Sunday, September 11, 2011

Maafkan insan hina ini...

Sepanjang kehidupan, pelbagai insan dijumpai.. Datangnya mereka membawa makna tersendiri.. Kerna segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya..

Ada yg datang membawa sinar, gelak ketawa, riang ria tika bersama.. Ada jua yg membawa duka, tangisan dan air mata.. Tidak kurang juga yg datang sekadar mempergunakan, menyakitkan mahupun menaikkan semangat.. Apa jua makna yg dibawa insan2 ini, terimalah mereka seadanya.. Kerana kita tiada beza..

Sebagai insan, kita mengharap.. Yang datang biarlah membawa kebaikan.. Memberi sinar petunjuk jalan yg menenangkan.. Tapi jika yg datang itu membina benteng di pertengahan.. Mahupun meruntuhkan jalan.. Janganlah dikeji mereka.. Janganlah mereka dicerca.. Yakinlah, pasti ada hikmah disebaliknya...

Allah itu tidak pernah menzalimi hamba2Nya.. Anggaplah setiap dugaan yg datang sebagai tanda kasihnya.. Tarbiyah iman dan jiwa.. Membentuk hati dan nurani yang lebih bernyawa..

Musuh.. Mahupun kekasih lama yg meruntuh hati.. Atau sahabat yg memakan diri.. Maafkan lah mereka.. Mereka jua insan seperti kita.. Tiada siapa yg sempurna..

Tak dinafikan, adakalanya hati sedih bila terkenang.. "Kenapa?" Bertanya kita pada diri sendiri.. Sedarkah kamu wahai diri.. Segala yang berlaku diizinkan Illahi.. Bersabarlah menghadapi...

Lapangkanlah hati.. Ingatlah, betapa sabarnya Allah dengan sikapmu.. Yang pasang surutnya tak berhenti.. Menghampar pantai kehidupan ini.. MasyaAllah.. Besarnya kasih sayang Allah.. Tapi kasihku padaNya begitu tipis.. Bagai kapas yg ringan melayang ditiup bayu.. Hinanya diri... 

Adakala tak dinafi.. Rasa benci datang dalam diri.. Marahkan sesetengah insan yg pernah menyakiti.. Tapi sedarkah kamu wahai diri.. Insan2 itu pernah menceriakan hari2 mu.. Pernah mengukir senyuman diwajahmu.. Dan pernah ada di sisimu bila perlu.. Janganlah dibenci.. Janganlah ada demdam dalam hati.. Bersihkanlah dirimu dari sifat kiri..

Sebaiknya, sebelum tidur.. Dirikanlah solat taubat.. Dan bacalah surah al-mulk.. Tenangkanlah hati.. Bersihkanlah diri dari perasaan2 keji.. Maafkanlah setiap insan yg pernah menyakiti..

Jika kelak kau kembali, sekurang2nya engkau berbudi.. Melindungi saudara2mu yg menyakiti itu dari siksaan yg maha azab kelak.. Mudah2an, niat suciMu diberkati.. Agar tergerak hati insan lain pula untuk memaafkan diri sendiri..

**Peringatan untuk diri sendiri..


4 comments:

  1. nice aishah. kerana terlalu ikutkan penyakit hati, lalu lupa perkara baik yg pernha berlaku antara diri dan mereka yg dibenci.

    warkah peringatan utk diri.

    ReplyDelete
  2. peringatan untuk diri kita fiq.. :)
    see u in class ye nanti..

    ReplyDelete
  3. semoga dirimu tabah menghadapi ujian.. :)

    ReplyDelete