Wahai para adam di luar sana, jagalah hati wanita.. Kerna Allah menciptakannya rapuh dan diselami air mata.. Jangan sekali menyatakan sayang, jika akhir hanya untuk dikecewakan.. Jangan pernah mengatakan kasih, jika belum benar pasti akan bersamanya, dan jangan sesekali memberikan harapan, jika akhirnya dirimu sendiri yang menghancurkan..
Ketahuilah hati wanita itu lembut dan amat halus. Seteguh mana pun dia berkata dia 'okay', dalam hatinya parut masih tebal, berdarah, pedih, sakit.. Jadi dekatilah wanita hanya jika kamu benar2 mahu memperisterikannya..
Perkahwinan itu suci.. Hadiah dari Allah buat hamba2nya.. Janganlah kata 'perkahwinan' dijadikan landasan untuk membuat dosa dengan menghalalkan yang haram -- COUPLE. Ingatlah, setiap perbuatan ada balasan, Allah itu maha adil lagi saksama.. Dan gadis yang baik hanya buat jejaka yang baik, begitu juga sebaliknya..
Mencari cinta sejati itu juga bukan mudah, banyak halangan dan cabaran yang harus ditempuh. Bak kata org tua2, pengalaman itu mematangkan, pengalaman itu mengajar erti dunia, dan pengalaman itu meninggal kenangan yang tak mungkin dilupa.
Mungkin terpisahnya kita dengan seseorang kerna Allah mahu menghadiahkan seseorang yang lebih baik buat kita.. Mungkin juga sebagai kafarah dosa. Tidak mustahil juga sebagai ujian daripadaNya. Jadi yakinlah, jodohmu sudah tertulis sejak dr kandungan. Jadi usahlah khuatir, insyaAllah ada pasanganmu yang Allah akan ketemukan pada masa dan ketikanya yang sesuai.. Allah itu Maha Tahu.. Kan?? :)
~ ~ ~
Kalau cinta kita benar cinta,
maka kita akan berusaha membawanya ke syurga,
maka kita akan berusaha membawanya ke syurga,
dan tidak akan melemparnya ke neraka,
kerana apa-apa yang melempar ke neraka itu,
adalah mustahil dinamakan cinta.
Maka jika engkau benar mencintai aku,
maka engkau akan menjaga hatiku,
tidak akan membawaku kepada kelalaian,
dan tidak akan menyesatkanku dengan kejahatan bersalut 'kebaikan'.
Engkau menjaga hatimu dan hatiku,
engkau menempuh jalan yang sepatutnya buatmu,
dan aku bersama jalan yang aku patut tempuh.
Bukan saling merobek hati,
dan nanar dalam rasukan nafsu durjana,
tetapi tabah terbang tinggi,
menggapai redha Ilahi untuk masa hadapan yang abadi.
-Puisi Hilal Asyraf-

Mungkin Allah sengaja pertemukan kita dgn org yg salah sblm pertemukan kita dgn org yg betul..agar kita akan lebih bersyukur dgn pemberiannya tu..percayalah, percaturan Allah adalah yg terbaik...berilah yg terbaik pd Nya, pasti Dia akan berikan yg terbaik pd kita...wallahualam..(jgn sedih2 ye..comot nnti)
ReplyDelete(>_<)
Delete