Wednesday, October 31, 2012

Ohoiiiiii....



..Please smile.. 

..Klau tak muka tak cumel..

..Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek..

(>_<)

Tuesday, October 30, 2012

Hargailah wanita


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadi tongkah kehidupan..


Ketahuilah, pabila seorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Jadi janganlah kamu memberi harapan jika akhir akan meruntun hatinya. Ustaz Azhar Idrus sendiri pernah berpesan.. 

Perempuan itu juga sangat setia sifatnya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun masih ramai lagi yang lebih baik di matanya, tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik dan hanya kamu sahaja di ingatan.. 

Jadi wahai lelaki, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda, dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..

Dialah yang bakal menjadi teman, dan berusaha sehabis daya malah sanggup berkorban apa saja untuk menjadi isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Cinta seorang isteri itu begitu luhur kepada suaminya. Apabila kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Walau berjauhan, bayanganmu  sentiasa bermain di matanya dan tidak pernah sesaatpun kamu dilupakan.

Bukan wang ringgit yang dipintanya, bukan rumah besar atau kereta mewah.. Cuma kesetiaan dan kasih sayang dari seorang insan bernama suami.. Yang halal untuknya, dan yang memegang kunci baginya ke syurga.. 

Jadi wahai para suami dan bakal-bakal pengantin, hargailah wanita.. Wanita yang melahirkan kamu, dan wanita yang melahirkan anak-anakmu.. Hati mereka itu sangat lembut. Andai tersalah cara, terluka hatinya.. Jadi peliharalah ia seperti kaca.. 



Wednesday, October 24, 2012

:: Doa Serta Amalan pada Bulan Dzulhijjah dan Hari Arafah ::


"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah semasa dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguuhnya Allah berserta oarang yang bertakwa.” (At-Taubah : 36)
1. Diriwayatkan daipada Ibnu Abbas r.a. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
  • Dzulhijjah hari diampuni ALLAH akan Adam a.s. Siapa berpuasa pada hari itu, ALLAH mengampuni segala dosanya.
  • Dzulhijjah hari dikabulkan doa Nabi Yunus a.s dan keluar dari perut ikan Nun, sesiapa berpuasa pada hari itu seakan-akan ia beribadat setahun penuh.
  • Dzulhijjah hari lahirnya Nabi Isa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya ALLAH menjauhkan daripadanya segala kesusahan dan kefakiran.
  • Dzulhijjah hari lahirnya Nabi Musa a.s. Sesiapa berpuasa pada hari itu, terlepaslah ia dari nifaq dan beroleh keamanan dari seksa kubur.
  • Dzulhijjah hari ALLAH membukakan segala kebaikan bagi Nabi nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya ALLAH memandang kepadanya dengan kasih sayang.
  • Dzulhijjah hari yang padanya ditutup segala pintu Neraka dan tidak dibuka buka hingga 10 Dzulhijjah, maka sesiapa berpuasa pada hari itu, nescaya ALLAH menutup darinya 30 pintu dari kemudahan.
  • Dzulhijjah hari yang dinamakan Hari Tarwiyah. Sesiapa yang berpuasa padanya nescaya ALLAH akan memberi ganjaran barang yang tidak diketahui orang melainkan ALLAH.
  • Dzulhijjah Hari Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu dihapuskan dosa-dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

2. Permulaan 10 Dzulhijjah bacalah 'Doa Hari Arafah' 400 kali (lihat gambar)

3. Mulai terbit matahari 9 Dzulhijjah sehingga pagi 10 Dzulhijjah, banyakkanlah TAKBIR.

4. Pada tiap-tiap hari sesudah selesai solat fardhu 10 hingga 13 Dzulhijjah disunatkan bertakbir.

5. Doa akhir tahun. Pada akhir (hari) Dzulhijjah bacalah doa akhir tahun 7 kali, maka diampuni ALLAH dosanya yang terdahulu..

Selamat berpuasa pada Hari Arafah esok, 25 hb November 2012.

Salam mujahadah



Sunday, October 21, 2012

Aturan Allah itu Indah

Pernahkah anda bermimpi hingga apabila bangun, tangisan membasahi pipi? 

Nightmare? Mm, bukan..

Semalam, kejadian itu berlaku.. Dan tangisan itu terus mengalir hingga kedengaran azan subuh. 

Sebak rasa hati dan pelbagai kenangan kembali..

Sedaya upaya ku cuba menenangkan hati dgn zikrullah..

Akhirnya terlena kembali. 

Mungkin hanya mainan syaitan kerna keuzuran membuatkan ku lemah..

Mungkin juga aku terlalu memikirkan sesuatu sehingga terbawa ke alam mimpi..

Walau apa pun sebabnya, aku yakin ia semua aturan Allah..

Dalam deraian air mata aku sedar..

"Yang lepas itu semalam, hidup saja dengan kenangan.. 
Hari muka itu lebih baik dicorak dengan lebih berkesan"

Subhanallah.. Terima kasih Allah.. 



Wednesday, October 17, 2012

Mari amalkan bacaan-bacaan ini sebelum tidur.



Dengan nama Allah, aku meletakkan lambungku dan dengan namamu aku mengangkatnya. Jika Engkau menghabiskan hayatku, maka rahmatilah daku. Jika Engkau membiarkan umurku panjang maka peliharalah umurku dalam kebaikan sebagaimana engkau memelihara umur hamba-hambaMu yang soleh. - [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mencipta diriku dan engkaulah yang mematikannya, milik Engkau waktu kematianku dan waktu hidupku. Jika Engkau menghidupkan aku, maka peliharalah diriku. Jika Engkau mematkan aku, maka ampunkanlah daku Ya Allah, aku memohon daripadaMu kesihatan tubuh badan. – [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, peliharalah daku dari azabmu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. - [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Segala puji bagi Allah yang member makan kepada kami dan member minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memelihara kami, maka betapa Engkau yang mencukupkan dan memelihara. - [Direkodkan oleh Muslim]

Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, yang mencipta langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu dari kejahatan  diriku serta dari kejahatan syaitan dan kuncu-kuncunya dan aku berlindung denganMu dari melakukan kejahatan ke atas diriku atau ke atas orang Islam yang lain. – [Direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi]

Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku hadapkan mukaku dan aku berlindung denganMu kerana takut dan mengharap kepadaMu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri melainkan Engkau. Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan beriman kepada nabiMu yang Engkau telah utuskan. – [Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim].

Ya Allah, Tuhan segala tujuh langit dan Tuhan ‘arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang memecah dan menumbuhkan biji benih, yang menurunkan kitab Taurat, Injil serta al-Quran, aku berlindung denganMu dari segala kejahatan. Engkau berkuasa menarik ubun-ubunku dan berkuasa ke atas diriku Ya Allah. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tiada sesuatu pun sebelum Engkau. Engkaulah yang  terakhir, tiada sesuatu sesudah Engkau. Engkau yang tersembunyi, tiada sesuatu pun di bawah Engkau. Lepaskanlah sagala hutang piutang kami dan kayakanlah kami dari sifat kefakiran. – [Direkodkan oleh Muslim]

  • ·         Berwudhuk
  • ·         Berbaring di atas rusuk kanan
  • ·         Meletakkan tangan kanan di bawah pipi
  • ·         Mengibas tilam
  • ·         Membaca surah al-Kafirun
  • ·         Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah
  • ·         Zikir


Dipetik dari buku “Amalam 24 Jam dalam kehidupan Rasulullah SAW, Zulkarnain Dollah terbitan PTS  ISLAMIKA Sdn. Bhd.”

** Maaf hanya maksud dan huraiannya sahaja yang berjaya dimasukkan ke blog ini. Untuk bacaan arabnya, insyaAllah akan dimasukkan kemudian, atau boleh didapati dlm buku yang telah dinyatakan seperti di atas.

*** Sama-samalah kita berkongsi ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan ia membawa kebaikan kepada kita semua, insyaAllah hingga ke syurga. Amin Allahumma Amin. 

Thursday, October 11, 2012

SyUkUR

ALHAMDULILLAH

SENTIASALAH BERSYUKUR PADA ALLAH..

(>_<)

Monday, October 8, 2012

Cinta sebenar CINTA



Wahai para adam di luar sana, jagalah hati wanita.. Kerna Allah menciptakannya rapuh dan diselami air mata.. Jangan sekali menyatakan sayang, jika akhir hanya untuk dikecewakan.. Jangan pernah mengatakan kasih, jika belum benar pasti akan bersamanya, dan jangan sesekali memberikan harapan, jika akhirnya dirimu sendiri yang menghancurkan.. 

Ketahuilah hati wanita itu lembut dan amat halus. Seteguh mana pun dia berkata dia 'okay', dalam hatinya parut masih tebal, berdarah, pedih, sakit.. Jadi dekatilah wanita hanya jika  kamu benar2 mahu memperisterikannya.. 

Perkahwinan itu suci.. Hadiah dari Allah buat hamba2nya.. Janganlah kata 'perkahwinan' dijadikan landasan untuk membuat dosa dengan menghalalkan yang haram -- COUPLE. Ingatlah, setiap perbuatan ada balasan, Allah itu maha adil lagi saksama.. Dan gadis yang baik hanya buat jejaka yang baik, begitu juga sebaliknya.. 

Mencari cinta sejati itu juga bukan mudah, banyak halangan dan cabaran yang harus ditempuh.  Bak kata org tua2, pengalaman itu mematangkan, pengalaman itu mengajar erti dunia, dan pengalaman itu meninggal kenangan yang tak mungkin dilupa. 

Mungkin terpisahnya kita dengan seseorang kerna Allah mahu menghadiahkan seseorang yang lebih baik buat kita.. Mungkin juga sebagai kafarah dosa. Tidak mustahil juga sebagai ujian daripadaNya. Jadi yakinlah, jodohmu sudah tertulis sejak dr kandungan. Jadi usahlah khuatir, insyaAllah ada pasanganmu yang Allah akan ketemukan pada masa dan ketikanya yang sesuai.. Allah itu Maha Tahu.. Kan?? :)

~  ~  ~


Kalau cinta kita benar cinta,
maka kita akan berusaha membawanya ke syurga,
dan tidak akan melemparnya ke neraka,
kerana apa-apa yang melempar ke neraka itu,
adalah mustahil dinamakan cinta.

Maka jika engkau benar mencintai aku,
maka engkau akan menjaga hatiku,
tidak akan membawaku kepada kelalaian,
dan tidak akan menyesatkanku dengan kejahatan bersalut 'kebaikan'.

Engkau menjaga hatimu dan hatiku,
engkau menempuh jalan yang sepatutnya buatmu,
dan aku bersama jalan yang aku patut tempuh.

Bukan saling merobek hati,
dan nanar dalam rasukan nafsu durjana,
tetapi tabah terbang tinggi,
menggapai redha Ilahi untuk masa hadapan yang abadi.

-Puisi Hilal Asyraf-