Assalamualaikum wbt..
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mengumumkan secara rasminya bahawa blog hina ini akan dibiarkan usang sehingga hati ini benar2 terbuka untuk menulis kembali...
Mudah mudahan entry2 yang telah sedia ada di sini membawa manfaat kepada islam... Saya juga ingin memohon maaf kepada semua hamba2 Allah diatas muka bumiNya ini... Segala kesilapan saya selama ini yang dilakukan di dalam sedar mahupun tidak, mohon kalian memaafkan saya.. Sesungguhnya saya hanyalah seorang insan biasa yang tidak pernah kekang dari melakukan kesilapan..
Saya juga dengan ini memaafkan segala kesilapan semua orang yang pernah mengguris, melukakan mahupun membunuh hati ini.. Kerana saya masih sedar siapa diri saya.. Dan saya juga sedar bahawa tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan..
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua insan yang pernah membantu diri ini dalam menghadapi dugaan Allah dan segala macam onak2 duri kehidupan.. Syukur alhamdulillah dipertemukan Allah dengan insan2 yang begitu membantu dalam mengharungi persinggahan sementara di dunia ini..
Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada seorang hamba Allah yang bernama Abdul Muhaimin Ali kerana blog beliaulah yang telah membuka pintu hati hitam ini.. Setelah membaca blog beliau, hati hina saya ini terbuka untuk berubah dan mencari cinta Allah.. Alhamdulillah.. Syukur alhamdulillah dengan hidayah dari Allah..
Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi perhargaan kepada kakak saya, Norhafizah Abu Hasan yang begitu mendorong, membantu, memberi sokongan dan semangat serta amat memahami diri saya ini... Dialah yang mengajar saya untuk membiasakan diri menghadiri usrah2 dan kuliah2 agama.. Dialah yang banyak membelikan tudung2 baru dan memberikan duit untuk saya membeli telekung baru kerana telekung lama dah singkat.. Dialah juga yang sentiasa ada memberi semangat dan dialah juga yang sentiasa mengingatkan diri saya ini pabila terleka.. Terima kasih angah..
Setinggi-tinggi pengharaan juga diucapkan kepada Muhd Rusydee yang telah menggalakkan saya untuk mengamalkan dan memperbanyakkan amalan2 sunat agar diri berasa dekat pada Allah SWT... Dialah yang mengalakkan saya untuk membiasakan diri untuk bangun malam bermunajat pada Allah... Dialah juga yang banyak memberikan kata2 nasihat dikala saya hampir tersungkur bila putus cinta dahulu.. Dialah yang mengajar bahawa bila kita dekat dengan Allah itu, kita makin tenang... insyaAllah.... Mudah mudahan apa yang dikerjakan ini menjadi rutin hidup sepanjang hayat..
Terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang membantu saya sepanjang hidup saya ini.. Mudah mudahan jasa kalian mendapat balasan teristimewa dari Allah di akhirat kelak..
InsyaAllah... Dengan izin dariNya Yang Satu.. Jika sekiranya hati ini terbuka kembali untuk menulis, saya akan kembali di ruang maya ini berkongsi.. Niat saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu, dan pengalaman diri sendiri.. Saya tidak mahu ada insan yang menjadi seperti saya.. Saya mahu menarik seramai mungkin untuk mendekati islam.. Jangan diulangi kesilapan yang telah saya lakukan... Jangan ulangi segala kelalaian dan kelekaan saya dengan nikmat dunia kurnian Allah.. Seharusnya kita sentiasa beringat.. Sentiasa memperbaiki diri..
Tapi... Sekiranya ditakdirkan Allah inilah entry terakhir saya.. Dan malaikat Izrail datang memanggil diri ini untuk menghadap Nya terlebih dahulu... Maka inilah penghabisannya..
Maafkan saya...
Selamat tinggal...
Assalamualaikum wbt...
Hamba Allah,
Nuraishah binti Abu Hasan
***
Selami lirik indahnya..
***
Selami lirik indahnya..
..CINTA DAN HATIKU KINI HANYA UNTUKMU YA ROBB..
..INGINKU BUKTIKAN KASIH DAN CINTAKU PADAMU..
..TAMATKANLAH DAKU DALAM JIHAD DEMI ISLAM YA ALLAH..
AMEEN
..aku bukan lagi nuraishah yg lalu..
alhamdulillah
..aku bukan lagi nuraishah yg lalu..
alhamdulillah

jom join contest GAYA ISLAM GAYA SAYA-akak telah ditag ;-))
ReplyDeletesalam wbt..
ReplyDeletemacihh anaMuslimah coz sudi tag akak.. terharu sgt.. tapi akak minta maaf.. akak tak dapat nak buat dalam waktu terdekat nie sbb akak amat bz sekarang.. insyaAllah, akak akan siapkan jua nanti.. tarikh tamat bulan mei kan.. insyaAllah sempat akak buat t.. skrg ni maaf sgt2.. akak mmg amat bz.. maaf ye...
lg sekali.. thanks coz ingat akak n tag akak.. akak akan cuba siapkan tag adik ni pelan2..
jazakillah ya ukhti..
salam wbt..
Erk.. huhu..
ReplyDeleteThe forgotten brother..
hurm..
hai sha. suka blog ni :)
ReplyDeleteMary_Z : hi there... Mmm.. thanks dear..
ReplyDeleteAnonymous : Oh, i know who u r.. heheh..
^_^