Tanpa sedar, rupanya kita ini tidak boleh hidup tanpa cinta
Cinta pada Pencipta, keluarga, sahabat, kekasih, haiwan dan cinta kepada dunia...
Cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu
Rasa minat, kagum, rindu, teringat, suka, cinta dan sayang kepada seseorang
Ianya fitrah, tiada yang akan terkecuali
Namun fitrah ini akan tetap menjadi fitrah
Apabila ia berhias istighfar dan mujahadah..
Allah.. Ya Allah..
Aku memohon kepadaMU untuk mencintaiMU
Mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMU
Serta mencintai perbuatan yang menghantar aku untuk mencintaiMU
Ya Allah..
Andai Kau hadirkan cinta insan dalam diri ku, Peganglah cinta itu dengan cintaMU.
Andai cinta itu belum halal untuk ku nikmati, simpanlah ia dalam-dalam dilubuk hati ku
Ya Allah..
Andai ada tersimpan rindu buat dia dalam hati ku, peganglah rindu itu dengan rindu kepadaMU
Andai belum masa untuk ku meluahkannya, biarkanlah ia terus terbuku dalam hatiku..
Ya Allah..
Siapa pun yang Kau tetapkan jodoh buat ku, aku redha, asalkan agama menjadi prinsip hidupnya
Siapa pun dia Ya Allah,
Peliharalah dirinya dari tipu daya cinta dunia.. Peliharalah juga diriku Ya Allah
Peliharalah kami.. Satukan cinta kami dengan redhaMU Ya Allah..
Tiada lain yang kudambakan dari redha-Mu di dalam hidupku agar kelak ku menjadi salah seorang daripada penghuni syurga-Mu di negeri akhirat yang kekal abadi.
Amin ya Rabb...
~ ~ mode jiwang di hari jumaat.. nak muntah? silakan ke tandas.. hehehee.. (>__<) ~ ~

keikhlasan doa..keagungan kasih mampu merubah takdir
ReplyDeleteinsyaAllah.. Amin.. :)
Deleteaminn..
ReplyDelete