Assalamualaikum w.b.t.
Ramadhan.. Alhamdulillah kita dipertemukan kembali. Bulan yang sungguh tinggi dan hebat isinya.. MasyaAllah..
Seperti insan lain, aku mengharapkan Ramadhan ini dapat ku lalui dengan lebih berkat dan berkualiti. Siapalah aku insan lemah penuh kekurangan, cuba memperbaiki diri. Moga Ramadhan membantu ku dalam mendaki tangga takwa kembali.
Kini ku di hospital, sedang oncall berseorangan. Tiba tiba rasa ingin menulis. Lalu ku singgah ke blog yang usang ini. Kembali membaca isi isinya terdahulu. Kejap ku tersenyum, kejap ku terdiam. Mmm, perjalanan hidup. Penuh kenangan...
Kini usiaku telah mencapai 30 tahun. Ya Allah, kadang- kadang ku rasa macam tak percaya.. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, masih dipinjamkan oleh Allah nyawa.. Dan anugerah terindah menjadi seorang ibu, subhanallah.
Aku berkata secara general. Aku sedar, masa lalu tidak dapat ditukar, malah bukan mudah untuk dilupakan. Masa lalu itu jugalah yang mematangkan. Memori itu akan terus tersemat di hati ini selagi Allah merestui. Ia akan hilang jika Allah mahu ku melupakannya. Dan Allah akan terus menambah memori - memori baru di dalam jasad ini. (^_^) . Oh, apa yg ku tulis? Sighh..
Aku rindu kawan-kawan. Aku rindu masa belajar di university.. Aku rindu buat research.. Aku rindu berada di dalam research lab.. Btw kini aku berada di dalam Medical lab.. Ohh.. Masih juga sejenis lab.. Nampaknya hidupku memang ditakdirkan di dalam makmal. hehe..
Mmm.. Aku rindu kenangan itu.. Moga Allah terus mengizinkan aku untuk terus menyimpan dan mengingati memori2 indah kehidupan dan segala pahit getir kekecewaan. Mudah-mudahan itu semua dapat menjadi tonjak untuk aku menjadi insan yang lebih baik di hari yang akan datang.. InsyaAllah..
Iman itu ada naik turunnya.. Bukan mudah untuk berubah, malah lebih susah untuk istiqamah..
Biiznillah..
Kelip kelip. (^_^)


