Sunday, October 31, 2010

Why?

Wahai hati, tenanglah dikau..
Bersabarlah...
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Teguhkanlah imanmu wahai Nuraishah..
Jangan kerana benda kecil kau mengalah..
Jangan kau berikan kemenangan pada syaitan..
Lawan, lawan dan lawan..
Berpeganglah pada iman dan taqwa..

Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan...

Saturday, October 30, 2010

Bau asap..

Assalamualaikum wbt..

Hari nie pas subuh basuh telekung.. Tapi hari mendung.. Tak sempat kering b4 zohor.. So, pinjam telekung anis.. Ptg ni pulak, ada sapa ntah bakar sampah.. Abis bau asap baju and telekung aku.. Huwaa.... Rasa cam nak sembur febreze jer.. Hurmmm... Takpelah, basuh balik..

Esok parasite... huhu.. Alhamdulillah, stakat nie baca tak da pe masalah.. Tapi penentunya esok.. InsyaAllah.. Aku dah usaha, tawakal je pada Allah.. Esok kita tgk soklah cam ner yer.. ^_^

Tak sabar nak abis test esok coz pastu gap 8 hari.. Selasa depan plak baru paper viro.. Paper last.. Heheh.. Isnin ni insyaAllah nak gi jalan TAR ngan ram.. Nak gi cari telekung baru, tudung dll.. Huhu, sampai sana baru tau nak beli apa ye tak? Tengoklah nanti..

Tak lama lg insyaAllah dah balik Penang.. Waa, seronoknya.. Tak sabar jumpa mak ayah alip.. Dah rancang macam2 dah cuti nie.. Pastu ada raya haji plak kan.. Ley balik kampung.. Jumpa opah, kok and tok.. Hehehe.. Besh besh besh..

Oklah, cukuplah mengarut sampai sini.. Just nak relax jap jer.. Hiburkan hati.. Asik study je tak ley gak kan.. Hati?? Haha, terhiburkah kau sebenarnya??? Mula dah aku merepek.. K lah..

Assalamualaikum wbt....

Monday, October 25, 2010

Aku temui jawapannya..

Assalamualaikum wbt..

Subuh ini, alhamdulillah, aku temui satu jawapan.. Aku tak pasti bagaimana tapi hati aku mengatakan ia.. Sesudah melakukan kewajipan aku kepada Tuhanku, tetiba bagai ada suara yang membisik, hati ini bagai berkata kata pada diriku.. Aku mula sedar.. Aku kini nampak natijahnya.. Aku percaya itu petunjuk dari Allah.. Mungkin.. Ya, aku percaya.. Alhamdulillah aku panjatkan.. Air mata bercucuran.. Baru aku sedar.. Baru aku nampak hikmahnya.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bertuahnya aku.. Bersyukur aku pada Allah keatas hidayah dan petunjuk yang diberikanNya.. Alhamdulillah.. Syukur..

Kini, aku mengambil keputusan untuk tidak melupakan.. Now I see, actually, it's a great thing to remember.. Good memories for me.. Actually, it's a gift.. Although not all of it is good memories, however, I still can learn something from it.. I have to use it as a booster for my iman..  Thank you Allah... Alhamdulillah..

I love ALLAH SWT, I love RASULLULLAH SAW, I love ISLAM, I love My Family and friends, and I love this islamic way of life...

Sunday, October 24, 2010

Betapa aku leka dengan hal dunia...

Sudahlah sha..
Lupakan saja..
Lupakan, lupakan, lupakan...

Tapi aku dah cuba?
Tak cukup kuat lagi sha..

Kenapa susah sangat?
Sebab kau sebenarnya tak nak..

Ye ker?
Entah, itu yang aku pikir..

Apa maksudnya?
Kau harus lebih berusaha.. Kembali pada Allah..
Mintak bantuan dariNya..


Kenapa aku begini? Kenapa hati rasa begini? Kenapa susah untuk aku lupakan?
Common sha, let it go.. Pleaseeeee.. Move on sha.. Move on...

Ya Allah..
Hanya kau tahu apa sebenarnya dihatiku ini..
Bantulah aku Ya Allah.. Sesungguhnya aku ini lemah lagi hina..

I'm sick...

Assalamualaikum wbt..

Hurmmm.. Exam lagi 2 hari.. This teusday at 9 am, bermulalah peperangan aku bersenjatakan pen biru.. Heheh.. Bersediakah aku? InsyaAllah.. Aku akan cuba buat yang terbayek.. Untuk Allah, mak ayah, dan diri sendiri..

Hmm, sedar tak sedar next sem dah masuk sem 6, pas tu 7, pastu 8.. Habessss.. Ley kawin.. Hahaha.. LOL!!! Buat masa sekarang aku pikir pas degree aku nak sambung study.. So, now aku kena pulun sehabis minyak so that i can get 1st class honour, insyaAllah.. Then, ley trus lompat PHD takyah amek master.. Fuh, cita cita menggunung...

Sebab aku dari dip, total study length 3 + 4 years = 7.. Ngalahkan doc.. Sebab pe? Coz aku tukar fac.. Dari sen gunaan masa dip ke sen kesihatan now.. Tak byk ngat yang ley transfer kredit.. Takpo takpo, berjihadlah Nuraishah.. Pe pe pun, hanya Allah yang tentukan.. Aku hanya merancang.. Tapi, tak guna berkata kata tanpa usaha ye tak.. Mulut cakap, tangan jalan.. So now, g sambung study wahai Nuraishah..

Hmm, nampaknya symptom tak betol aku dah menular.. Fever + Headache + Cough... Dugaan Allah untuk aku.. Harap harap dosa2 kecil terhapuslah yer.. Amin...

Saturday, October 23, 2010

Renungan...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu. 


Maka, kembalilah kepada Tuhanmu. 


Jika kau tak temui jalan, carilah... 

Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.

Aku stay up..

Assalamualaikum wbt..

Huhu, bangga giler.. Mata ini dapat bertahan sehingga sekarang.. Anis ngan Ram plak yang tertidoe kat bawah ni.. Takpe, kak ila ada teman aku.. Tapi malam ini aku berjaya buktikan aku juga ley stay up.. Tapi rasanya utk malam ni jela kot.. Esok taknak wat dah.. Aku rasa bek ikot style aku.. Tidoe awal, bgun awal.. Otak lagi segar so dapat absorb better.. Pada aku tak guna study penat2 tapi tak masuk.. Biar short, but quality study.. Not long, but nothing.. 

Alhamdulillah.. 2 cyto pasyer set dah siap.. Blood bank pun dah cover.. Aku kena pandai bahagi masa cyto and BB.. Gap from BB to cyto sehari jer.. Fuh, cyto 4 credit tu sha.. Kalau result elok, memang naik gila, tapi kalau dapat B pun, siaplah pointer kena tarik.. So, study study study, doa, tawakal..

Klah, salam final exam ye kengkawan.. Salam minggu kopi jadi teman sejati.. Heheh.. Fuh caffein tinggi tueee, sebbek tak suka kopi.. Tetap hot tea and my ribena to wake me up coz sedap sangat sangat.. LOL..

I'm happy.. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Wednesday, October 20, 2010

Kisah rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Tuesday, October 19, 2010

Cintailah Rasulullah SAW...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati umati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


Monday, October 18, 2010

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Bersyukur aku kepada Yang Maha Esa.. Segalanya berjalan dengan lancar.. 

Trip ke PDN memang best.. Banyak maklumat yang aku balajar dari sana.. Aku suka penjelasan dari Miss Octivia dan Haji Yahya.. Bermacam2 soalan diaju oleh mereka.. Alhamdulillah, dapat dijawab bersama kawan2 yang lain.. Peringatan untuk aku, persediaan yang rapi diperlukan b4 practical nanti..

Yg paling aku tak ley lupa, Haji Yahya mangaitkan ibadah dan kerja.. Betol cakap dia.. Blood bank tak ley dipandang mudah... Sanggupkah awak nak jadi penyebab kematian sipolan if tersalah wat test or storage.. If the blood uncompatible tapi ditransfusekan? Sanggupkah awak jadi pembunuh? TIDAK... Sudahpastinya tidak ku sanggup..

So, nasihat dari Haji Yahya, belajarlah betol2.. Basic perlu kukuh kata dia.. Bak kata fuzah, janganlah nak kisahkan conformation test if screening pun tak kuat lagi.. (Peribahasa science ciptaan fuzah) Betol betol.. Aku sokong kata fuzah.. Huhu..

Majlis khekah khalid pun berjalan lancar.. Alhamdulillah... Dapat jumpa mak and alip.. Ayah tak datang,  keja.. Pas hantar mak balik semalam, baru aku balik umah.. Tumpang kakyong je la kan.. Untung umah dekat ngan kakak.. Alhamdulillah...

B4 balik, abg firdaus bagi aku satu islamic book dari koleksi dia.. Bersyukur aku dikurniakan abg ipar yang amat menyokong perubahanku.. Dia kata, kalau buku ni terlalu berat, nanti abg bagi yang ringan sikit.. Aku jawab, takpe, kalau ano tak faham, ano tanya angah atau abg fir.. Betol kata angah, memang buku buku islamic ni bagus.. Tapi pilihan yang ada terlalu banyak.. Takut2 tersalah beli buku, nanti tersasar pulak.. Belajar tanpa guru ni, syaitan jadi gurunya.. Alhamdulillah.. Ada jugak orang nak bantu aku.. Alhamdulillah..

Sampai umah dalam kul 9.30 pm.. Kul 10 baru start study viro..Huhu.. Kul 11 macam besa dah nguap2.. Tahan nyer tahan, last last dah tak tertahan, kul 12 aku naik jugak tidoe.. Heheh.. Nak wat cam maner.. Bukan mata burung hantu.. Tak tahan jaga malam.. Pagi tue bangun awal skit and sambung study skit.. Alhamdulillah.. Boleh buat test tadi.. Result pun alhamdulillah dapat A.. Mungkin berkat doa mak dan rezeki Allah berikan.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Balik nie kena study parasite pulak.. Esok test.. Hmm.. Walaupun study week, tapi aku tak rasa macam study week pun.. Bz memanjang.. Tapi takpe.. Ujian buat aku.. InsyaAllah, Allah mudahkan.. Keep doa and stay close to Allah.. Remember HIM and HE will remember you..

Hmm.. K lah.. Nak solat dulu..
Salam...

Thursday, October 14, 2010

Done..

Alhamdulillah...

Cytology final practical dah lepas.. Alhamdulillah...
Moderate je pada aku.. Ada gak slide yang aku tak sure.. Hmm.. takpe..
Resultnya bagaimana? Aku berserah pada Allah.. Banyak mana rezeki aku, aku terima..
Yang penting beban di bahu dah kurang satu.. Alhamdulillah..
Tapi aku tak ley leka.. Banyak lagi urusan yang belum selesai...
Urusan dunia, urusan akhirat..
Habis satu tambah lagi dua tiga empat..
Biasalah.. Normal arr kan...
Pe pe pun.. Perjuangan mesti diteruskan..
Mari berjihad ke jalan Allah!!!

Wednesday, October 13, 2010

InsyaAllah...

Assalamualikum wbt..

Esok final practical cyto..
InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik..

Jumaat nie nak pg PDN..
InsyaAllah, aku selamat sampai dan dapat menimba ilmu disana bersama rakan2..
Jumaat ni pun mak turun KL.. Seronoknya... Dapat jumpa mak.. Rindu mak sangat...
InsyaAllah, Allah temukan kami kembali...

Sabtu nie ada kenduri kekah Khalid..
InsyaAllah, segalanya berjalan dengan lancar..
Moga Khalid menjadi anak yang soleh..

Jam loceng baru dah dibeli..
InsyaAllah, lepas nie aku ley bangun awal sket..
Harapkan alarm hp, tak terjagalah..
Telinga nie, dekat dekat final  nie..
Buat buat tuli plak ngan alarm aku..
Takpe takpe, pas nie insyaAllah berjaya..

Belerang dan ditabur sekeliling rumah..
InsyaAllah, ular tak masuk rumah lagi...

Dalam hati ini ada hajat..
InsyaAllah.. Ada rezeki Allah makbulkan..
Doa doa dan terus berdoa...
Minta pada Yang Esa..

Segalanya ditentukan oleh Allah..
Aku hanya merancang.. Dia yang menentukan..

ULAR MASUK RUMAH...

Assalamualaikum wbt..

Horror... Siyes horror... Ular masuk rumah.. Sedang aku tengah syok2 landing nak tidoe, tetiba budak2 nie menjerit berlari masuk bilik aku.. Meremang bulu roma ingatkan dorang nampak hantu.. Dah la aku dah tutup lampu masa tue.. Ish ish.. Takut....

Nana pi dapur nak minum air.. Tetiba dia nampak ada benda panjang atas lantai.. Bawah meja dapur kiteorg.. Dia pun bukak lampu, tetiba ular tue dah naik kembang kepala.. Ular tedung selar kot coz kaler hitam.. Blakang kepala dia ada corak putih.. Nana pun bagitau ram, anis and yana kat bawah.. Dorg ngah study.. Apa lagi, berlari la suma nek atas.. Yg aku and lela kat dalam bilik masing2 siyes ingatkan dorg nampak hantu.. Takpun pencuri nak masuk umah ke..

Suma serbu masuk bilik.. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan bila tau ada ular tedung selar kat dapur.. Nana cakap besar lengan dia kot.. Maksudnya, itu bapak ular... Kalau besar lengan, cer bayangkan panjang mana ular tue..

Kiteorg pun apa lagi.. Tepon arr 999. Mula2 nana cakap, pastu dia kaget.. Dia pas kat aku.. Sha, hang cakap wei... Suara dia macho.. Hahaha.. nak gelak pun ada.. Sempat lagi si minah nie.. heheh.. LOL.. Then, aku pun buatlah laporan kat 999. Bagi alamat segala.. Dorang pun sambungkan aku pada JPA..

JPA suruh aku gi turun bawah tengok ular tue pergi mana.. Dia cakap nanti tak tau dia pergi mana lagi susah.. Ish, Tak berani aku.. Sekali dia kejar aku cam ner... Aku cakap kat pakcik tue tak berani nak g tengok.. Kiteorg suma berkurung kat dalam bilik.. Dia kata, okay takpa.. Nanti kami datang..

Setengah jam gak kami tunggu.. Tak sampai2 lagi.. Aku call balik, dorang cakap dorang on the way.. Dari klang.. Jauh tue... Ish, puncak alam nie tak da kemudahan yg cukup lagi la.. Takpelah, tu bab lain... Sebab dah lama sangat, aku and anis g turun nak g cari ular tue kat mana.. Anis bawak penyapu, aku bawak penyodok.. Itu je yang ada kat umah nie.. Esok confirm aku g beli penyapu buloh and belerang tabur keliling rumah.. Turun2, kami cari kat bawah, ruang tamu dan dapur.. Ular dah tak ada.. Takpe arr.. Tunggu JPA datang..

Tak lama pas tue, JPA pun sampai.. Dorang dengan alat2 dorang masuk umah nak cari ular.. Dekat 7 orang gak yang datang.. Selongkar punya selongkar, takda pun ular.. Kiteorg suggest tengok kat belakang rumah.. Maybe dia dah kuar balik.. Kat belakang rumag kiteorg pun ada lubang. Aku rasa sarang ular.. Pakcik2 JPA pun g la cek.. Yup, memang betol sarang ular.. Dorang pun korek2 lubang tue and spray ngan ubat nyamuk yg utk lipas tue.. Dorg cakap nak suh ular tue kuar.. Tapi aku tengok tak da  pun.. Then, pakcik tue bakar plak sarang tue.. Giler api besar giler.. KAn baru pas spray.. Tapi ular still tak kuar.. Dorang continue searching.. Dekat sejam lebey gak arr.. Tapi ularnya still tak jumpa jumpa.. Aku ni yang dari ngantuk terus segar bugar.. Takut punya pasal.. Suma org cuak malam nie..

Pakcik tu cakap, semalam ular masuk kat umah lorong belakang. Student UiTM gak.. Lelaki.. Ular tue dok dalam mesin basuh.. Dapat tangkap sebab budak laki tu tunggu ular tue tengok dia pg mana.. Uish, tak kuasa kiteorg nak g tunggu ular tu. LAgi lari naik atas adalah.. HUHU

Apa apa pun, aku bersyukur nana tak da pe per.. Kalau lah dia terpijak ular tue ke, kena patuk.. Ish, tak terbayang aku.. Alhamdulillah suma selamat.. Tapi aku risau ular tue datang balik nanti.. Coz kiteorg dah kacau sarang dia.. Siap bakar lagi.. Aku ingat mak aku cakap, ular tedung nie berdendam.. Uish, takutnya..

Pakcik tue bagi no phone direct hp dia.. If ada masuk lagi, dia suh tepon dia terus.. Thanks Uncle Low from JPA.. Hmm. pengalaman pengalaman... Rumah kiteorg nie ada sarang ular rupanya.. Horrorrrrrrr...... Isk isk.. Moga Allah lindungi kami bertujuh..

Ram siap post kat facebook lagi pasal nie.. Fuh, pengalaman yang mendebarkan.. Petang tadi masa mandi, hati aku dah terpikir dah pasal ular.. Masa aku tengok paip air, aku terbayang ular berdiri.. Siyes.. B4 this tak da plak.. Tapi aku ingatkan mainan syaitan.. Rupa2nya Allah bagi amaran malam ni ada ular nak jenguk kiteorg.. MasyaAllah, Allah itu Maha Besar..

Aku pelik, mana ular tue pergi? Betol ke dia tu ular? Atau jin? Sebab totally hilang..

Wallahuallam..

Aku cuma mampu berdoa, moga Allah melindungi kami bertujuh dari bencana yang tiak diingini.. Amin..

Tuesday, October 12, 2010

Alhamdulillah...

Assalamualikum wbt..

Alhamdulillah.. Bersyukur aku pada rahmat Allah SWT..

Hari ini aku gembira.. Alhamdulillah.. Aku dapat hadiah dari laoshi.. A key chain from Sarawak...



Cantik tak? Cantik kan.. It means a lot to me.. Aku dapat highest carrymark Mandarin.. Laoshi bagi ni sebagai hadiah.. Alhamdulillah.. Berkat didikan laoshi2ku.. Dari Prof. Soh Wei Nee, Wu laoshi sehinggalah sem ini dengan Azeezeen laoshi...

Key chain ini akan ku simpan sebagai kenangan penat lelah aku belajar.. InsyaAllah, aku akan terus berusaha dalam hidup dan pelajaranku agar aku menjadi seseorang yang berguna.. Yang dapat berbakti pada masyarakat dan agamaku.. 

Usaha ku untuk Allah dan kedua ibu bapa ku.. Aku tak ada harta nak bagi mereka.. Hanya kejayaan dan kejayaan yang mampu aku berikan.. Aku tahu ibubapaku tidak mengharap balasan dariku.. Mereka hanya mahu aku berjaya didunia dan akhirat.. Penat lelah mereka tak diminta balasan.. Itulah kasih ibu dan ayah..

Cuma kasih sayang, tenaga dan kejayaan yang mampu aku berikan.. Aku harus berusaha kuat untuk membalas jasa2 mereka.. Mereka yang mendidik dan menatang aku dari kecil sehinggalah aku tumbuh subur kini..  Alhamdulillah..

Mak, ayah.. Janganlah risau.. Ano berjanji akan belajar bersungguh sungguh.. Final pun dah tak lama lagi.. 26hb nie dah start.. Paper sem ni at 26, 28, 31/10 and 9/11.. InsyaAllah, ano akan lakukan yang terbaik.. Doakan ano.. InsyaAllah, semester ini ano akan cuba mendapatkan result yang lebih baik dari semester semester lepas.. Ano nak tengok senyuman bangga mak dan ayah bila tengok result ano nanti.. InsyaAllah mak, insyaAllah ayah.. Dengan izin Allah, usaha beserta doa kedua ibubapa, kemudian bertawakal, insyaAllah kejayaan itu ku gapai..

Nuraishah..
Sesibuk manapun kau.. Jangan sesekali kau lupa pada Allah.. Jangan sesekali kau jadikan sibuk itu sebagai alasan untuk mengurangkan amalan kau.. Jangan hanya pada ramadhan kau beria segala.. Istiqamah.. Ingat pesan angah.. Istiqamah.. Masa yang Allah beri itu lebih dari cukup untuk segalanya.. Hanya teserah pada kau macam mana kau nak gunakannya.. Ingat sha!!! Allah harus didahulukan dalam segala hal..

A video from japanese drama, with love.. Aku ingat lagi cerita nie masa aku sekolah rendah.. hehee... Kenangan zaman kanak2.. ^_^

Monday, October 11, 2010

Allahuakbar!!!

Hanya Allah yang tahu apa yang terpendam di hati kecil ini...

Hari2 ku berlalu dan tak akan datang kembali.. Setiap detik yang telah lepas tak akan kembali..  Apa yang aku lakukan untuk mengisi masa2 itu? Bermanfaatkan? Atau sia-sia? 

Aku berdoa dan terus berdoa.. Hanya padaNya aku berserah.. Aku tak tahu kenapa hati ku begini.. Kenapa begitu susah ... ? Kenapa? Apa hikmah disebaliknya? Aku tertanya2.. Aku percaya, setiap yang berlaku semuanya dari Allah.. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya.. Aku sebagai hamba harus redha dengan ketentuanNya..

Sekarang dah zulkaedah.. Dah 2 bulan rupanya.. Alhamdulillah.. Inilah masa paling lama aku kekal bertudung.. Dan kali ini, bertudung dan mencintai islam.. Ingin mengamalkan cara hidup islam.. Bukan setakat bertudung sahaja.. Alhamdulillah.. Mudah2an, aku terus terusan istiqamah.. InsyaAllah..

Dua bulan.. Yes, dua bulan.. Ya Allah.. Bantulah hambaMu yang hina ini dlam mencari keredhaanMu Ya Allah.. Aku tak mahu cinta dunia, aku dambakan cinta akhirat.. Cinta sejati.. Cinta padaMu Ya Robb.. Bantulah daku..

Dah la sha. Yang dah lepas tu lepas.. Biarkanlah.. Redha dengan ketentuanNya.. teruskan perjalanan kau.. Kau tak tau apa yang akan berlaku pada hari muka.. Hanya Allah yang tahu.. Kalau ada rezeki kau, adalah nanti.. Kalau tak ada pun, ucapkanlah alhamdulillah.. Tabahkan hati.. Jangan terus leka dengan nikmat dan cinta dunia.. Dunia ini hanya sementara.. Akhirat esok yang kekal.. Itu yang patut kau kejar..

Dunia ini sementara pada orang2 yang beriman.. Dan syurga pada orang2 yang leka..

Dah sha, better kau tidoe... Esok ley bangun awal.. Kau tu tak ley stay up.. Karang jadi macam semalam.. Tidoe kul 2, bangun kul 7.30.. Subuh pun melepas.. Ko dah tau ko tu bukan jenis tidoe lambat, yang ko g tidoe kul 2 tue buat pe? Ko tu jenis tidoe awal bangun awal.. Karang tak cukup tidoe menguap nguap plak macam badak air... Ko tu bukannya jenis yang tidoe petang.. Karang badan tak cukup rest sapa susah? Dari kecik lagikan? Lagi mau buat ke? Ish, benci pada diri sendiri yang tertinggal subuh padi tadi... Salah aku jugak...

Dah dah.. G tidoe.. Esok ley bangun awal.. Sujud dan doa pada Allah banyak2.. InsyaAllah.. Lebihkan ingat pada Allah daripada mengingati benda yang belum pasti..

Sunday, October 10, 2010

10 10 10

Assalamualaikum wbt...

10-10-10.. Tarikh yang amat cantik pada aku.. Hari ini Sheikh Muzaffar bernikah.. Satu lagi masjid dibina.. Alhamdulillah... Aku tengok majlis angkat nikah dan persediaan majlis persandingan dorang dkt nona.. CANTIKNYA.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Memang betol2 bagai di kayangan.. Baju pengantin perempuan, inai di tangan, hantaran, pelamin, kerusi meja yang disusun rapi, bunga2 segar.. Waaaa.... Indah sungguh... Dari raut wajah mereka berdua, nampak cahaya kegembiraan... Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri.. Aku doakan moga berkekalan sehingga ke syurga...

Dalam hati aku, berbunga bunga terasa nak kawin.. Aku membayangkan seorang lelaki di depan tok kadi.. Semua mata tertumpu padanya.. Aku pula tersimpul2 malu diatas bantal dengan hati penuh debaran.. Didalam baju putih suci menyaluti badan, aku hanya mampu tunduk tersenyum malu.. Sah sah sah.. Dengan sekali lafaz, terikatlah kami berdua.. Alhamdulillah.. Air mata menitis kegembiraan bersyukur kepada Yang Esa.. Pecahlah sudah tembok yang membentengi kami sebelum ini.. Maka, halallah segalanya.. Alhamdulillah.. Bermulalah tugas aku sebagai seorang isteri kepada suamiku...

Indahnya alam perkahwinan.. Pasti seronokkan bila ada seseorang untuk menjaga kita, mencintai kita, memanjakan kita dan membimbing kita.. Tempat untuk bergantung dan berkongsi perasaan... Makan bersama.. Solat berjemaah bersama.. Tatkala dia membaca doa dan aku mengaminkannya.. Mengucup tangannya sesudah solat dan dia membalas dengan mengucup dahiku.. Waaa.... Indahnya perasaan itu.. Rutin ini hendak aku amalkan setiap kali sebelum dia pergi kerja dan sebelum tidur.. InsyaAllah... Ketika menyambutnya bila dia pulang, membancuhkan air untuk dirinya dam macam2 lagi aktiviti yang kami lakukan bersama sama.. Mempunyai anak anak yang comel,, soleh dan solehah.. Waa... Seronoknya... Anganku mula terbang jauh.. Jauh membatasi masa..

Alam perkahwinan adalah satu langkah yang indah.. Tapi hati kena tabah, kuat dan betol2 bersedia untuk memikul tanggungjawab.. Kadang kala pertelingkahan berlaku.. Biasalah.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Pada aku, apa yang penting adalah sekuat mana hati kita berusaha untuk memulihkan kembali hubungan itu walaupun dugaan yang datang itu besar.. Sekuat mana cinta kita untuk mempertahankan cinta itu? Itu yang menjadi ukuran.. Mengaku cinta bukanlah hanya pada waktu senang dan gembira.. Tapi cinta sejati adalah cinta yang berjaya mengharungi masalah yang datang.. Orang yang berusaha untuk mengekalkan cinta itulah cinta sejati kita sebenarnya..

Hati ini benar benar telah terbuka untuk berkahwin.. Tak sanggup aku nak tengok majlis persandingan sheikh muzaffar malam nie.. Aku takut kalau aku tengok nanti, hati ini makin meronta ronta untuk berkahwin.. Aku memang rasa nak melangkah ke alam perkahwinan sekarang.. Yelah, umur pun dah 23.. Aku berangan2 next year nak bertunang.. Then, after aku dah abis study blan june 2012 nie insyaAllah, aku nak berkahwin pula.. Tarikh yang aku idamkan.. 12-12-12..

Hahaha.. Tahap kronik dah nie.. Siap ada tarikh.. heheh.. Aku hanya merancang, Allah yang menentukan.. Entah ada ke tak rezeki aku untuk berkahwin pun aku tak tau lagi.. Entah2, Allah memanggil aku dahulu sebelum sempat aku menjadi isteri seseorang.. Aku tak tahu, Allah lebih mengetahui.. Aku hanya mampu berdoa agar impian aku tercapai dan Allah mengurniakan aku seorg suami yang soleh seperti yang aku idamkan.. Setakat masa ini, aku hanya mampu berangan dan terus berangan.. Mengimpikan saat indah itu..Saat diijabkabulkan dengan si dia..

For my dream husband:
I love you...

Saturday, October 9, 2010

Sejadah hijauku...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualikum wbt...

Semasa aku menunaikan solat zuhur tadi, tanpa aku sedar air mata aku mengalir dengan sendirinya.. Tetiba aku merasakan titisan titisan air jatuh di pipi ini.. Hatiku sayu merasakan berapa hinanya diri ini.. Menghadap Allah yang mencipta aku.. Yang Maha Esa.. Yang Maha Besar.. Rasa takut dan insaf bersatu menyelubungi hati kecil ini..

Rindu.. Itulah yang aku rasa.. Setelah 6 hari aku diberi cuti.. Kini aku kembali menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaNya.. Kembali sujud menghadap Illahi.. Hatiku benar2 terasa tenang bila berada di atas sejadah hijauku.. Alhamdulillah..

Aku mengenang kembali hari2ku yang lepas.. Betapa banyak dosa yang telah aku lakukan.. Betapa banyak masa yang telah aku bazirkan..Aku memikirkan azab kubur dan neraka.. Takut luluh hati ini memikirkannya.. Apatah lagi untuk mengharunginya.. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Alhamdulillah.. Aku amat bersyukur hati ini dibuka Allah untuk bertaubat dan diberikan hidayah.. Terasa diri ini disayangi Allah.. Bersyukur aku padaNya dan terasa amat malu mengenangkan betapa banyak dosa yg telah aku lakukan, tapi Allah masih memberiku rezeki. Diberi peluang sekali lagi untuk kembali ke jalan yang benar.. Alhamdulillah.. Syukur..

Aku tak tahu apa akan jadi pada aku sekiranya aku terus hanyut dengan urusan dan nikmat dunia.. Aku bersyukur dan aku amat mencintai jalan ini.. Tak ingin aku kembali ke jalan lamaku yang penuh dosa.. Aku berdoa agar Allah membantuku, memberiku hidayah, petunjuk dan bimbingan agar aku tidak terpesong ke jalan salah..

Terima kasih Allah kerana membuka hati hambaMu yang hina ini.. Terima kasih juga kepada manusia yang telah membuatkan hati ini ingin berubah.. Moga Allah memberikan dirinya balasan yang baik2 di akhirat kelak..

Salam wbt..

Thursday, October 7, 2010

For me...

Assalamualaikum wbt..

Nuraishah...
Isi hatimu dengan nama Alllah.. Amalkan asma-ul husna..
Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil, Bertakbir selalu..

Nuraishah...
Study study and study..
Final lagi bape hari je.. 18 hr lagi je kot..
Apa yang ko leka lagi?

Nuraishah...
Aku tau ko stress.. Let it go..
Play for a while.. Make jokes..
Laugh and smile to others..
Work smart not hard..
Focus focus and focus..


Nuraishah..
Sabar sabar and sabar..
Bukan sume org pikir macam ko..
Diam.. Diam itu lebih baik dari bercakap..
Mulut yg banyak berkata2, banyak dosa..
Biarkan mereka.. Don't be like them..

Nuraishah..
Cari kawan yang ada masa susah dan senang..
Kenal kawan ko..
Cari kawan yang respect ko and ko respect dia jugak..
Yang tolong ko masa ko sakit, bukan yang gelak tengok ko sakit..
Yang baik ngan ko masa ko susah, bukan yang masa dia susah je dia cari ko..
 Geramnya aku pada mulut Hamba Allah yang tak da insurance tue...
Tak tau ke aku ni lagi tua dari dia.. Nak cakap pikirlah dulu!!

Ha, tengok tue..
SABAR SHA!!! SABAR..
Jangan dilayan orang yang tak matang..


Nuraishah..
Please be strong..
Let it go.. Please... Let it go.
Astarfirullahalazim.. Ampunkan aku Ya Allah..

Wednesday, October 6, 2010

menghitung hari..

Assalamualikum wbt..

Hari2ku kini amat sibuk.. Kerjaku membukit.. Organizer aku penuh dengan contengan2.. Kotak2 kosong makin berkurang.. Test test beratur menunggu giliran, assignment, lab report, journal, presentation, sketsa mandarin, final practical and yg paling besar FINAL THEORY EXAM.. Fuhh... Tidoe jgn cakaplah, memang tak cukup.. But I have to be strong.. 2 more weeks before my final.. Besalahkan..

Aku takut study sorang kat bawah, but now aku dah ada cara baru.. Bila sorang2 dah nek atas tidoe, hati aku mulalah cuak.. Pikir tu la, pikir nie la.. Tambah2 bila aku pandang luar tingkap.. Haha, penyudahnya aku tarik langsir tutup tingkap tue.. But hati perempuan ini masih lagi takut2 buat2 berani.. So, apa aku wat is aku bukak surah2 al-Quran, zikir2 dan lagu2 yang bersifat keagamaan.. Aku tau syaitan tak suka dengar.. So, dorang pi jauh2 and aku pun ley study or wat keje aku ngan tenang..

Kalau nak diikutkan sibuk, memanglah sibuk sekarang nie.. Tapi aku kena tabahkan hati.. Kuatkan semangat.. InsyaAllah aku dapat atasi and siapkan semuanya sebaik mungkin.. Aku kena pandai bahagi masa.. Aku kena kuat dan hati aku kena cekal..

Apa pun yang aku lakukan, aku tak leh lupa pada ALLAH.. Aku kena lebih mengingati Allah drpd mengingati dia.. Pada aku, tak perlu pikirkan benda yang tak pasti. Lebih baik aku pikir benda yang nyata dan yang membawa kebaikan pada aku.. Memang susah, tapi aku percaya sebab aku bolehlah Allah bagi ini pada aku.. Aku perlu mencintai Allah lebih dari segalanya.. Aku perlu mencintai diri dan keluarga aku dahulu sebelum org lain.. Tapi hati ini memang lemah.. Akan ku usahakan... Hmm.. Kenapalah kesannya dalam sangat..

Tuesday, October 5, 2010

Hari yang indah..

assalamualikum wbt..

Alhamdulillah.. Mandarin dah abis... Tadi boleh buat, Alhamdulillah.. Walau pun at first tak senang duduk dibuatnya coz this is the last mandarin (HUAYU III), and worst coz ada tulisan cina skali yang melentik lentik tue.. But, at last Allah mudahkan jua dugaan yang mesti ku dilalui.. Tengok.. Betapa sayangnya Allah pada hamba2Nya.. Bersyukurlah wahai Nuraishah...

Aku dapat paper colour blue (ada dua set).. Yg paling best for bahagian dialog, aku dapat Qu Basha.. Topik senang... Seb bek tak dapat bangongshi or jilongpo.. Dua bab tue susah skit. Hehe.. Alhamdulillah..

So, sekarang dah abis mandarin test.. Just tinggal nak wat sketsa.. Tapi tue takpe, senang je.. Carrymark pun laoshi dah bagi tadi.. Alhamdulillah aku dapat elok.. After 3 sem blaja 3rd language, akhirnya tamat jua.. Boleh la ckap and faham mandarin sedikit sebanyak.. Atlease if ada cina nak menipu aku, aku ley tau.. And the best is when aku nak beli barang kat tauke cina, bila ckp mandarin dapat less banyak gila.. Hehee.. Alhamdulillah..

Hari nie best.. Banyak benda baik yg berlaku.. Dan banyak benda yang aku pelajari.. Even dalam bas tadi, aku dok kat sebelah sorang hamba Allah perempuan nie.. Dia gayut ngan pakwe dia.. Dr yg aku dengar, benda tak elok la yang dia ckap.. Jenuh fokus benda lain tapi sebab dah namapun sebelah, confirm la dengar.. Tapi takpe, itu pengajaran pada aku untuk tak jadi macam dia.. InsyaAllah.. Moga Allah perlihara dan lingdungi aku..  Amin...

Balik balik, bajuku kat ampaian kena hujan lagi.. Basah siot.. Kenalah basuh sekalilagi.. Takpe, aku redha.. Hujan itu rahmat Allah.. Maybe still ade kotor2 yg tak bersih kat baju yang aku basuh tue yang Allah nak aku basuh sekali lagi.. Yelah, benda nak bawak sembahyang kan.. Alhamdulillah...

Klah, dah dekat nak maghrib nie.. Assalamualikum..

Monday, October 4, 2010

Huayu...

Esok final mandarin.... Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku...


Heheh.. Still nak layan jiwang gak.. Pe la aku nie.. Dah dah, kan shu (baca buku)

Sunday, October 3, 2010

Mukjizat zikir2 Asmaul husna


Mukjizat zikir2 Asmaul husna : 

Inginkan taubat:
Berzikir Ya Taawaab (Maha Penerima Taubat)  sebanyak 360 kali setiap hari setelah solat dhuha.

Amal diterima:
Berzikir Ya Muhsi (Maha Menghitung) sebanyak 1oo kali sesudah isyak, maka segala amalnya akan diterima Allah

Meminta petunjuk hidup:
Berzikir Ya Hadi (Maha Pemberi Petunjuk) sekerap mungkin untuk mendapatkan petunjuk

Memudahkan sakaratul maut:
Berzikir Ya Waarith (Maha Mewarisi) sebanyak 100 kali pada ketika matahari terbit.

Bertambah ilmu:
Berzikir Yaa Muhyi (Maha Pemberi Kekayaan) sebanyak 68 kali setiap hari maka Allah akan menghiasi hati kita dgn cahaya iman dan ilmu dan akan memberikan kemahuan dan kemampuan untuk menolong orang lain yg sedang memerlukan pertolongan.
Berzikir Ya Baa’ith (Maha melapangkan) sebanyak 101 kali ketika hendak tidur, maka hatinya akan hidup dengan ilmu dan hikmah.
Berzikir Ya Hakim (Maha Bijaksana) secara berterus terusan maka Allah akan membuka baginya ilmu dan hikmah
Berzikir Ya Kabir (Maha Besar) sebanyak2nya untuk membuka pintu ilmu pengetahuan dan makrifat
Berzikir Ya Alim (Maha mengetahui) sebanyak 150 kali setiap hari maka pemikiran dan pemahamannya akan bertambah.

 Firman Allah Taala:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Ar Ra’du:28).


… Wallahualam …


ILMU PENYULUH HIDUP, AMAL BEKALAN PERJALANAN, AKHLAK HIASAN JIWA DAN PERIBADI MENUJU DESTINASI AKHIRAT YANG SUDAH PASTI….

Friday, October 1, 2010

Kesengalanku....

Assalamualaikum wbt..
Petang nie aku rasa diri aku sengal sangat!! Badan lemah lesu lemau semacam jer.. Aku pun tak tau nape.. Nak study tak da mood, solat asar pun kul 5.30 baru aku solat. Amik wuduk tadi pun melayang jer... Ya Allah, apa nak jadi ngan aku nie!!!

Aku tak tau nape.. Adakah aku penat? Stress nak exam? Atau diri aku sendiri ni yang tak betol dah? Hmm, mungkin aku stress.. Aku stress dengan diri aku sendiri.. Aku rasa aku tak cukup baik.. Amalan ku tak cukup.. Study aku pun tak cukup.. Keje aku banyak tak siap lg.. Dkat2 final nie semak otak betol.. Tiap sem cam tue.. Test la, quiz la, presentation la, folio la, apa lah.. Macam2.. Salah aku jugak sebenarnya.. Takpe, learn from it!! Moga sem depan aku lebih teratur.. 

Sometimes otak aku semak dengan kata2 orang yang mengata2 perubahan ku.. Salah ke aku nak berubah? Salah ke aku nak jadi better than before? No!! Tak salah sha.. Dorang tue je close minded.. Suka jaga tepi kain orang.. Sibuk ngata hal orang.. Diri sendiri dah baik sangat agaknya.. Ish, sabar sabar.. Kalau ko layan emo ko tue, nanti syaitan lg suka.. Dia cucuk2 lagi.. Bek ko istirgfar byk2 kat Allah.. Allah suka.. It's even better.. Biar syaitan tu nangis tengok ko.. 

Ya Allah... Ampunkanlah hambaMu ini.. Bantulah aku.. Tenangkan hati ku..  Berikanlah aku taufik dan hidayahMu Ya Allah.. Bimbinglah aku.. Aku ingin kekal di jalan ini Ya Allah.. Kuatkanlah hati dan imanku agar aku mampu mengharungi dugaan2 di muka bumi Mu ini Ya Allah.. Moga aku mengambilnya sebagai pengajaran dan tidak menjadikannya alasan untuk aku kembali ke jalan lama.. Amin..

Alhamdullillah, akhirnya cerah juga hari.. Sedey kain yg kusidai kena hujan.. Kena cuci balik.. Tapi alhamdulillah, Allah makbulkan doaku dan matahari keluar untuk mengeringkan baju2ku.. Alhamdulillah.. Walaupun penat basuh dua kali but it's okey.. Lebih bersih gitu.. Hahah... Now i can smile.. Thank you Allah, thank you blog...

 

Ya Allah... Tabahkan hatiku...

Assalamualikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, tabahkan hatiku.. Bantulah aku untuk mengharungi dugaan Mu ini Ya Allah.. Aku merayu padaMu Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini.. Diriku lemah lagi hina.. Hanya padaMu ku berserah Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu.. Berikanlah aku kekuatan itu Ya Allah... Amin amin ya robbalalamin...

Kuatkan semangat sha!!!! Jangan down... Common baby, you can do it!!!