Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama...
Tujuan solat adalah untuk mengingatkan manusia mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan. Ia adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.. Tiada alasan, tiada sebab melainkan mati..
***
Adakah rasa rindu di hati kita untuk mendirikan solat? Adakah bergetar jiwa kita tatlaka mendengar azan? Adakah rasa risau bila solat masih belum disempurnakan??
***
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah” (Riwayat At-Termizi
Nabi saw jua pernah ditanya, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi: "Solat di awal waktu" (Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud)
***
Bg waktu zuhur, ada baiknya jika ditunggu redup kerna nabi saw pernah bersabda: “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
(Hadith Sohih riwayat Al-Bukhari)
Tapi, mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin, di bilik bilik dan bukan lagi di lapangan..
***
Setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa:
(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu.
(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga ke akhirnya.
(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak (himpun) antara dua solat.
(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.
***
Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun...
Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah memandangkan pahalanya yg digandakan sbyk 27 kali.. Subhanallah.. Solat berjemaah adalah syiar Islam.. Beruntunglah jika sudah kawin nanti, suami dpt membawaku ke pelbagai masjid untuk berjemaah menunaikan solat.. hihi.. Indahnya..
***
Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang, solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu).
Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku.
Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya" (Riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
***
Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.
Jadi marilah kita sama2 berfikri sahabat2 ku.. Berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja.. Sedangkan yg kekal hanya di sana..
***
Satu kata2 yg saya jumpa dan amat suka:
Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya....
***
Maaflah terpanjang.. Harap tak bosan baca..
Salam sayang 10 Muharram 1433 H.. Hari Assyura hari yg mulia..
Mudah2an, amalan kita semua diterima.. (^_^)

No comments:
Post a Comment