Friday, May 25, 2012

A letter to my self.


Dear me, 

Have you ever wonder, mengapa kita diuji? Mengapa semakin tinggi ujian yang Allah beri? 

Sampai bila nak sabar ni? Ahhhhhh, rasa stress n down gila laaa!!!!

Mana nak cari jawapan? Grrr, give up la camni!!

Huhuu.. That's me.. Bila syaitan2 laknatullah itu menjalankan tugasnya menghasut dan melemahkan iman dan waras akal.. 

Stop dear!! Fight!! Kill them and let them cry.. 

But how?? 

Mmm, kita ni orang islam kan? So the best way is to go back to Islam jugak la.. Refer the Holy Quran.. What Allah had said?? Baca, faham dan fikir Nuraishah... Think!! Use you brain!!

Ok ok, let's look together.. 

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" - [Surah Az-Zumar : 10]

Nah, ni pulak jawapan bg soalan2 kau terdahulu.. 

Siapa aku? - Aku hamba-NYA

 " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" - [Az-Zariyat : 56]


Apa mahuku? - Ku damba syurga-Nya

Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).  - [ali-Imran ; ayat 14]



So what should I do?

"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Ath-Thalaq: 3)




Remember Nuraishah.. 

Allah menguji tu tanda sayang.. Bersyukurlah, kerna ujian tanda kita dalam perhatian.. Kerana dengan cara inilah, Allah mencintai kita, hamba-hambaNya.. 






"It is not how low you fall but how high you bounce back!"


KEEP IT UP AND NEVER GIVE UP!!!
(^_^)




Monday, May 21, 2012

Rejab kembali.. Alhamdulillah..

♥ Sharing is loving ♥ 

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Semua tahukan malam ni malam 1 Rejab? Jadi, perbanyakkan doa ye.. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita dan tempatkan kita bersama golongan al-maimanah di syurga kelak.. Banyakkan juga istighfar.. Tak larat lafaz, dlm hati ja pun takpe.. (^_^)

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

“Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”

Moh kite pakat2 bangun malam satgi doa byk2 apa yg kita hajati.. InsyaAllah, Allah tu kan Ya Sami'.. Dia dengar, insyaAllah Dia makbulkan nanti.. Hihii..

Tenyum tenyum tenyummmm... (^_^) Bling bling.






Sunday, May 20, 2012

Ada yang berkata pada Hasan Al Basri;
"Aku melakukan dosa, tapi ternyata tetap dilimpahi kurnia."
Sahut beliau, "Apa kau solat malam?"
"Tidak", ujarnya.
"Begitulah. Hukuman terberat atas maksiat, mungkin bukan terputusnya rezki; tapi terputusnya munajat", jelas Sang Imam.



Put your trust on Allah..

Menyerahkan segala urusan pada Allah, pasrah pada-Nya, yakin pada janji-Nya, rela akan ketentuan-Nya, bersangka baik kepada-Nya, dan menunggu pertolongan daripada-Nya, disamping terusan membina keimanan yang agung dan akhlak yang sempurna.. 


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan dan mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT.

~  amin ~ 

Thursday, May 17, 2012

Puncak Qanaah

Pada tahun ke 25 hidupku, terasa benar diri ini diuji.. Umur yg dulu ku nanti-nanti rupanya umur untukku benar2 belajar berdiri.. Allah, sungguh hanya Dikau yg mengetahui..


Mengimbau kembali siapa aku dahulu benar2 membuat air mataku menitis.. Betapa ku bebas berjalan tanpa bertudung, solat yg tidak terjaga dan hidup yg bagai sia-sia... Astarghfirullah, hina malah sungguh hina.. Tapi alhamdulillah, ternyata Allah sayang padaku.. Perlahan-lahan Dia menarik kembali diriku yg telah jauh sesat ini.. Aku masih ingat saat itu.. Saat Dia memberi sinar hidayahnya padaku.. Subhanallah.. Sesungguhnya aku rindu.. 


Dlm masa sebulan lagi untuk menamatkan ijazahku, perbagai onak duri ku lalui.. Masalah kajian, kesihatan, gangguan makluk halus dan tidak kurang juga masalah cinta halal yg ku dambakan.. Ya Allah, hanya padaMu ku luahkan.. Kerna hanya Dikau saja yang benar2 memahami.. Hanya Dikau saja yang Maha Mengetahui rasa hati ini..


Sedih yg kurasa, segala perit jerih dan kepayahan mengukir senyum ini akan kuharungi jua.. Kerna aku tahu semua ini adalah kafarah dosa lama.. Biarlah, aku yakin pada janji2 Dia.. InsyaAllah jika kita benar2 yakin pada Allah, kita akan redha.. Dan pabila hati kita mula redha dgn ketentuan Yang Esa, jiwa dan rohani bakal tenang walau luluh dicucuk duri sebenarnya... Biar.. Biar ku sendiri bersamaNya di malam hari.. Dari terus aku dihantui dgn dunia fantasi yg mengguris hati..




Moga Allah memudahkan perjalanku dalam menuju syurga-Nya yang ku idam-idam selama ini.. 


Tuesday, May 15, 2012

Perca..


Seikhlas mana kita rasa kita faham apa yg orang lain rasa, ia tetap tak akan pernah sama dgn rasa sebenar yg dirasainya..

Hanya Allah.. Hanya Allah saja yang Tahu Semua..





" Senyuman plastik diukir demi menenggelam sebuah rasa di lubuk jiwa yg begitu dalam hingga andai diterjemah ke bahasa minda, seolah dicarik bagaikan kain perca "

Sunday, May 13, 2012

Senyumlah.. (^_^)

"Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.. Tidak ada satu binatang yg melata pun melainkan Dialah yg memegang ubun-ubunnya.." - [SurahHud : ayat 56 ]

Di sepertiga malam, Allah turun dan waktu mustajab doa.. Usah mengalah tanpa usaha.. Mintalah pada Allah, Dia Maha Mendengar, Maha Mengkabulkan doa hamba2Nya.. Tiada kuasa yang lebih agung dari Allah, jadi mengapa tunggu? Berdoalah selalu.. Hanya selepas itu hati bakal tenang dan redha dengan segala ketentuan yang berlaku..

La tahzan, innallaha ma'ana.. Usah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.. 

Senyumlah yerrr.. Macam ni ---> (^_^)  Cumelkannn??? Heheee.. 


Add caption

La Tahzan.. Innallaha ma'ana..



A: Macam mana kali ni?


B: Sama.. Tak jadi..


A: Ko ok ke ni?


B: InsyaAllah ok..


A: Ko tak sedih ke?


B: Tipulah kalau aku kata tak.. Tapi dah itu kata DIA.. Aku kena terima..


A: Tapi kau betul2 suka dia kan? Kau sanggup ke kehilangan dia?


B: Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintakan aku. Tapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dia.. Mungkin dia dah mmg tak ditakdirkan Allah untuk aku. Mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik atau mungkin juga satu hari nanti kami akan kembali bersatu.. Sapa tahu? 


A: Kau tak nak try lain?


B: Buat masa ni cukuplah dulu.. Biar aku perbaiki hati n iman ni dulu.. Serah semua pada Allah.. 


A: Betul tu. Yakin pada Allah.. Bersabarlah ye.. Allah bersamamu.. 


B: InsyaAllah.. (Tersenyum sayu)



Wednesday, May 2, 2012

Tataaa..

Sudah, cukuplah takat ini... 

..Tataaa..
(*_*)

Harapan..


Diam tak bermakna ku lupa.. 

Senyum tak bermakna ku gembira..

Kerna sekali ku cinta, setia selamanya..


Ku pinta peluang sekali lagi..

Usahlah terburu mengakhiri..

Sedang kau sendiri tahu kau merindui..

Saat dulu, kita berdua happy..




Ku faham kau berbelah bagi..

Antara akal dan emosi.. Cinta dan famili..


Sedih ku diperlaku begini..

Tapi sedih lagi mengetahui kau tak ceria lagi..

Mungkin ku harus undur diri..

Untuk mengukir senyuman di wajahmu kembali..


Kini ku faham, apa sebenar erti..

Mencintai tak semestinya memiliki..


Tuesday, May 1, 2012

Perjalanan..

Pulangku hari ini tak seceria dan seindah perjalanan tempoh hari...

Tiada lagi yang setia menanti..

Tiada lagi pesanan ringkas menemani.. 

Setelah sekian lama, akhirnya kita dipertemukan jua..

Tapi sayang, kita dipertemu dan dipisahkan dalam masa yang sama..

Aku redha, pasrah dengan segala ketentuan Yang Esa..

Kerna ku tahu itulah tugas seorang hamba..

Selamat tinggal kenangan.. Moga bahagia..



Bayu, tidak terlihat tapi dirasai..


Dalam linangan yang kian mengering.. 

Bukan kontang tiadanya air, tapi lelah mengalir bagai tiada akhir.. 


Moga hatiku cekal berdiri walau jatuh berkali-kali.. 
Bangkitlah Nuraishah, dirimu yang ku kenal bukanlah lemah.. Serahkan seluruh jiwamu dalam ketentuan Allah.. Tanpa ragu akan hikmah Allah, Cubalah untuk redha.. Rintihlah tanpa perantaraan. Berbicara tanpa nada di atas tikar tenang itu.. Pintalah tanpa putus asa. Yakinlah, Dia pasti mengabulkan hajatmu kerna Dia tidak pernah jauh walau seinci dari dirimu..