Wednesday, October 17, 2012

Mari amalkan bacaan-bacaan ini sebelum tidur.



Dengan nama Allah, aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya. Jika Engkau menghabiskan hayatku, maka rahmatilah daku. Jika Engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambaMu yang soleh. - [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mencipta diriku dan engkaulah yang mematikannya, milik Engkau waktu kematianku dan waktu hidupku. Jika Engkau menghidupkan aku, maka peliharalah diriku. Jika Engkau mematkan aku, maka ampunkanlah daku Ya Allah, aku memohon daripadaMu kesihatan tubuh badan. – [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, peliharalah daku dari azabmu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. - [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Segala puji bagi Allah yang member makan kepada kami dan member minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memelihara kami, maka betapa Engkau yang mencukupkan dan memelihara. - [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, yang mencipta langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu dari kejahatan  diriku serta dari kejahatan syaitan dan kuncu-kuncunya dan aku berlindung denganMu dari melakukan kejahatan ke atas diriku atau ke atas orang Islam yang lain. – [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku hadapkan mukaku dan aku berlindung denganMu kerana takut dan mengharap kepadaMu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri melainkan Engkau. Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan beriman kepada nabiMu yang Engkau telah utuskan. – [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim].

Ya Allah, Tuhan segala tujuh langit dan Tuhan ‘arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang memecah dan menumbuhkan biji benih, yang menurunkan kitab Taurat, Injil serta al-Quran, aku berlindung denganMu dari segala kejahatan. Engkau berkuasa menarik ubun-ubunku dan berkuasa ke atas diriku Ya Allah. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tiada sesuatu pun sebelum Engkau. Engkaulah yang  terakhir, tiada sesuatu sesudah Engkau. Engkau yang tersembunyi, tiada sesuatu pun di bawah Engkau. Lepaskanlah sagala hutang piutang kami dan kayakanlah kami dari sifat kefakiran. – [Direkodkan oleh Muslim]

  • ·         Berwudhuk
  • ·         Berbaring di atas rusuk kanan
  • ·         Meletakkan tangan kanan di bawah pipi
  • ·         Mengibas tilam
  • ·         Membaca surah al-Kafirun
  • ·         Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah
  • ·         Zikir


Dipetik dari buku “Amalam 24 Jam dalam kehidupan Rasulullah SAW, Zulkarnain Dollah terbitan PTS  ISLAMIKA Sdn. Bhd.”

** Maaf hanya maksud dan huraiannya sahaja yang berjaya dimasukkan ke blog ini. Untuk bacaan arabnya, insyaAllah akan dimasukkan kemudian, atau boleh didapati dlm buku yang telah dinyatakan seperti di atas.

*** Sama-samalah kita berkongsi ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan ia membawa kebaikan kepada kita semua, insyaAllah hingga ke syurga. Amin Allahumma Amin. 

No comments:

Post a Comment