"Jangan takut, Allah bersama kita.." Itulah yg dikatakan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi di dalam Gua Thur pabila musuh2 islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.. Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya..
Hati tersentak.. Dimana Allah dihatiku? Apakah ALLAH sentiasa ada didalamnya? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sepanjang hari sentiasa merujuk kepada Allah? Atau hati ini sebenarnya dikuasai nafsu? Dikaburi penipuan yang paling keji.. Penipuan kepada diri sendiri..
Hati terasa kosong.. Aku memerlukan pengisian.. Aku takut.. Aku tak mahu kembali pada masa lalu.. Ya Allah, jgnlah Kau tarik kembali hidayah yg pernah Kau berikan padaku.. Suburkanlah.. Suburkanlah hati ini dengan cinta dan taqwa kepadaMu.. Pimpinlah daku Ya Robb..
InsyaAllah.. Aku akan terus mencari. Cinta Hakiki yg tidak akan pernah meyakiti...
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

No comments:
Post a Comment