Sunday, September 30, 2012

Pesan kok - Versi Dua

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selamat tiba.. (>_<) Dua hari bermanja with kok dan opah, alhamdulillah.. SERONOK..

Ye, saya sangatlah manja dengan atuk dan nenek belah ibu ni.. Boleh juga dikatakan cucu kesayangan [Chewahh perasann =P] Tapi ada benarnya.. "Eleleleleeeee"... 

Hahahaa, abaikan "keperasanan" saya diatas. (>_<)

Tiap kali balik ke ipoh, ada saja perkara baru yang ku pelajari.. Dan yang paling paling paling bermakna kali ini adalah, mengenai SOLAT.. 

Diriku kagum.. Amat kagum.. Melihat kesungguhan mereka mengerjakan perintah ALLAH SWT.. Atuk lelakiku yang ku panggil Kok, hampir 90 tahun umurnya, jalan pun sudah bertongkat.. Ku perhatikan gelagatnya. Sungguh kagum dan sayu melihat dia.. Kakinya sakit, dengan segala kudrat yang ada, dia bangkit dari kerusi malas kegemarannya.. Kemudian digagahi sedikit sedikit berjalan mencapai tongkat 4 kaki yang amat berjasa kepada dia.. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke bilik air untuk  mandi dan mengambil wudhuk.. Masa yang di ambil agak lama untuk berjalan dek kerana langkahnya begitu kecil.. Tapi dia gagahkan diri untuk berjalan, demi Allah SWT.. Subhanallah..

Opah, lebih uzur keadaannya.. Berdiri pun da tak lalu.. Dulu gagah juga dia berkerusi roda, sekarang hanya mampu terbaring di katilnya, dan duduk kadang2 untuk melepaskan lenguh pinggangnya.. Tapi, walaupun begitu solat tetap dijaga. Achik [pakcikku] akan mendukung ibunya, mengambilkan wudhuk. Lalu opah pun akan mengerjakan solatnya secara duduk. Baginya, yang wajib tetap wajib.. Subhanallah.. Sungguh ku kagum pada mereka... 

Satu lagi yang ku kagum dengan opah, ingatannya cukup kuat.. Bila bersendiri, lidahnya tidak pernah kering berzikir. Ayat2 quran yang dihafalnya sentiasa dibaca, memandangkan matanya sudah tidak berapa nampak. Ingat lagi ku dulu opah pernah berkata, "mata pah da tak nampak, nak baca quran da tak boleh" - katanya dengan tona nada sedih dan sayu.

Bukanlah niat diriku menulis untuk menceritakan, tapi diriku menulis dengan harapan. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, bakal terbuka ruang2 di hati untuk kembali mencari cinta Illahi.. Kembali kepada paksi yang hakiki, dan juga mudah2an diberikan hidayah kepada kita sekalian. 

Kerna terpikir daku, adakah kita yg celik ini benar-benar menghargai sepenuhnya nikmat yang diberi Allah SWT? Adakah kita yang diberi nikmat kudrat ini benar2 menghargai tenaga yang dipinjamkan? Atau masih sombong dan angkuh tanpa rasa salah meninggalkan solat dan al-Quran? Sedangkan kita tahu, sewaktu kita tidak mengerjakan solat, 6000 tahun hukumannya di neraka ALLAH, tapi kenapa ada dikalangan kita yang masih sihat, begitu liat menunaikan kewajiban, malah tiang iman yang utama? 

Adakah semuanya kelak hanya mahu menyesal pabila sudah berada di NERAKA?

Astaghfirullah.. Pimpinlah kami Ya Allah.. 

** Teringat pada pesan kok kepadaku satu masa dahulu : 

"Ano, jangan sesekali lupa Allah"





Friday, September 28, 2012

Doa : Amalan dan Waktu Mustajab

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Berdoa adalah senjata orang mukmin. Sebaik2nya, berdoalah pada waktu-waktu mustajab doa kerana waktu tersebut paling hampir dengan Allah SWT dan pintu rezeki dari langit terbuka luas. Antaranya adalah... 

1. Satu pertiga malam


When? Mm, bascally di antara jam 3.30 pagi atau jam 4.00 pagi sehingga ke waktu sebelum Subuh. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya berfirman kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". (Hadis Riwayat Muslim)

** Sebaik2nya, selepas kita menunaikan qiyam, saat itu amat tenang, sunyi dan benar2 indah [dunno how to explain]. Seriously amat lain.. 


2. Sewaktu pasukan tentera bertempur, mendirikan solat dan waktu hujan turun.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

** Doa ketika hujan : Allahumma soyyiban nafi'a.. Ya Allah, jadikanlah aia hujan yang bermanfaat.. 

3. Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.


Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” - (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud) 

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya". - (Hadis Riwayat Bukhari).
  
4. Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu." - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


5. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah." - (Hadis Riwayat Tirmizi).


6. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." - (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).


Nabi  S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. 

7. Waktu Duha.


Waktu Duha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim which is 28 minit selepas waktu syuruk. Solat Duha adalah solat memohon dimurahkan rezeki. Malahan di antara fadhilat solat Duha ialah memurahkan rezeki. 

Doa selepas solat duha  : "Ya Allah, Sesungguhnya waktu duha itu duhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.Berkat waktu duha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh."

8. Selesai solat fardu. 


Ditanya kepada Rasulullah SAW., 'Doa manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

9. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. 


Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." - (Hadis Riwayat Abu Daud).

Ok, itu bab waktunya.. 
Sekarang kita masuk bab amalannya pula..
[** Harap tak boring (>_<)]


1. Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

2. Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya.

3. Menghulurkan pertolongan.(sedekah)


** Sabda Nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".


4. Bersabar menghadapi ujian kehidupan.


Bacaan-bacaan Doa yang mustajab.?


"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad" 

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

"Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy" - Doa Nabi Musa a.s. 

Maksudnya :  "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."


Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh:

ar-Razzak (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, 
al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, 
ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, 
al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan 

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa. - asma ul-Husna


Doa yang dibaca selepas membaca tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal".

Maksudnya : "Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"


Ingatlah, mereka yang sombong tidak suka berdoa dan mengharap belas kasihan daripada Allah SWT, tetapi seorang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidahnya berzikir dan berdoa mengharap pertolongan , rahmat dan kasih sayang-Nya.

Credit to : Ustaz Abu Basyer


Thursday, September 27, 2012

Re - Member

Kadang kadang bila masak atau makan sesuatu, kita teringat pada seseorang..

Terdetik juga perasaan ini, adakah diriku juga masih diingati?


Salam tumis tauge.. 

** Haha, Post ntah apa apa.. Sila abaikan.. (>_<)

Tuesday, September 25, 2012

Which way??

Assalamualaikum wbt..

Dear blog, I'm confused... 

How to choose between two good options when they are so evenly balanced?

I'm 25, quarter of a century.. Well seriously, I have to get a life.. I mean, real life..

AaaAAaa... [Screaming on the top of Everest, like I'm JANE, you know, Tarzan's wife] - Haha, mumbling again.. Seriously, I need professional help!!!

Tough decisions [Yup plural and not singular], lots of thinking needed.. Wow, I feel like I'm drowning here.. **Blubbb blubb blubbb..

Ya Allah, don't know.. 
It's really hard to decide. Turning of life is difficult [I have to admit]

I couldn't bare disappointing them [my parents]. I want them to be proud of me.. Lucky me they are very supportive and let me decide what I want in my life.. They will support whatever decision I've made.. But whoooo, making a decision is hard though...

Well, trying to be as good as I could for both of them..

Dear mom and dad, please shed no sad tear for me. I long for your tears of joy. InsyaAllah. May Allah lit up my way and guide me along this challenging journey of life..


My head is spinning.. 




Expecting the world to treat you fairly because you are a good person is like expecting the lion not to attack you because you are a vegetarian.






Saturday, September 22, 2012

Tabahlah..

Adakala, kita perlu menipu diri sendiri.. 

Tersenyum walau berparut di hati..

Membenci bila masih mencintai..

Menahan walau sebenar amat merindui..



Semua aturan Illahi..

Dia Yang Lebih Mengetahui..

Yang kita mahu tak semestinya diperolehi..


Teruslah teguh berdiri..

Memasak teguh kaki di bumi..

Agar jiwa dan rohani kekal berseri..

Dengan izin Ya Robbi..



Allah ada, sentiasa ada..

Friday, September 21, 2012

Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk 
Cinta..


Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 


Qalbu

Suka atau tidak, dunia realiti tak seindah mimpi..

Tapi bersyukurlah..

Kadang2 kita diuji kerna Allah mahu kita kembali..


Thursday, September 20, 2012

Tidoe, Bangun, Tidoe, Bangun.

Jom tidoe, bangun, tidoe, bangun..

Uishhh, nak wat pe.. Pemalas tue..

Bukan... Kita cari Mutiara Malam..




  1. Niat sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
  2. Baca doa iftitah, then baca Surah al-Fatihah macam biasa.
  3. Bacalah surah apa-apa pun yg kamu ingat lepas tu.
  4. Sujud akhir sekali atau masa tahiyyat atau sebelum salam tu..Doalah lama2 dalam sujud akhir tu. Sujud lama2..mintaklah sungguh keampunan.
  5. Lepas solat, bacalah al-Quran semukasurat atau bertasbihlah sikit "Lailahaillallah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar." Istighfar juga ye.. 

Selesai.

Tidoe balik.

Bangun solat subuh JANGAN LUPE.



 (\_  /)
(♥‿♥)
(“)_(“)  

Hee.. Cumelkan?? 

Sunday, September 16, 2012

The one who understand me

Having this conversation with my mom...

me : .....

her : ......

me : ...........

her : .............................

me :  ...mm...... ( hiding emotional storm)

her : ........

me : takpe, ano ok je..


* walking to my room, hugging my tedi n cry silently


~ ~ Terima kasih mak ~ ~

Friday, September 14, 2012

...Cinta...

Terlalu sinonim dengan kehidupan manusia
Tanpa sedar, rupanya kita ini tidak boleh hidup tanpa cinta
Cinta pada Pencipta, keluargasahabatkekasih, haiwan dan cinta kepada dunia...

Cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu
Rasa minat, kagum, rindu, teringat, suka, cinta dan sayang kepada seseorang
Ianya fitrahtiada yang akan terkecuali
Namun fitrah ini akan tetap menjadi fitrah 
Apabila ia berhias istighfar dan mujahadah..

Allah.. Ya Allah..
Aku memohon kepadaMU untuk mencintaiMU
Mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMU
Serta mencintai perbuatan yang menghantar aku untuk mencintaiMU

Ya Allah.. 
Andai Kau hadirkan cinta insan dalam diri ku, Peganglah cinta itu dengan cintaMU.
Andai cinta itu belum halal untuk ku nikmati, simpanlah ia dalam-dalam dilubuk hati ku

Ya Allah..
Andai ada tersimpan rindu buat dia dalam hati ku, peganglah rindu itu dengan rindu kepadaMU
Andai belum masa untuk ku meluahkannya, biarkanlah ia terus terbuku dalam hatiku..

Ya Allah..
Siapa pun yang Kau tetapkan jodoh buat ku, aku redha, asalkan agama menjadi prinsip hidupnya

Siapa pun dia Ya Allah,
Peliharalah dirinya dari tipu daya cinta dunia.. Peliharalah juga diriku Ya Allah
Peliharalah kami.. Satukan cinta kami dengan redhaMU Ya Allah.. 

Tiada lain yang kudambakan dari redha-Mu di dalam hidupku agar kelak ku menjadi  salah  seorang daripada penghuni syurga-Mu di negeri akhirat yang kekal abadi. 

Amin ya Rabb...


~ ~ mode jiwang di hari jumaat.. nak muntah? silakan ke tandas.. hehehee.. (>__<) ~ ~

Wednesday, September 12, 2012

Tenyum tenyum selalu...



Senyum tu kan mudah, tapi pahalanya seganjar dengan sedekah.

Jadi senyum la ye..

(>_<)

Monday, September 3, 2012

To see our parents proudly smile when we are its reason is one of the best moments in life.. So let's craft it on their face.