Tulisan lama... Untuk seseorang dahulu.. Kini dipublishkan untuk semua.. Sekadar perkongsian.. Mudah2an membawa manfaat dan mendapat redha dariNya..
Salam wbt..
Awak..
Allah itu Ya Rahman, Ya Rahim.. Jadi Dia amat pemurah dan menyayangi kita, kita hambaNya..
Allah itu Ya Malik.. Dia raja kita.. Dia berkuasa..
Awak..
Allah itu Ya Muhaimin.. Maka dia Maha memelihara dan melindungi.. Dia melindungi kita..
Sentiasa melindungi kita..
Sentiasa melindungi kita..
Allah itu juga Ya Alim.. Jadi dia Maha Mengetahui… Dia tahu segala-galanya.. Apa di hati kita, apa di fikiran kita.. Apa kemahuan kita.. Semua dia tahu.. Sebab Dia pencipta kita.. Dia yg jadikan kita.. Jadi Dia tahu segalanya..
Awak..
Allah itu juga Ya Basir, Ya Wahhab, Ya Razzaq.. Jadi Dia Maha Melihat, Maha Pemberi dan memberikan rezeki.. Maka bersyukurlah kita padaNya… Bersyukurlah sentiasa.. Bersyukurlah di atas segalanya..
Awak..
Allah itu Ya Rauf, Ya Hadi.. Dia memberikan kita kasihNya dan juga petunjukNya.. Jadi kita sebagai hamba, janganlah berputus asa.. Mintalah kasihNya.. Mintalah petunjukNya yg sentiasa ada.. Sentiasa ada bersama kita.. Tak pernah lekang dr kita..
Awak..
Allah itu Ya Muqit, Dia perberi kekuatan.. Mintalah padaNya kekuatan hati dan iman..
Allah itu Ya Hasib.. Dia mencukupkan apa yg tak cukup..
Allah itu Ya Raqib.. Dia sentiasa mengawasi kita.. Dia sentiasa ada.. Ada dekat dengan diri kita..
Awak..
Allah itu juga Ya Waliyy, maka Dia melindungi kita.. Sentiasa! Kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Mintalah perlindungan padaNya dr perasaan ragu2 dan putus asa.. Lindungan dr hasutan syaitan yg tak pernah berhenti berusaha merosakkan akidah dan akhlak kita.. Syaitan yg sentiasa berusaha melalaikan kita dgn benda2 yg remeh.. Yang sentiasa ada caranya yg tersendiri untuk menghasut kita… Kita ini hanya hamba.. Mintalah perlindungan dr Tuhan Pencipta kita.. Sesungguhnya, tak ada yg lebih berkuasa drNYA.. Takkan ada..
Awak..
Allah itu juga Ya Fattah.. Dia Maha pembuka.. Mintalah agar hati kita dibuka untuk menerima.. Mata kita terbuka untuk melihat.. Akal kita terbuka untuk berfikir..
Mintalah.. Dia suka hambaNya yg meminta.. Kerana Allah itu Ya Mujid, Dia Maha Mengkabulkan.. InsyaAllah jika niat kita ikhlas, terus hati kita sebulatnya untuk Allah.. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.. insyaAllah..
Allah itu Ya Sami’.. Dia Maha mendengar.. Jadi pohonlah padaNya.. Mintalah padaNya.. Mintalah agar semangat yg hilang itu kembali.. Pohonlah bantuan dan petunjuk drNYa..
Awak..
Allah itu Haqq.. Allah itu benar..
Allah itu Matin, Dia kukuh,
Allah itu Baqi, Dia kekal..
Jadi awak.. Bulatkanlah hatimu.. Jadilah org2 yg Qawiyy.. Yg kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah..
Jadilah org2 yg tepat bertindak (Rashid).. Jadilah org2 yg sabar..
Jadilah org2 yang bijaksana (Hakim).. Yg tahu membezakan mana baik dan yg mana yg buruk.. Yang menggunakan akalnya untuk berfikir..
Mintalah padaNya.. Dia Maha mendengar walaupun rintihan hati.. Dia tahu.. Dia sentiasa tahu..
Awak..
Jadilah org2 yg sentiasa berwaspada (Khabir).. Agar kita tidak tersalah langkah..
Mintalah hidayah serta petunjuk drNya.. Mintalah ditiupkan kembali semangat yg hilang itu di dalam hati kita.. Mintalah kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi dugaan di muka bumiNya ini.. Mintalah.. Sentiasalah meminta.. Merintih merayulah padaNya..
Awak..
Saya ni bukanlah bijak pandai… Bukanlah celik agama.. Saya tatau apa apa.. Jika saya salah, betulkanlah.. Saya masih belajar.. Cuma saya sangat suka pada Asma ul husna.. Kerana ia sentiasa mengembalikan semangat sy dan juga menenangkan hati ini..
Bacalah.. Kembalilah padaNya..
Mudah mudahan semangat yg hilang itu akan dikembalikan pada awak..

to someone special ke?
ReplyDeleteSahabat..
ReplyDelete