Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah

Allah itu Maha Besar..

Alhamdulillah.. 

Syukur pada rahmatMu Ya Tuhan.. 

Tiada kata mampu menggambarkan kesyukuran..

Tiada bicara mampu menggambarkan kegembiraan..

Subhanallah, indahnya kasih sayang Mu Ya Allah..

Terima kasih pada semua yang menyokong dan mendoakan.. 

Jazakallahu khairan kasirra.. 


** Bila kita yakin dan benar-benar bertawakal padaNya, Dia pasti akan memberikan senyuman.. 

Alhamdulillah

(>__<)

Sunday, December 2, 2012

My Bestfriend Wedding


Lela, my buddies, best friend, and my ex-roommate got married..


She looks stunning that day next to the groom. 

Sayangnya kami tak sempat nak stay sampai malam tgk lela lalu bawah pedang in that white dress and hilal dgn uniform rasminya...

Tapi apapun, kami sempat amik gambar dkt pelamin dengan pengantin.. Amek berkat orang kata.. Hehehee...


Meja makan berhadap pun sempat posing.. 


And more precious pictures to be shared.. 






Tahniah Lela n Hilal.. Barakallahulakuma.. Moga kekal sampai syurga..

Amin Allahumma Amin..


** EXcitednyerrrrrrr bila tengok orang kawen.. Hehee
(>_<)



Monday, November 26, 2012

WAHAI TUHAN..

Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan..

Ya Allah,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu,
di dalam sepanjang hidup kami di atas muka bumi Mu ini..

Ya Aziz, 
Jadikanlah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
dan khusyuk kepadaMu dengan sepenuh hati kami...

Wahai Tuhan,
Sesungguhnya kami bermohon kepadaMu,
ketetapan di dalam urusan di dunia ini,
dan keazaman di dalam hidayah..

Tolonglah kami mengingat Engkau, Ya Allah..
Menyebut namaMu,
Mensyukuri rahmatMu,
serta baik beribadat kepadaMu..

Sesungguhnya Dikaulah yang meniupkan nyawa kepada kami, dan kepadaMu jualah kami akan kembali.. Dikaulah pemegang hayatku Ya Allah, jadi bantulah hambaMu ini menjadi hambaMu yang soleh/solehah dan bertaqwa..

Amin Allahumma Aminn.. 


Sunday, November 18, 2012

: Allahhummah dini wasaddidini :


Sejauhmana pun kita berlari dan cuba menghindari sesuatu, tetapi jika Allah mengkehendaki, 'Dia' akan tetap menggejar kita.. 

Siapa kita untuk berkata TIDAK ? Sedang Allah maha mengetahui diatas setiap ujian (kebaikan) yang menimpa kita. 

Firman Allah : "…… Boleh Jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu : Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)


Allah sentiasa memberi yang terbaik buat kita.. Walau kadang2 terasa ujian itu amat berat, tetapi setiap takdir kita itu pasti ada hikmahnya.. Ada yang kita tidak nampak kini, mungkin kita akan nampak hikmahnya esok.. Dan bila itu terjadi, subhanallah.. Sayu sungguh merasai kasih sayang Allah..

Allah berfirman : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…" (Al-Baqarah:286)

Oleh itu, didiklah hati kita untuk sentiasa berzikir dan beristighfar, mengakui kelemahan diri kita sebagai HAMBA, kerana sebaik-baik pekerjaan di dunia ini adalah mengHAMBA kepada ALLAH.

Allah hummah dini wasaddidini

Ya ALLAH.. Tuntunilah aku & kurniakanlah aku kebenaran dalam ucapanku & perbuatanku 


** Saya belajar zikir ini dari IKIM fm, jom amalkan.. Maknanya teramat dalam.. 

♥ ♥ ♥


Tuesday, November 13, 2012

Penawar gundah..


Yang ku dengar tatkala hatiku gusar.. 
Sungguh indah alunan dari kalam Allah..
Subhanallah.. Tenang..

Monday, November 12, 2012

:: Two different world ::

Perbezaan STUDENT and BEKERJAYA..

Dulu pi kuliah, sembang-sembang, gelak-gelak, balik..

Sekarang pi kerja, diagnose- diagnose, cucuk-cucuk, barcode-barcode, QC QC, sembang cikit, balik..

Dulu sarapan nasi lemak, duduk elok makan sembang2 dgn housemates.. 

Sekarang sarapan biskut paket, dalam keta sorang2 masa driving ditemani DJ radio..

Dulu breakfast air milo, sekarang breakfast air masak (Camner nak bancuh tgh drive).. 

Dulu pi kuliah drive dr umah sewa 5 minit..

Sekarang, pegi keja at least 30 minutes.. Klu jem mau dekat 2 jam.. ~~Sigh

Dulu FB berjam-jam, sekarang 5-10 minit pun dah macam lama sangat..

Dulu tidoe 1-2 pagi, sekarang 10-11 malam..

TAPI, 

Kerja ni best.. Memang la penat tapi nak cari rezeki halal tu mmg la gitu.. Satu, kerana Allah.. Dua nak cari rezeki halal tolong mak ayah, tiga nak mula menghulur dan bukan lagi meminta, dan empat, untuk berjuang menyelamatkan nyawa.. 

Apa-apa pun, bersyukurlah dengan rezeki dari Allah Ta'ala.. Cari keberkatan di dalam nya.. Solat jangan sesekali lupa.. Sesibuk mana pun, lari la kejap ke surau menunaikan kefardhuan  perintahNya.. 

Wahai diri, ingat selalu.. "Jangan sesekali lupa Allah"







Sunday, November 11, 2012

:: KeRDiL ::

Hidup ni cuma persinggahan.. Macam roda.. 

Ada masa kita happy, ada masa kita sedih..


Senyum.. Tawa.. Air mata.. 


Kenangan.. Harapan..  Khayalan..


Hati.. Akal.. Perasaan..


Macam-macam benda ada.. ( Macam ASTRO nyer tagline.. )


Tapi.. 


Semua tue hanya sementara..


Yang kekal hanya "di sana"..



** Lihatlah dengan mata hati, pasti air mata mu mengalir menangisi kekerdilan diri sendiri.. (T_T)






Wednesday, November 7, 2012

Today's experiment:


Pegi naik bridge.. Balik naik feri..

Weeee, tak sakit kaki..

I Loike I loike...

** Tapi dlm masa yg sama masih mencari peluang keja di satu tempat yg amat KEPINGIN KEPINGIN gitu..

haha..

Apa pun, alhamdulillah.. syukur..

Dapat belajar, pengalaman dan duit poket skit..

Syukur pada rahmat Allah..



p/s : Bersyukurlah dengan kerja kamu sekarang kerana masih ramai yang mencari.. Alhamdulillah (>_<)


Tuesday, November 6, 2012

Kelija - II

Today okay..

Keja best.. Relax..

Balik pun jem separuh jambatan je..

Ok la first half boleh speed 79km/j (80 limit)

Then, second half 30-40km/j.. 

Klau bentipun sesaat dua ja, bukan 30 saat sepanjang-panjang jambatam mcm semalam.. 

Sigh""

Masih tak biasa.. Dah biasa ok la kot.. 

Hee.. Sebbek office hour ja... Klu shift, pengsan.. 

Apapapun, ALHAMDULILLAH (>_<)




Monday, November 5, 2012

Kelija

Ronda-ronda hospital

Sembang-sembang

Belajar-belajar

Makan-makan

Tengok jam tengok jam

Tekan-tekan clutch..

Wahhhhhhh!!!

Jambatan jem kaya strawberry pandan peanut butter semua ada...

Pegi smooth, balik STUCK..

KALAULAH ADA KERETA BOLEH TUKAR KAPAL SELAM, TERJUN JAMBATAN DIVE DIVE DIVE...



Kesimpulan:

** Kerja best, travel balik keja TAK BEST.. Pegi ok.. 

Ngantok nak tidoe.. Nite nite..

Allahumma bismika ahya wa amut..(>_<)

Friday, November 2, 2012

Jumaat kembali, Alhamdulillah.


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. 

Jika kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah SWT.



Thursday, November 1, 2012

:: Doa mohon jodoh ::



اللَّهُمَّ سَخَّرْلِي زَوْجَةً صَالِحَةً تَقِيَّةً وَدُودَةً وَلُودَةً وَتُحِبُّنِي حُبًّا شَدِيدًا عَمِيقًا فِي الله وَأُحِبُّهَا حُبًّا شَدِيدًا عَمِيقَا فِي الله وَتَكُونَ صَاحِبَةً لِي فِي الدُّنيَا وَالجَنَّةِ رَبِّي لَا تَذُرْنِي فَردًا وَأَنتَ خَيرُ الوَارِثِينَ وَارْزُقْنَا أَولَادًا صَالِحِينَ مُتَّقِينَ.


“Ya Allah,kurniakanlah aku seorang isteri yang solehah lagi bertakwa lagi penyayang lagi boleh melahirkan anak(tidak mandul) dan dia amat menyayangi aku dengan mendalam kerana Mu dan aku amat menyayanginya dengan mendalam kerana Mu dan dia menjadi temanku di dunia dan syurga.Tuhanku,jangan tinggalkan aku keseorangan dan sesungguhnya engkau sebaik-baik pewaris dan kurniakanlah kami anak-anak yang soleh lagi bertakwa..”

~ ~  ~

Bagi muslimat yang ingin turut mengamalkan doa ini hanya perlu tukarkan dhomir muannas kepada muzakkar sahaja.



(>__<)

Wednesday, October 31, 2012

Ohoiiiiii....



..Please smile.. 

..Klau tak muka tak cumel..

..Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek..

(>_<)

Tuesday, October 30, 2012

Hargailah wanita


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadi tongkah kehidupan..


Ketahuilah, pabila seorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Jadi janganlah kamu memberi harapan jika akhir akan meruntun hatinya. Ustaz Azhar Idrus sendiri pernah berpesan.. 

Perempuan itu juga sangat setia sifatnya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun masih ramai lagi yang lebih baik di matanya, tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik dan hanya kamu sahaja di ingatan.. 

Jadi wahai lelaki, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda, dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..

Dialah yang bakal menjadi teman, dan berusaha sehabis daya malah sanggup berkorban apa saja untuk menjadi isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Cinta seorang isteri itu begitu luhur kepada suaminya. Apabila kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Walau berjauhan, bayanganmu  sentiasa bermain di matanya dan tidak pernah sesaatpun kamu dilupakan.

Bukan wang ringgit yang dipintanya, bukan rumah besar atau kereta mewah.. Cuma kesetiaan dan kasih sayang dari seorang insan bernama suami.. Yang halal untuknya, dan yang memegang kunci baginya ke syurga.. 

Jadi wahai para suami dan bakal-bakal pengantin, hargailah wanita.. Wanita yang melahirkan kamu, dan wanita yang melahirkan anak-anakmu.. Hati mereka itu sangat lembut. Andai tersalah cara, terluka hatinya.. Jadi peliharalah ia seperti kaca.. 



Wednesday, October 24, 2012

:: Doa Serta Amalan pada Bulan Dzulhijjah dan Hari Arafah ::


"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah semasa dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguuhnya Allah berserta oarang yang bertakwa.” (At-Taubah : 36)
1. Diriwayatkan daipada Ibnu Abbas r.a. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
  • Dzulhijjah hari diampuni ALLAH akan Adam a.s. Siapa berpuasa pada hari itu, ALLAH mengampuni segala dosanya.
  • Dzulhijjah hari dikabulkan doa Nabi Yunus a.s dan keluar dari perut ikan Nun, sesiapa berpuasa pada hari itu seakan-akan ia beribadat setahun penuh.
  • Dzulhijjah hari lahirnya Nabi Isa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya ALLAH menjauhkan daripadanya segala kesusahan dan kefakiran.
  • Dzulhijjah hari lahirnya Nabi Musa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari itu, terlepaslah ia dari nifaq dan beroleh keamanan dari seksa kubur.
  • Dzulhijjah hari ALLAH membukakan segala kebaikan bagi Nabi nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya ALLAH memandang kepadanya dengan kasih sayang.
  • Dzulhijjah hari yang padanya ditutup segala pintu Neraka dan tidak dibuka buka hingga 10 Dzulhijjah, maka sesiapa berpuasa pada hari itu, nescaya ALLAH menutup darinya 30 pintu dari kemudahan.
  • Dzulhijjah hari yang dinamakan Hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa padanya nescaya ALLAH akan memberi ganjaran barang yang tidak diketahui orang melainkan ALLAH.
  • Dzulhijjah Hari Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu dihapuskan dosa-dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

2. Permulaan 10 Dzulhijjah bacalah 'Doa Hari Arafah' 400 kali (lihat gambar)

3. Mulai terbit matahari 9 Dzulhijjah sehingga pagi 10 Dzulhijjah, banyakkanlah TAKBIR.

4. Pada tiap-tiap hari sesudah selesai solat fardhu 10 hingga 13 Dzulhijjah disunatkan bertakbir.

5. Doa akhir tahun. Pada akhir (hari) Dzulhijjah bacalah doa akhir tahun 7 kali, maka diampuni ALLAH dosanya yang terdahulu..

Selamat berpuasa pada Hari Arafah esok, 25 hb November 2012.

Salam mujahadah



Sunday, October 21, 2012

Aturan Allah itu Indah

Pernahkah anda bermimpi hingga apabila bangun, tangisan membasahi pipi? 

Nightmare? Mm, bukan..

Semalam, kejadian itu berlaku.. Dan tangisan itu terus mengalir hingga kedengaran azan subuh. 

Sebak rasa hati dan pelbagai kenangan kembali..

Sedaya upaya ku cuba menenangkan hati dgn zikrullah..

Akhirnya terlena kembali. 

Mungkin hanya mainan syaitan kerna keuzuran membuatkan ku lemah..

Mungkin juga aku terlalu memikirkan sesuatu sehingga terbawa ke alam mimpi..

Walau apa pun sebabnya, aku yakin ia semua aturan Allah..

Dalam deraian air mata aku sedar..

"Yang lepas itu semalam, hidup saja dengan kenangan.. 
Hari muka itu lebih baik dicorak dengan lebih berkesan"

Subhanallah.. Terima kasih Allah.. 



Wednesday, October 17, 2012

Mari amalkan bacaan-bacaan ini sebelum tidur.



Dengan nama Allah, aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya. Jika Engkau menghabiskan hayatku, maka rahmatilah daku. Jika Engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambaMu yang soleh. - [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mencipta diriku dan engkaulah yang mematikannya, milik Engkau waktu kematianku dan waktu hidupku. Jika Engkau menghidupkan aku, maka peliharalah diriku. Jika Engkau mematkan aku, maka ampunkanlah daku Ya Allah, aku memohon daripadaMu kesihatan tubuh badan. – [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, peliharalah daku dari azabmu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. - [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Segala puji bagi Allah yang member makan kepada kami dan member minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memelihara kami, maka betapa Engkau yang mencukupkan dan memelihara. - [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, yang mencipta langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu dari kejahatan  diriku serta dari kejahatan syaitan dan kuncu-kuncunya dan aku berlindung denganMu dari melakukan kejahatan ke atas diriku atau ke atas orang Islam yang lain. – [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku hadapkan mukaku dan aku berlindung denganMu kerana takut dan mengharap kepadaMu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri melainkan Engkau. Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan beriman kepada nabiMu yang Engkau telah utuskan. – [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim].

Ya Allah, Tuhan segala tujuh langit dan Tuhan ‘arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang memecah dan menumbuhkan biji benih, yang menurunkan kitab Taurat, Injil serta al-Quran, aku berlindung denganMu dari segala kejahatan. Engkau berkuasa menarik ubun-ubunku dan berkuasa ke atas diriku Ya Allah. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tiada sesuatu pun sebelum Engkau. Engkaulah yang  terakhir, tiada sesuatu sesudah Engkau. Engkau yang tersembunyi, tiada sesuatu pun di bawah Engkau. Lepaskanlah sagala hutang piutang kami dan kayakanlah kami dari sifat kefakiran. – [Direkodkan oleh Muslim]

  • ·         Berwudhuk
  • ·         Berbaring di atas rusuk kanan
  • ·         Meletakkan tangan kanan di bawah pipi
  • ·         Mengibas tilam
  • ·         Membaca surah al-Kafirun
  • ·         Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah
  • ·         Zikir


Dipetik dari buku “Amalam 24 Jam dalam kehidupan Rasulullah SAW, Zulkarnain Dollah terbitan PTS  ISLAMIKA Sdn. Bhd.”

** Maaf hanya maksud dan huraiannya sahaja yang berjaya dimasukkan ke blog ini. Untuk bacaan arabnya, insyaAllah akan dimasukkan kemudian, atau boleh didapati dlm buku yang telah dinyatakan seperti di atas.

*** Sama-samalah kita berkongsi ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan ia membawa kebaikan kepada kita semua, insyaAllah hingga ke syurga. Amin Allahumma Amin. 

Thursday, October 11, 2012

SyUkUR

ALHAMDULILLAH

SENTIASALAH BERSYUKUR PADA ALLAH..

(>_<)

Monday, October 8, 2012

Cinta sebenar CINTA



Wahai para adam di luar sana, jagalah hati wanita.. Kerna Allah menciptakannya rapuh dan diselami air mata.. Jangan sekali menyatakan sayang, jika akhir hanya untuk dikecewakan.. Jangan pernah mengatakan kasih, jika belum benar pasti akan bersamanya, dan jangan sesekali memberikan harapan, jika akhirnya dirimu sendiri yang menghancurkan.. 

Ketahuilah hati wanita itu lembut dan amat halus. Seteguh mana pun dia berkata dia 'okay', dalam hatinya parut masih tebal, berdarah, pedih, sakit.. Jadi dekatilah wanita hanya jika  kamu benar2 mahu memperisterikannya.. 

Perkahwinan itu suci.. Hadiah dari Allah buat hamba2nya.. Janganlah kata 'perkahwinan' dijadikan landasan untuk membuat dosa dengan menghalalkan yang haram -- COUPLE. Ingatlah, setiap perbuatan ada balasan, Allah itu maha adil lagi saksama.. Dan gadis yang baik hanya buat jejaka yang baik, begitu juga sebaliknya.. 

Mencari cinta sejati itu juga bukan mudah, banyak halangan dan cabaran yang harus ditempuh.  Bak kata org tua2, pengalaman itu mematangkan, pengalaman itu mengajar erti dunia, dan pengalaman itu meninggal kenangan yang tak mungkin dilupa. 

Mungkin terpisahnya kita dengan seseorang kerna Allah mahu menghadiahkan seseorang yang lebih baik buat kita.. Mungkin juga sebagai kafarah dosa. Tidak mustahil juga sebagai ujian daripadaNya. Jadi yakinlah, jodohmu sudah tertulis sejak dr kandungan. Jadi usahlah khuatir, insyaAllah ada pasanganmu yang Allah akan ketemukan pada masa dan ketikanya yang sesuai.. Allah itu Maha Tahu.. Kan?? :)

~  ~  ~


Kalau cinta kita benar cinta,
maka kita akan berusaha membawanya ke syurga,
dan tidak akan melemparnya ke neraka,
kerana apa-apa yang melempar ke neraka itu,
adalah mustahil dinamakan cinta.

Maka jika engkau benar mencintai aku,
maka engkau akan menjaga hatiku,
tidak akan membawaku kepada kelalaian,
dan tidak akan menyesatkanku dengan kejahatan bersalut 'kebaikan'.

Engkau menjaga hatimu dan hatiku,
engkau menempuh jalan yang sepatutnya buatmu,
dan aku bersama jalan yang aku patut tempuh.

Bukan saling merobek hati,
dan nanar dalam rasukan nafsu durjana,
tetapi tabah terbang tinggi,
menggapai redha Ilahi untuk masa hadapan yang abadi.

-Puisi Hilal Asyraf-

Sunday, September 30, 2012

Pesan kok - Versi Dua

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selamat tiba.. (>_<) Dua hari bermanja with kok dan opah, alhamdulillah.. SERONOK..

Ye, saya sangatlah manja dengan atuk dan nenek belah ibu ni.. Boleh juga dikatakan cucu kesayangan [Chewahh perasann =P] Tapi ada benarnya.. "Eleleleleeeee"... 

Hahahaa, abaikan "keperasanan" saya diatas. (>_<)

Tiap kali balik ke ipoh, ada saja perkara baru yang ku pelajari.. Dan yang paling paling paling bermakna kali ini adalah, mengenai SOLAT.. 

Diriku kagum.. Amat kagum.. Melihat kesungguhan mereka mengerjakan perintah ALLAH SWT.. Atuk lelakiku yang ku panggil Kok, hampir 90 tahun umurnya, jalan pun sudah bertongkat.. Ku perhatikan gelagatnya. Sungguh kagum dan sayu melihat dia.. Kakinya sakit, dengan segala kudrat yang ada, dia bangkit dari kerusi malas kegemarannya.. Kemudian digagahi sedikit sedikit berjalan mencapai tongkat 4 kaki yang amat berjasa kepada dia.. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke bilik air untuk  mandi dan mengambil wudhuk.. Masa yang di ambil agak lama untuk berjalan dek kerana langkahnya begitu kecil.. Tapi dia gagahkan diri untuk berjalan, demi Allah SWT.. Subhanallah..

Opah, lebih uzur keadaannya.. Berdiri pun da tak lalu.. Dulu gagah juga dia berkerusi roda, sekarang hanya mampu terbaring di katilnya, dan duduk kadang2 untuk melepaskan lenguh pinggangnya.. Tapi, walaupun begitu solat tetap dijaga. Achik [pakcikku] akan mendukung ibunya, mengambilkan wudhuk. Lalu opah pun akan mengerjakan solatnya secara duduk. Baginya, yang wajib tetap wajib.. Subhanallah.. Sungguh ku kagum pada mereka... 

Satu lagi yang ku kagum dengan opah, ingatannya cukup kuat.. Bila bersendiri, lidahnya tidak pernah kering berzikir. Ayat2 quran yang dihafalnya sentiasa dibaca, memandangkan matanya sudah tidak berapa nampak. Ingat lagi ku dulu opah pernah berkata, "mata pah da tak nampak, nak baca quran da tak boleh" - katanya dengan tona nada sedih dan sayu.

Bukanlah niat diriku menulis untuk menceritakan, tapi diriku menulis dengan harapan. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, bakal terbuka ruang2 di hati untuk kembali mencari cinta Illahi.. Kembali kepada paksi yang hakiki, dan juga mudah2an diberikan hidayah kepada kita sekalian. 

Kerna terpikir daku, adakah kita yg celik ini benar-benar menghargai sepenuhnya nikmat yang diberi Allah SWT? Adakah kita yang diberi nikmat kudrat ini benar2 menghargai tenaga yang dipinjamkan? Atau masih sombong dan angkuh tanpa rasa salah meninggalkan solat dan al-Quran? Sedangkan kita tahu, sewaktu kita tidak mengerjakan solat, 6000 tahun hukumannya di neraka ALLAH, tapi kenapa ada dikalangan kita yang masih sihat, begitu liat menunaikan kewajiban, malah tiang iman yang utama? 

Adakah semuanya kelak hanya mahu menyesal pabila sudah berada di NERAKA?

Astaghfirullah.. Pimpinlah kami Ya Allah.. 

** Teringat pada pesan kok kepadaku satu masa dahulu : 

"Ano, jangan sesekali lupa Allah"