Monday, March 14, 2011

Biar Usang...

Assalamualaikum wbt..


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mengumumkan secara rasminya bahawa blog hina ini akan dibiarkan usang sehingga hati ini benar2 terbuka untuk menulis kembali...


Mudah mudahan entry2 yang telah sedia ada di sini membawa manfaat kepada islam... Saya juga ingin memohon maaf kepada semua hamba2 Allah diatas muka bumiNya ini... Segala kesilapan saya selama ini yang dilakukan di dalam sedar mahupun tidak, mohon kalian memaafkan saya.. Sesungguhnya saya hanyalah seorang insan biasa yang tidak pernah kekang dari melakukan kesilapan.. 


Saya juga dengan ini memaafkan segala kesilapan semua orang yang pernah mengguris, melukakan mahupun membunuh hati ini.. Kerana saya masih sedar siapa diri saya.. Dan saya juga sedar bahawa tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan.. 


Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua insan yang pernah membantu diri ini dalam menghadapi dugaan Allah dan segala macam onak2 duri kehidupan.. Syukur alhamdulillah dipertemukan Allah dengan insan2 yang begitu membantu dalam mengharungi persinggahan sementara di dunia ini.. 


Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada seorang hamba Allah yang bernama Abdul Muhaimin Ali kerana blog beliaulah yang telah membuka pintu hati hitam ini.. Setelah membaca blog beliau, hati hina saya ini terbuka untuk berubah dan mencari cinta Allah.. Alhamdulillah.. Syukur alhamdulillah dengan hidayah dari Allah..



Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi perhargaan kepada kakak saya, Norhafizah Abu Hasan yang begitu mendorong, membantu, memberi sokongan dan semangat serta amat memahami diri saya ini... Dialah yang mengajar saya untuk membiasakan diri menghadiri usrah2 dan kuliah2 agama.. Dialah yang banyak membelikan tudung2 baru dan memberikan duit untuk saya membeli telekung baru kerana telekung lama dah singkat.. Dialah juga yang sentiasa ada memberi semangat dan dialah juga yang sentiasa mengingatkan diri saya ini pabila terleka.. Terima kasih angah..  



Setinggi-tinggi pengharaan juga diucapkan kepada Muhd Rusydee yang telah menggalakkan saya untuk mengamalkan dan memperbanyakkan amalan2 sunat agar diri berasa dekat pada Allah SWT... Dialah yang mengalakkan saya untuk membiasakan diri untuk  bangun malam bermunajat pada Allah... Dialah juga yang banyak memberikan kata2 nasihat dikala saya hampir tersungkur bila putus cinta dahulu.. Dialah yang mengajar bahawa bila kita dekat dengan Allah itu, kita makin tenang... insyaAllah.... Mudah mudahan apa yang dikerjakan ini menjadi rutin hidup sepanjang hayat..



Terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang membantu saya sepanjang hidup saya ini.. Mudah mudahan jasa kalian mendapat balasan teristimewa dari Allah di akhirat kelak.. 



InsyaAllah... Dengan izin dariNya Yang Satu.. Jika sekiranya hati ini terbuka kembali untuk menulis, saya akan kembali di ruang maya ini berkongsi.. Niat saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu, dan pengalaman diri sendiri.. Saya tidak mahu ada insan yang menjadi seperti saya.. Saya mahu menarik seramai mungkin untuk mendekati islam.. Jangan diulangi kesilapan yang telah saya lakukan... Jangan ulangi segala kelalaian dan kelekaan saya dengan nikmat dunia kurnian Allah.. Seharusnya kita sentiasa beringat.. Sentiasa memperbaiki diri.. 


Tapi... Sekiranya ditakdirkan Allah inilah entry terakhir saya.. Dan malaikat Izrail datang memanggil diri ini untuk menghadap Nya terlebih dahulu... Maka inilah penghabisannya.. 





Maafkan saya...
Selamat tinggal...
Assalamualaikum wbt...


Hamba Allah,
Nuraishah binti Abu Hasan


***

 Selami lirik indahnya..

..CINTA DAN HATIKU KINI HANYA UNTUKMU YA ROBB..
..INGINKU BUKTIKAN KASIH DAN CINTAKU PADAMU..
..TAMATKANLAH DAKU DALAM JIHAD DEMI ISLAM YA ALLAH..
AMEEN


..aku bukan lagi nuraishah yg lalu..
alhamdulillah

Sunday, March 13, 2011

Erti hidup...

Assalamualaikum wbt...



Seseorang pernah berkata pada saya, erti hidup adalah dengan mengingati kematian.. Hmm.. Benar.. Tapi sayangnya.. Kita sebagai manusia sering leka dan lupa untuk mengingatinya... Termasuklah diri hina ini... T_T

Erti hidup juga rasanya adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. For me, life is just a sojourn. It's a place where we should try our best to be the best.. I mean, seek pahala and His redha as much as we can... Tiada rumah yg dibina di syurga kelak tanpa usaha dan taqwa... Hmm.. Syurga.. Layakkah kita?

Benda ni susah la nak cakap kan.. Sbb kita tak tahu.. Amalan kita tu betul ke tak diterima Allah.. Tak da sapa tahu..

Sedih melihat dunia akhir zaman nie.. Kenapa masih ada org2 yg suka memandang rendah orang lain.. Merasakan diri mereka dah bagus sangat.. Hati dah hitam.. Busuk penuh dengan keji dan dendam..

Macam keje pak guard.. > 
Ntah pe pe pakcik tu.. Keje pak guard je pun.. Nak lebih2 pulak.. Sikit sikit nak saman.. 

Hmm.. Penah didengari ayat ni bukan? Apa salahnya keje pak guard? Keje tu halal kan? Malah kalau perasan, keje dorang paling byk sedekah.. Orang masuk U je dia senyum.. Siap angkat tangan lagi.. Very friendly.. Senyum senyum senyum.. ITU SEDEKAH BUKAN? Tak ke untung tu.. Buat keje pun dapat pahala..

Makcik tukang sapu, tukang amik sampah.. Cleaner toilet.. Semua tu manusia yg bermaruah.. Dorang cari keje halal..

Biarla dia angkat sampah pun... Keje dia suci.. Duit dia halal..

Biarlah busuk pun.. Tapi hati dia wangi..

Tapi nape orang susah sangat nak senyum kat dorang? Susah sangat nak tanya 'makcik dah makan?'.. Or if korang tgh makan kat kafe tu, ada makcik datang nak lap meja.. Jarang sekali nampak student nak pelawa mak cik tu makan... 'Cik, jemput makan cik'.. Tak susah pun kan.. Benda senang je.. Hmm.. Ego.. Merasakan diri dah masuk U tu dah hebat sgt..

Remaja sekarang ni nama je masuk U tapi otak still mundur.. Sorry to say.. But if u think that u r good enough to be a U student.. BUT u dun have the manner or what we called as akhlak.. What's the point?

A university can teach us with ilmu.. Yup rite, I admit.. But, just ilmu dunia je.. What about ilmu akhirat, manners, akhlak??

Just look around ur self.. How people act? Keep yelling and laughing in da bus.. Sembang kuat2... Tak malu ke? And berapa ramai yang says 'thank you' to the bus driver bila turun?

Siyes, saya tak suka orang2 yang pandang kemewahan dan harta..  Kerja hebat hebat ni. Pandang org ada master and PhD.. Keje gaji besar.. Ada keta besar2.. Umah besar2.. Tapi agama tak da, akhlak tak da.. Suma tu no point... Hidup tak da erti..

It's better hidup bersederhana.. Cukup makan pakai.. Ada simpanan for emergency.. Live life dari bawah.. With a good manners, akhlak and yg paling penting jadikan agama tu nombor 1.. Pegang teguh dgn tali Allah.. Ikut cara hidup islam.. Yang dah terang tang tang indah dan menenangkan..

I love the way my father think and act.. What he said suma ada point.. Syukur Alhamdulillah..

Saya dah nampak dan dah rasa yang kemewahan tu tak bawa apa apa makna dalam hidup jika tak da agama.. Kemewahan bukanlah segalanya.. Seriously.. Erti hidup adalah untuk mengejar syurga.. Bukan kemewahan dunia.. Tapi kemewahan akhirat..

Jika ada kemewahan lebih.. Rezeki Allah kasi.. Infaqkan untuk islam.. Itu lebih baik... Live life macam para sahabat.. Subhanallah... Indah...

Hidup tanpa agama.. Tak da erti.. Siyessss....

Hmm.. use ur eyes to see and akal to think.. Be a thinker.. Like thinkerbell... Huhu.. Mengarut sudah.. Better stop now..

Salam wbt..

opss.. entry ini sedikit emo.. Maaf..

Wednesday, March 2, 2011

Awak...

Tulisan lama... Untuk seseorang dahulu.. Kini dipublishkan untuk semua.. Sekadar perkongsian.. Mudah2an membawa manfaat dan mendapat redha dariNya.. 

Salam wbt..

Awak..
Allah itu Ya Rahman, Ya Rahim.. Jadi Dia amat pemurah dan menyayangi kita, kita hambaNya..

Allah itu Ya Malik.. Dia raja kita.. Dia berkuasa..

Awak..
Allah itu Ya Muhaimin.. Maka dia Maha memelihara dan melindungi.. Dia melindungi kita..
Sentiasa melindungi kita..

Allah itu juga Ya Alim.. Jadi dia Maha Mengetahui… Dia tahu segala-galanya.. Apa di hati kita, apa di fikiran kita.. Apa kemahuan kita.. Semua dia tahu.. Sebab Dia pencipta kita.. Dia yg jadikan kita.. Jadi Dia tahu segalanya..

Awak..
Allah itu juga Ya Basir, Ya Wahhab, Ya Razzaq.. Jadi Dia Maha Melihat, Maha Pemberi dan memberikan rezeki.. Maka bersyukurlah kita padaNya… Bersyukurlah sentiasa.. Bersyukurlah di atas segalanya..

Awak..
Allah itu Ya Rauf, Ya Hadi.. Dia memberikan kita kasihNya dan juga petunjukNya.. Jadi kita sebagai hamba, janganlah berputus asa.. Mintalah kasihNya.. Mintalah petunjukNya yg sentiasa ada.. Sentiasa ada bersama kita.. Tak pernah lekang dr kita..

Awak..
Allah itu Ya Muqit, Dia perberi kekuatan.. Mintalah padaNya kekuatan hati dan iman..

Allah itu Ya Hasib.. Dia mencukupkan apa yg tak cukup..

Allah itu Ya Raqib.. Dia sentiasa mengawasi kita.. Dia sentiasa ada.. Ada dekat dengan diri kita..

Awak..
Allah itu juga Ya Waliyy, maka Dia melindungi kita.. Sentiasa! Kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Mintalah perlindungan padaNya dr perasaan ragu2 dan putus asa.. Lindungan dr hasutan syaitan yg tak pernah berhenti berusaha merosakkan akidah dan akhlak kita.. Syaitan yg sentiasa berusaha melalaikan kita dgn benda2 yg remeh.. Yang sentiasa ada caranya yg tersendiri untuk menghasut kita… Kita ini hanya hamba.. Mintalah perlindungan dr Tuhan Pencipta kita.. Sesungguhnya, tak ada yg lebih berkuasa drNYA.. Takkan ada..

Awak..
Allah itu juga Ya Fattah.. Dia Maha pembuka.. Mintalah agar hati kita dibuka untuk menerima.. Mata kita terbuka untuk melihat.. Akal kita terbuka untuk berfikir..

Mintalah.. Dia suka hambaNya yg meminta.. Kerana Allah itu Ya Mujid, Dia Maha Mengkabulkan.. InsyaAllah jika niat kita ikhlas, terus hati kita sebulatnya untuk Allah.. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.. insyaAllah..

Allah itu Ya Sami’.. Dia Maha mendengar.. Jadi pohonlah padaNya.. Mintalah padaNya.. Mintalah agar semangat yg hilang itu kembali.. Pohonlah bantuan dan petunjuk drNYa..

Awak..

Allah itu Haqq.. Allah itu benar..

Allah itu Matin, Dia kukuh,

Allah itu Baqi, Dia kekal..

Jadi awak.. Bulatkanlah hatimu.. Jadilah org2 yg Qawiyy.. Yg kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah.. 

Jadilah org2 yg tepat bertindak (Rashid).. Jadilah org2 yg sabar.. 

Jadilah org2 yang bijaksana (Hakim).. Yg tahu membezakan mana baik dan yg mana yg buruk.. Yang menggunakan akalnya untuk berfikir.. 

Mintalah padaNya.. Dia Maha mendengar walaupun rintihan hati.. Dia tahu.. Dia sentiasa tahu..

Awak..
Jadilah org2 yg sentiasa berwaspada (Khabir).. Agar kita tidak tersalah langkah.. 

Mintalah hidayah serta petunjuk drNya.. Mintalah ditiupkan kembali semangat yg hilang itu di dalam hati kita.. Mintalah kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi dugaan di muka bumiNya ini.. Mintalah.. Sentiasalah meminta.. Merintih merayulah padaNya..

Awak.. 
Saya ni bukanlah bijak pandai… Bukanlah celik agama.. Saya tatau apa apa.. Jika saya salah, betulkanlah.. Saya masih belajar..  Cuma saya sangat suka pada Asma ul husna.. Kerana ia sentiasa mengembalikan semangat sy dan juga menenangkan hati ini..

Bacalah.. Kembalilah padaNya..
Mudah mudahan semangat yg hilang itu akan dikembalikan pada awak..

Salam wbt..


Erti cinta sebenar...

Taubat...

Riwayat Muslim, dari Abu Musa bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

Sesungguhnya Allah membuka Tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang ynag melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membuka Tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat).



Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa membuka pintu taubatNya 24 jam setiap hari, malahan setiap detik.. Subhanallah.. Sungguh besar kasih Allah..

Sebagai hambaNya.. Kita seharusnya menyucikanlah diri dengan memperbanyakkan solat taubat dan solat2 sunat... Bersihkanlah hati kita yang hitam dek kerana debu debu dosa dengan solat dan titisan air mata keinsafan.. Dosa kecil mahupun dosa besar yang telah kita lakukan, mintalah keampunan dariNya yang Esa.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..

Dirikanlah solat solat sunat dan amalkanlah amalan2 sunat.. Yang sunat itu jika tidak dibuat, maka amatlah rugi.. Kerana setiap detik yang berlalu itu takkan pernah datang kembali.. Setiap saat yang berlalu, akan terus berlalu pergi.. Dan setiap saat yang berlalu itu juga maksudnya makin dekat ajal kita.. Makin dekat kita pada titik permulaan sebenar kehidupan.. Kerana dunia ini sebenarnya hanyalah persinggahan..

Kembalilah pada Allah bila hatimu gusar.. Mintalah kekuatan pada Allah tatkala dirimu lemah.. Pabila diuji, mengadulah pada Allah.. Bangun dan solatlah.. Dirikan solat hajat meminta kekuatan dan ketenangan padaNya.. Kerana dialah yang memberikan segalanya.. Jadi mintalah pada Dia Yang Satu.. Kembalilah padaNya.. 

Hidup nie tak selalunya indah.. Ujian Allah sentiasa ada.. Tapi yakinlah bahawa ujian Allah itu sebenarnya tarbiyah dariNya.. Ujian itu tanda cintaNya.. Makin hebat dugaanNya, maka makin hebatlah jua cintaNya pada kita.. Bersyukurlah Allah masih memberikan kita budi bicara untuk kembali ke pangkal jalan.. Bersyukurlah dengan setiap hembusan nafas kita kerana ia satu nikmat sebenarnya.. Nikmat kerana pintu taubat masih terbuka.. Kejarlah keampunan dari Allah kerana itulah 'hadiah' yang tiada tandingannya.. 

Usahlah dibuaikan diri dengan nikmat kelalaian dunia.. Sebagai manusia, kita pasti akan leka.. PASTI.. Kerana kita hanyalah manusia.. Tidak sempurna.. Tiada siapa yang sempurna.. Tetapi berfikirlah.. Kerana kita dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir.. Kita boleh membezakan apa yang perlu dan apa yang tidak.. Kita boleh mengawal nafsu kita dengan sebenar-benar usaha..

Dekatkanlah dirimu pada Allah.. Suburkanlah cintamu padaNya.. Buktikanlah kasih sayangmu.. Tiada ruginya menagih kasih Sang Pencipta, kerana itulah cinta sejati.. Cinta yang tidak akan melukakan.. Malahan cinta yang menyembuhkan.. Cinta sebenar..

Hargailah setiap detik waktu hidupmu.. Binalah mahligai dari iman dan taqwa., dan bukannya kemewahan.. Cintalah agama Allah ini dengan sebenar-benar cinta.. Bangunlah di kala malam bermunajat padaNya.. Bacalah al-Quran penenang jiwa.. Basahkanlah lidahmu dengan zikir dan selawat agar ia tidak dahaga 'kelak'.. Berpuasalah selagi terdaya kerana puasa itu 'menjaga'.. 

Peringatan untuk diriku yang penuh dosa lagi hina.. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini.. Masih terlalu cetek ilmu yang dipelajari.. Dan beban dosaku bertambah setiap detik.. Lemahnya aku.. Hinanya aku.. Mengenang dosa silam, hati pasti luluh.. Hancur menyesal.. Tapi itulah kisah silam.. Tak dapat diubah.. Hanya keampunan mampu dipohon.. 

Ya Allah.. Ampuni hambaMu ini Ya Allah.. Ampuni daku Ya Allah.. Bimbing dan pimpinlah daku ke jalan yang lurus.. Sesungguhnya untuk menujunya penuh onak duri rintangan yang ada.. Bantulah daku.. Suburkanlah hatiku dengan iman dan taqwa.. Pelihara dan peluklah diriku agar aku sentiasa dibawah rahmatMu.. Tetapkanlah hatiku ini agar aku tidak berpaling ke jalan lama ku yang penuh kesesatan.. Mudah mudahan aku tetap berpegang teguh pada taliMu walaupun tangan dan hati ini berdarah mempertahankannya.. Aku benar benar mendambakan cinta dan redhaMu Ya Robb.. 

Taubat.. Sebenar benar taubat.. Diri dan jiwa yang baru.. Yang diisi dgn keimanan beserta akhlak yang baik.. Itulah harapanku.. Mudah mudahan hidup ini berakhir dengan kedamaian.. Kedamaian hakiki di sana.. InsyaAllah.. Dengan izin dari Mu Ya Robb..