Sunday, September 25, 2011

Dengan namaMu Ya Allah..

"Jangan takut, Allah bersama kita.."  Itulah yg dikatakan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi di dalam Gua Thur pabila musuh2 islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.. Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.. 

Hati tersentak.. Dimana Allah dihatiku? Apakah ALLAH sentiasa ada didalamnya? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sepanjang hari sentiasa merujuk kepada Allah? Atau hati ini sebenarnya dikuasai nafsu? Dikaburi penipuan yang paling keji.. Penipuan kepada diri sendiri.. 

Hati terasa kosong.. Aku memerlukan pengisian.. Aku takut.. Aku tak mahu kembali pada masa lalu.. Ya Allah, jgnlah Kau tarik kembali hidayah yg pernah Kau berikan padaku.. Suburkanlah.. Suburkanlah hati ini dengan cinta dan taqwa kepadaMu.. Pimpinlah daku Ya Robb.. 

InsyaAllah.. Aku akan terus mencari. Cinta Hakiki yg tidak akan pernah meyakiti... 



 قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)              

 Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     




Saturday, September 24, 2011

Setiap benda ada tarikh luputnya.. Begitu juga manusia, tiba masanya nanti.. Perjalanan kita akan tamat..

Seperti sebatang pen, dakwatnya akan habis, dan harus diganti yg baru.. 

Sunday, September 11, 2011

Harapan..

Indahnya harapan..

Tapi harapan hanyalah impian..
Nyatanya belum pasti..
Kerna penentunya hanyaIllahi..
Bukanlah diri yang lemah ini..

Jadi harapan..
Janganlah kau terlalu tinggi..
Kelak kan kau kecewa lagi..

Kembalilah pada bumi..
Berpijak pada yg hakiki..
Agar pasakmu teguh memaut berdiri..

Serah saja pada Illahi..
Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..



Maafkan insan hina ini...

Sepanjang kehidupan, pelbagai insan dijumpai.. Datangnya mereka membawa makna tersendiri.. Kerna segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya..

Ada yg datang membawa sinar, gelak ketawa, riang ria tika bersama.. Ada jua yg membawa duka, tangisan dan air mata.. Tidak kurang juga yg datang sekadar mempergunakan, menyakitkan mahupun menaikkan semangat.. Apa jua makna yg dibawa insan2 ini, terimalah mereka seadanya.. Kerana kita tiada beza..

Sebagai insan, kita mengharap.. Yang datang biarlah membawa kebaikan.. Memberi sinar petunjuk jalan yg menenangkan.. Tapi jika yg datang itu membina benteng di pertengahan.. Mahupun meruntuhkan jalan.. Janganlah dikeji mereka.. Janganlah mereka dicerca.. Yakinlah, pasti ada hikmah disebaliknya...

Allah itu tidak pernah menzalimi hamba2Nya.. Anggaplah setiap dugaan yg datang sebagai tanda kasihnya.. Tarbiyah iman dan jiwa.. Membentuk hati dan nurani yang lebih bernyawa..

Musuh.. Mahupun kekasih lama yg meruntuh hati.. Atau sahabat yg memakan diri.. Maafkan lah mereka.. Mereka jua insan seperti kita.. Tiada siapa yg sempurna..

Tak dinafikan, adakalanya hati sedih bila terkenang.. "Kenapa?" Bertanya kita pada diri sendiri.. Sedarkah kamu wahai diri.. Segala yang berlaku diizinkan Illahi.. Bersabarlah menghadapi...

Lapangkanlah hati.. Ingatlah, betapa sabarnya Allah dengan sikapmu.. Yang pasang surutnya tak berhenti.. Menghampar pantai kehidupan ini.. MasyaAllah.. Besarnya kasih sayang Allah.. Tapi kasihku padaNya begitu tipis.. Bagai kapas yg ringan melayang ditiup bayu.. Hinanya diri... 

Adakala tak dinafi.. Rasa benci datang dalam diri.. Marahkan sesetengah insan yg pernah menyakiti.. Tapi sedarkah kamu wahai diri.. Insan2 itu pernah menceriakan hari2 mu.. Pernah mengukir senyuman diwajahmu.. Dan pernah ada di sisimu bila perlu.. Janganlah dibenci.. Janganlah ada demdam dalam hati.. Bersihkanlah dirimu dari sifat kiri..

Sebaiknya, sebelum tidur.. Dirikanlah solat taubat.. Dan bacalah surah al-mulk.. Tenangkanlah hati.. Bersihkanlah diri dari perasaan2 keji.. Maafkanlah setiap insan yg pernah menyakiti..

Jika kelak kau kembali, sekurang2nya engkau berbudi.. Melindungi saudara2mu yg menyakiti itu dari siksaan yg maha azab kelak.. Mudah2an, niat suciMu diberkati.. Agar tergerak hati insan lain pula untuk memaafkan diri sendiri..

**Peringatan untuk diri sendiri..


Friday, September 9, 2011

Puncak vs Mertajam

Lagi dua hari nak balik ke puncak.. Lepas 4 bulan bersama family, malas lak rasa nak lik puncak.. 4 bulan dok bawah ketiak mak je.. Huwaa... Sedih sedih... Hurm.. Final year.. Tahun yg lebih mencabar? Credit makin sikit.. Kelas pun jarang2.. Tapi confirm bz sebznya.. Research.. FYP.. Huhu.. Bersediakah aku? InsyaAllah.. Menuntut ilmu jua satu jalan jihad bukan.. So, agi idup agi ngelaban.. Erk.. Pepatah iban lak kuar.. Huhu...

To do list in Puncak:

  • Kemas rumah after tinggal 4 bulan.. 
  • Study study n study.
  • Enjoy last year with all my dear frens.. 
  • Rumah terbuka insyaAllah..
  • Work out with Ramlah Yusof n skuad jogging puncak alam for sure.. 
  • Jalan TAR shopping.. Wajib.. 
  • Lepaking at my sis house yg amat dekat.. huhu
  • Nak cari part time work la.. Nak kumpul duit pg satu tempat MAHA INDAH.. 
Ahad ini bermusafirlah dari Bukit Mertajam ke Puncak Alam.. InsyaAllah..