkan..

Teringat aku pada kata2 ustaz, setiap tubuh badan ini esok akan menjadi saksi.. Rambut yg tidak bertudung akan berkata: 'Ya Allah, aku menjadi saksi, dulu aku tidak ditutupi.. Aku ditayangkan tanpa rasa bersalah oleh sipolan ini..' Kulit akan berkata: "Ya Allah, aku bersaksi, dulu aku dipamerkan sesuka hati.." Kaki, tangan, mata, hidung, jari malah apa saja anggota akan menjadi saksi pada Illahi.. Setiap perlakuan semasa hidup, setiap kata dan perbuatan walau sebesar zarah pun akan dihisab dan disoal nanti..

Aku tahu mati itu pasti.. Dan aku mengaku yg aku takut pada mati.. Bukan menidakkan fitrah alam, tapi aku sedar bahawa diri ini belum bersedia lagi.. Aku sedih mengenang diri.. Dosa2 ku terlalu banyak dan aku tahu bekalanku terlalu sedikit.. Atau sebenarnya tiada langsung.. Hanya Allah saja yg mengetahui..

Andai esok lusa ditakdirkan aku mati, apa yg akan ku jawab pada Allah?? 

Sungguh terasa diri ini kerdil.. Aku milik mutlak Allah dan DIA berhak mengambil diri ini bila2 saja yg DIA suka.. Aku tahu semua nie.. Tapi mengapa aku masih begini? Mengapa aku masih leka dgn nikmat duniawi?? Kejamnya aku.. Kejam pada diri sendiri.. T_T

Bersediakah aku menemui Izrail?? Mampukan aku menjawab soalan Mungkar dan Nakir?? Dan mana arah tujuku kelak?? Mana pintu destinasiku?? Adakah berjumpa Ridzuan ataupun Malik?? 

Sungguh sayu rasa hati.. Mengenang diri yg penuh dosa ini.. Kisah silam datang bertubi-tubi...

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.. Terimalah taubatku.. Terimalah amal ibadahku.. Limpahkanlah hidayah, taufiq serta petunjuk Mu pada diri ini.. Sungguh aku lemah Ya Allah.. Pimpin dan bimbinglah diri hina ini.. Janganlah Kau tarik kembali hidayah yg pernah Kau berikan padaku.. Bantulah daku Ya Robb.. Bantulah daku.. Tunjukkan daku jalanMu.. 

Sungguh aku menangis mengenang hidupku.. T_T

-Gambar dikaburkan-


Monday, December 12, 2011

Rindu padamu..

Dalam kehidupan, sakinah adalah kekuatan.. 
Sakinah menguatkan, kerna ia meningkatkan iman...


Saban hari, kita diuji dgn pelbagai dugaan.. 
Lapar.. Rasa malas, mengantuk, amarah dan leka...
Tidak kurang juga diuji dgn kemewahan dan kesenangan di dunia..


Waktu berlalu pergi.. Detik meninggalkan saban hari..
Aku tertanya-tanya pada sendiri.. Berbaloikah waktu ku?
Atau ku hanguskan.. Ku buang sesuatu yg cukup berharga dgn sifat lagha ku yg makin nyata..


Ketenangan makin pudar.. 
Seri hidup juga makin hambar..
Qarin makin menguasai minda dan akal ku..
Imanku goyah dibutakan...


Sedang aku tahu nikmat ini hanya sementara...
Ku agungkan jua.. Lebih dr nikmat selamanya..
Sedangkan matlamat akhir seorang hamba adalah di 'sana'...


Aku rindu padaMu... 
Aku rindu tangisan itu... 
Aku rindu ketenangan di sujudku...


Ya Allah.. Pimpinilah daku.. 









Friday, December 9, 2011

Jumaat datang lagi...


Assalamualaikum wbt sahabat seperjuangan.. 

“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.” (HR. Muslim) 

Ibadah khusus yang mulia pada hari Jumaat adalah solat Jumaat. Barangsiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan di azab dengan azab yang pedih...

Rasulullah saw kesayangan kita pernah bersabda: 

"Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati org yg munafik.."

Hari jumaat juga ada adalah hari yg digalakkan memperbanyakkan doa.. Doa yg paling disukai oleh Rasulullah saw adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindingan dari neraka.. 

***

Org yg meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga akan berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga" Dan barangsiapa yg meminta perlindungan dr neraka kepada Allah SWT, maka neraka akan berkata: "Ya Allah, lindungilah dia dari neraka"
(Hadis Termizi)

***

Dosa mematikan hati...
Sucikan.. 
Bersihkan dgn taubat.. 
Gilapkan dgn istighfar...
Salam Jumaat yg Indah.. (^_^)

Tuesday, December 6, 2011

Solat..


Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama... 
Tujuan solat adalah untuk mengingatkan manusia mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan. Ia adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.. Tiada alasan, tiada sebab melainkan mati..

***
Adakah rasa rindu di hati kita untuk mendirikan solat? Adakah bergetar jiwa kita tatlaka mendengar azan? Adakah rasa risau bila solat masih belum disempurnakan?? 

***

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله 
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah” (Riwayat At-Termizi

Nabi saw jua pernah ditanya, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi: "Solat di awal waktu" (Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud)

***
Bg waktu zuhur, ada baiknya jika ditunggu redup kerna nabi saw pernah bersabda: “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
(Hadith Sohih riwayat Al-Bukhari)
Tapi, mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin, di bilik bilik dan bukan lagi di lapangan..

***
Setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa: 



(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu. 

(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga ke akhirnya. 

(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak (himpun) antara dua solat. 

(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya. 

***

Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun...

Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah memandangkan pahalanya yg digandakan sbyk 27 kali.. Subhanallah.. Solat berjemaah adalah syiar Islam.. Beruntunglah jika sudah kawin nanti, suami dpt membawaku ke pelbagai masjid untuk berjemaah menunaikan solat.. hihi.. Indahnya..


***

Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang, solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). 

Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. 

Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya" (Riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

***

Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. 

Jadi marilah kita sama2 berfikri sahabat2 ku.. Berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja.. Sedangkan yg kekal hanya di sana..

***
Satu kata2 yg saya jumpa dan amat suka:
Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya....

***
Maaflah terpanjang.. Harap tak bosan baca..
Salam sayang 10 Muharram 1433 H.. Hari Assyura hari yg mulia.. 
Mudah2an, amalan kita semua diterima.. (^_^)



Thursday, December 1, 2011

Ayuh sahabat..

Assalamualaikum wbt.. 

Muharram 1433H.. Bulan yg indah..

Rasulullah SAW bersabda:



أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

 Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat wajib (lima waktu) adalah SOLAT MALAM.


Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Asyura’ (10 Muharram). Ketika Nabi SAW ditanya tentang keutamaannya berpuasa pada hari ini, beliau bersabda:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
Puasa ini MENGGUGURKAN (dosa-dosa) di TAHUN yang LALU“ 

Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram dilakukan bersama 9 Muharram, untuk membezakan dgn orang-orang Yahudi dan Nasrani. 
Mengapa 10 Muharram???
Pada hari itulah Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa álaihis salam dan umatnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya, maka Nabi  Musa ‘alaihis salam pun berpuasa  sebagai rasa syukur pada Allah..  
Bila Rasulullah SAW mendengar orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu atas alasan ini, maka beliau bersabda:

فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ
Kita lebih berhak (untuk mengikuti) Nabi Musa ‘alaihis salam daripada mereka

***

Ternyata bulan Muharram ini adalah bulan yg begitu hebat.. Rugi jika kita mengambil lewa kelebihannya.. Jadi marilah kita berbanyakkan ibadah dlm bulan yg mulia ini.. 
  • Mari berpuasa setiap isnin dan khamis.. 
  • Mari berpuasa pd 9 n 10 Muharram (Dis coming monday n tuesday- 5 n 6/12/11)
  • Mari qiyam di malam hari.. Kita kejutkan org lain, agar mereka juga mendapat kebaikannya.. 


Bukan mudah untuk bangun malam.. Tapi bukan jua mustahil.. 
Mula2 kita kerah diri.. Paksa dan paksa.. Hingga hati jatuh cinta.. 
Mata akan terjaga sendiri bila tiba waktunya.. 


Bilakah waktu itu?  
Itulah waktu di sepertiga malam sunyi.. 


Bumi sepi.. 
Hanya kita berdiri menghadap Illahi.. 
Diiringin titis2 hangat membasahi pipi.. 
Nikmat ketenangan tak terungkap.. 
Hanya akan difahami bila dirasai.. 


Jadi ayuh sahabat.. Ayuh paksa diri.. Hingga kita jatuh hati..