Sunday, March 31, 2013

Officially 26..

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, I’m now officially 26 years old.. Praises to Allah, Alhamdulillah.. Impian yang dahulunya hanya angan-angan kini ada yang sudah tercapai, ada yang bakal tercapai, dan ada yang masih belum digapai. Tapi, insyaAllah.. I’ll do my best to achieve it.. Hee.

26 is totally a different world to me.. Career, commitment and responsibilities yang berbeza, kerja yang melibatkan nyawa dan benar-benar memerlukan keikhlasan dalam melakukannya.. Alhamdulillah, pengalaman berada di beberapa tempat yang berbeza amat berguna. Ia mengajar aku cara untuk ‘blend in’ and how to perform better..

Kata orang, dalam kerja ni kena lompat dan lompat, baru cepat naik.. Tak boleh stay di satu tempat sahaja. Mm, actually ada benarnya.. Alhamdulillah, lepas melompat lompat ni, dengan pengalaman yang tak seberapa, kini aku mampu untuk menghembus nafas lega. Syukur-syukur.. Rezeki dari Allah..

Life? Mm, getting better, Alhamdulillah.. Just can’t wait for the next step.. Bigger step I guess.. Amin Amin Amin.. Teruskan berdoa ya Nuraishah.. <3 <3

Hobby? Still the same thing.. Cooking, baking etc. And yet, masih lagi gila pada gym and tak sabar nak ada treadmill sendiri di rumah.. Huhu.. Target must be achieve… and maintained.. Haha.. (>_<)

Pada tahun ke 26 yang Allah pinjamkan padaku ini, harapan ku adalah untuk menjadi insan yang lebih berguna.. Lebih beragama, lebih dekat pada Allah, lebih tenang, lebih matang, lebih cool dan enjoy life dengan sebaiknya. Lebih balance antara dunia dan akhirat, lebih menghargai and lebih senyuman dari tangisan.

Aim ku jugak adalah untuk berjasa pada mak dan ayah. Happy kan dorang and bantu apa yang patut. Nak jadi anak yang solehah.. Hamba Allah yang bertaqwa dannnnnnnnnnn isteri dan ibu yang solehah.. Erk… Tetiba.. Hee.. Well, kenyataan tu bermula dengan angan-angan kan, so why not? Hee..

Kepada semua saudara-saudara ku di luar sana, thank you so much for all the support and doa.. Moga Allah merahmati kita semua..

Happy life, Happy world, and Happy Akhirat..
InsyaAllah.

And remember, Be positive, always smile and help others. 
:: Tenyum-tenyum selalu (>_<) ::

Love,
Nuraishah Abu Hasan
31.3.13 – Nice number this year kan? (>_<)




Ada sesiapa nak belanja saya cake? Secret recipes blueberry cheese pelizzzzzzz.. 
Nyum nyum.. (>_<)

Thursday, March 28, 2013

Erk.. Huuu..


Ya Allah Ya Tuhanku… Bila tiba saatnya untuk ku jatuh cinta, pilihkanlah untukku, seseorang yang selalu terjaga hatinya pada-Mu.. Agar hatiku tidak pernah alpa dalam mengingat-Mu.

Kurniakanlah pada hambaMu ini, dia yang bisa menyejukkan hati saat dugaan melanda.. Dan mengingat dan menarik daku kembali saat ku mulai salah tujuan.. Sehingga membuatku semakin teguh dijalanMu..


Nikahkanlah aku dengan seorang insan yang melengkapi kekuranganku, dan bukanlah kekosonganku.. Pertemukanlah daku dengan seorang hambaMu yang hatinya asik terpaut pada namaMU, agar terdidik aku melangkah ke syurga, dan terlindung daku dari azab api neraka..


Izinkan aku di cintai seorang.. Yang bisa menerima segala kekuranganku, sabar dengan segala kelemahanku, dan teguh bersama-sama ku dalam mencari redhaMU,


Bila tiba masanya Ya Allah, jadikanlah cinta itu sebagai penguat cintaku pada-Mu.. Dan peliharalah cintaku padanya, agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Tuhanku..


Genangi hati kami berdua dengan Asma-ul Husna Mu.. Agar rasa cinta kami pada-Mu tetap utuh.. Kembang mekar bersama rumah tangga kami.. Anugerahkanlah kami dengan rahmat-Mu, Kurniakanlah kepada kami zuriat bagi menyambung agama Mu, pewaris dan pengerat kasih sayang diantara kami.. Cinta suci yang menyejukkan hati.. Dan tak akan hilang hingga syurgawi…


Ya Rabb.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran. Terkadang hatiku merasa rindu pada dia, insan yang ku cintai… Tapi Ya Rabb, biarlah perasaan ini ku simpul mati dalam setiap doa dan Istikharahku.. Agar terjaga aku dari godaan nafsu.. Dan kelak pabila Engkau satukan hati kami, ia bakal bertaut bertahta dan bersemi indah kerna mendapat redhaMu..


Ya Rabb… Tuntunlah hati hambaMu ini agar diriku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar Pilihan-MU.. Bukan lah semata-mata pilihan nafsuku.


Ya Rabb.. Jika benar inilah yang terbaik buat kami, agama kami, masa depan dunia dan akhirat kami, dan hubungan ini bakal membimbing dan membawa kami lebih dekat pada-Mu.. Maka satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.. Tapi jika ia bukanlah yang terbaik buat kami, peliharalah hati kami agar kekaguman yang kami rasa ini tidak bertukar menjadi rasa suka mahupun cinta agar terpelihara hati kami dari tikaman hawa nafsu cinta..


Oh Tuhanku Yang Maha Mengetahui, Penyayang dan Pengasih.. Peliharalah rasa cintaku ini, Ya Wadud.. Tetapkanlah ia hanya pada insan yang telah Engkau takdirkan buatku, dia yang tertulis di luh mahfuzku.. Dia yang tidak ku pasti siapa, sehingga akad terlaksana. Wahai Allah, ku titipkan rasa ini, dan berserah pada segala ketentuanMu Ya Robbi… Mudah-mudahan segalanya akan berakhir dengan kebaikan..


Amin.. (>_<)





Tuesday, March 26, 2013

Rindu..

Setelah sekian lama menyepi, lari daripada internet.. Hari ini Allah menggerakkan kembali aku ke laman sesawang ini.. Laju jari jemariku menaip itu dan ini mengupdate diri dengan segala apa yang ku tinggalkan... Fb, email, blog, google etc.. Mula bosan lama kelamaan aku mula berblog walking.. Dan akhirnya Allah menggerakkan hatiku untuk singgah ke blog sahabat seperjuanagn, rusydee artz - http://selamattinggal.blogspot.com.. 

Terkedu, kaku lagi sayu hati membaca entry terbarunya.. Benar2 menusuk hati yang hina ini.. Allahurobbi.. Pelbagai soalan diajukan di entry itu.. Soalan yang mengetar hati..



1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?

2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.

3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.

4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?

5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.

6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?



Lidah hanya kaku terkedu...


Ya Allah...  Sungguh aku rindu... Rindu saat itu.. (T_T)

Indahnya Sebuah Perkahwinan


Saudaraku,
Rasulullah mengilustrasikan kehidupan keluarga beliau dengan pernuh keharmonian, ketenangan dan kebahagiaan....
KERANA DIBANGUNKAN DI ATAS DASAR KETAATAN KEPADA ALLAH.......
Saudaraku,
Suami yg mencintai Allah dengan sepenuh jiwanya,
Dia menjadi teladan keluarga bukan agar dihormati anak dan isterinya.
Isteri yg mencintai Allah dengan seluruh hatinya,
Dia berbakti kepada suami bukan agar suami mencintainya...

Diri kita milik Allah,
Yang mengetahui segala perasaan dalam diri kita hanya Allah.....
Yang memerintahkan kita bernikah adalah Allah...
Pernikahan yang terjadi juga adalah dengan izin Allah..
Bahkan kebahagiaan yang diraih juga adalah kerana pertolongan Allah..

Sungguh!
Keluarga itu pusat ketenangan, pusat ilmu, pusat nasihat, pusat kemuliaan..
Jika ahlinya teguh mengingati Allah..
Jika ahlinya gigih hidup kerana Allah

SUNGGUH!!
IMAN YANG KUKUHlah yang akan membuat hiruk pikuk kehidupan berumahtangga tidak akan menenggelamkan atau menyengsarakan..
Hanya dengan KEKUATAN IMAN
Kita mampu menghiasi keluarga kita dengan ketenangan dan kebahagiaan

Justeru,
Binalah keluarga yang DEKAT DENGAN ALLAH.
Binalah keluarga yang DIBANGUN SEPENUH JIWA DENGAN MENGINGATI ALLAH, 
MENGENAL ALLAH DAN TAAT KEPADA ALLAH.
Binalah keluarga yang sangat menjaga keikhlasan dalam beramal,
Kerana kebahagiaan rumahtangga hanya dirasai oleh mereka yang berhati bersih dan ikhlas.
Kekurangan yang ditemui menjadikan kita saling melengkapi
Kelebihan yang dimiliki selalu disyukuri
Sungguh luar biasa rumahtangga yang disuburi dengan keimanan dan keikhlasan.
Lautan nikmat yang datang,
Disambut dengan penuh kesyukuran.
Musibah yang menerpa,
Dikendalikan dengan penuh ketenangan.

Semoga Allah mengurniakan kita rumah tangga yang diberkati,
Rumah tangga yang mengukuh iman,
Rumah tangga yang selalu meningkatkan produktiviti kebaikan,
Rumah tangga yang hanya dicita-citakan utk meraih redha Ar-Rahman.

Mudah-mudahan dengan biat, usaha dan doa yang terbaik,
Kita akan membina keluarga dan generasi yang lebih baik,
Menyinari alam dengan ketaatan kepada Allah...
Demi meneruskan jejak langkah kebaikan dan kecemerlangan.

Dengan segala semangat dan daya usaha, kita melukis peradaban bermula daripada rumah kita.
Ya Allah, kurniakahlag kepada kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata..
Dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yang bertakwa..
Membangun sebuah keluarga bukan perkara mudah,
Mulakan dengan niat yang baik, usaha yang tepat dan ketekunan berdoa memohon pertolonganNYA.
Semoga Berjaya.

kredit: krafhati.blogspot.com