Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadi tongkah kehidupan..
Ketahuilah, pabila seorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Jadi janganlah kamu memberi harapan jika akhir akan meruntun hatinya. Ustaz Azhar Idrus sendiri pernah berpesan..
Perempuan itu juga sangat setia sifatnya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun masih ramai lagi yang lebih baik di matanya, tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik dan hanya kamu sahaja di ingatan..
Jadi wahai lelaki, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda, dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
Dialah yang bakal menjadi teman, dan berusaha sehabis daya malah sanggup berkorban apa saja untuk menjadi isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..
Cinta seorang isteri itu begitu luhur kepada suaminya. Apabila kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Walau berjauhan, bayanganmu sentiasa bermain di matanya dan tidak pernah sesaatpun kamu dilupakan.
Bukan wang ringgit yang dipintanya, bukan rumah besar atau kereta mewah.. Cuma kesetiaan dan kasih sayang dari seorang insan bernama suami.. Yang halal untuknya, dan yang memegang kunci baginya ke syurga..
Jadi wahai para suami dan bakal-bakal pengantin, hargailah wanita.. Wanita yang melahirkan kamu, dan wanita yang melahirkan anak-anakmu.. Hati mereka itu sangat lembut. Andai tersalah cara, terluka hatinya.. Jadi peliharalah ia seperti kaca..

No comments:
Post a Comment