Monday, February 28, 2011

Kulit tembikai tumis ikan masin...

Assalamualaikum wbt..

Hmm.. Ada dua soalan di sini..
First.. Penah tak makan kulit tembikai?
Second.. Penah tak makan kulit tembikai yang dijadikan lauk?

Pelik? hmm.. Tak jugak sebenarnya.. Mak penah cakap kulit tembikai ni boleh buat kerabu.. Tapi tak pnah la makan.. Tapi semalam kan, Ram (housemate) masak kulit tembikai tumis ikan masin.. Sedap la pulak.. First time makan.. Terus suka. Tapi semalam dapat makan sikit je.. huhu..

Hari ni lak, tetiba tekak ni teringin nak makan kulit tembikai lagi.. So, huhu memandangkan tembikai ada lg sebelah kat dalam peti ais tue.. Request pun dibuat pada cik ramlah kita.. Hmm.. "Ram... Ley tak hari ni ko tolong masakkan kulit tembikai macam semalam untuk juadah berbuka? Aku teringin la.. huhu" aku mengayat cik ram.. N alhamdulillah.. Ram sudi masakkan.. Alhamdulillah syukur... Hmm.. Kecur air liur..

So petang tu kami dua pun masaklah kat dapur.. Waktu berbuka, lauk2nya adalah sambal telur made by me, kulit tembikai tumis ikan masin made by ram, n jus tembikai.. Simple jer.. Student kan.. But rasa tembikai tu.. subhanallah.. Sedap tak terhingga.. Hmm.. Yup.. Mmg suka makan benda benda macam ni.. And yes.. Mmg aku budak kampung.. Suka makan ulam..  

Selepas azan.. Jus tembikai diteguk.. Nyamannnn sungguh... Alhamdulillah.. Then naik dulu solat.. Pastu baru makan ramai ramai.. Seronok seronok.. Macihhh ram sebab masakkan kulit tembikai.. Sedap sedap.. Tambah2 dgn ikan masin dari sabah.. Oh ya, ram ni budak sabah ye.. Memang lah nikmat rezeki dari Allah.. Alhamdulillah.. Syukur..

ni tembikai.. sapa tak kenal? 

Yang merah dibuat jus.. Kulitnya yg berbelang tu dibuang.. Tapi yg putih tu dijadikan sayur... Sedap sedap..
Pic lauk tu dah ditangkap tapi tak ley lak nak masuk dalam laptop ni.. Tak ley detect lak.. Takpe.. Akan menyusul kemudian insyaAllah..
^_^

tada... ni dia.. seperti dijanjikan.. made by sabahan ya..
Sedappppp....

..Ramlah, Anis n Erun..

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Article dr iluvislam..

10 Petanda Dia Jodoh Kita

alt
bestnye cenggini.. =)
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Sumber gambar : allisina.org
***
Hmm.. Siapa jodohku? huhu.. Tatau la kan.. Teruskan doa pada Allah..
Yang pasti, diri ini tidak mahu bercinta lagi.. Takde lagi istilah kapel kapel dalam hidup nie.. NOPE.. Kapel tu haram.. BUT.. Fitrahlah kalau manusia jatuh cinta bukan? JADI.. Jika aku jatuh cinta, dan dia juga jatuh cinta padaku, biarlah kami hanya setakat tahu perasaan masing2.. Kemudian masuk minang.. Tunang, kenal hati budi.. Pastu nikah.. Pas nikah bru bercinta.. Baru best.. Ikut cara islam.. Waaa... Besinar sinar mata.. hi hi hi.. 
hmm.. keep on praying ya Nuraishah.. Chaiyok2.. 
Sempat lagi tu dalam kesibukan menyiapkan esemen.. huhu... ^_^

Saturday, February 26, 2011

Langit tak sentiasa cerah..

Assalamualaikum wbt...

Dugaan Allah sentiasa ada.. Samaada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan, dugaan pasti akan tiba.. Kehadiran kedua duanya itu dengan satu sebab iaitu untuk menguji kita.. Menguji sejauh mana kataqwaan kita.. Seteguh mana iman kita.. Dan sekuat mana kita berpegang pada tali Allah..

Kita selaku hamba Allah seharusnya berusaha bersungguh sungguh mencari redhaNya.. Cinta Allah harus dicari.. Sehingga bila bila tanpa henti.. Walaupun dugaan datang tanpa henti, kita seharusnya tetap terus yakin pada Allah.. Percayalah, dugaan Allah itu sebenarnya adalah tarbiyah dari Allah.. Tanda Allah sayang kita..

Allah itu maklum dikenali sebagai Maha Penyayang.. Dia amat menyayangi kita.. Amat mengasihi kita.. Takda cinta yg lebih agung dari cintaNya.. Subhanallah.. Kasih Allah pada hamba hambaNya begitu besar.. Cuma kita sering 'buta' dan tidak melihatnya.. 

Manusia sering leka.. Sering alpa dengan nikmat yang dikurniakanNya.. Waktu acap kali dibuang sia sia.. Nafsu sering kali didahulukan.. Hal agama sering kali diambil endah tak endah.. Solat sering dipandang mudah.. Sering dilewat lewatkan pengerjaannya.. Sering dipandang ringan perlaksanaannya.. Kekusyukan itu sebenarnya satu nikmat Allah.. Tapi untuk mencarinya bukan mudah.. Bukan mudah.. 

Solatlah seperti kamu melihat Allah.. Atau sekurang kurangnya ketahuilah bahawasanya Allah melihat kamu... Dirikanlah solat bagai ia kali terakhir untukmu.

Yang sering dilayannya kata hati.. Dibenarkan diri ini ditakluki perasaan dan lara jiwa.. Yang semua itu memang amat disukai syaitan laknatullah.. 

Hati takkan pernah tenang selagi ia tidak mengingati Allah.. Jiwa takkan pernah tenteram selagi ia tidak selalu diisi dgn nama nama Allah.. Diri akan terasa kosong selagi tak diisi dengan ayat ayat Allah.. 

Hidup pasti Sepi.. Sunyi.. Kosong.. Tanpa cinta dan kasih Allah..

Banyakkanlah mengingati Allah.. Banyakkanlah mengingati kematian.. Banyakkanlah mengenang dosa lalu.. Muhasabahlah diri sentiasa.. Renunglah kembali kisah hidup anda.. Bertanyalah pada diri, berbaloikan hidupku selama ini? Boost up kan iman dalam diri dengan pengalaman dan pengajaran lalu..

Banyakkanlah membaca dan mendengar.. Perhatilah sekeliling anda.. Lihatlah betapa besar kuasa Allah... Tenunglah didalam diri.. Setiap titis darah yang mengalir.. Setiap titik peluh yang keluar.. Setiap makanan yang diproses.. Setiap gerakan jari.. Setiap kelipan mata.. Setiap denyut jantung.. Mampukan semua itu berlaku dgn sendirinya? Mana mungkin.. Semua itu kuasa Allah..

Hidup tak sentiasa indah.. 
Langit tak sentiasa cerah.. 
Hujan pasti datang membasahi bumi... 
Tapi titik hujan itu rahmat Allah.. 
Selepas hujan, sinar mentari itu lebih cerah.. 
Udara lebih bersih dan alam lebih indah..

langit tak sentiasa cerah

Thursday, February 24, 2011

Yang ku mahu..

Keteguhan iman


Suami soleh dan keluarga yg hidup dlm bi'ah yg soleh


Cinta yg membawa ke syurga


Ketenangan




Tuesday, February 22, 2011

Terima kasih abg jonni...

Assalamualaikum wbt..

This entry is specially done to appreciate the kindness of a very good, happy go lucky blogger well known as abang jonni. He helped my group and me on our survey in leptospirosis knowledge research.. He had post a link to our survey in his blog and asked his friends to do the survey.. And due to that, the number of participants for our survey had soared and even appeared on my top 6 popular post.. So, to abang jonni.. My group and me would love to say a million thank you for your support on our research.. Thank you soooooooooo muchhhh... 

This is him, abg jonni :
click here to go to his blog

May Allah bless him and repay him with goods for his kindness.. ameen.. ^_^

Hurmm.. nape entry ni dalam omputih ekk.. huhu... Dah taip.. Takpelah, post aje..
Asalkan maksudnya sampai.. =)

Monday, February 21, 2011

Memikat dgn akhlak yg hebat

Assalamualaikum wbt..

Akhlak terbaik adalah akhlak Rasulullah saw.. Seharusnya kita contohi sebaik mungkin akhlak baginda.. Baginda menghadapi setiap dugaan Allah dengan tenang sekali.. Ingatkah kawan2 akan sikap kaum Quraisy terhadap Rasulullah saw? Kejam bukan? Ingatkah kawan2 bahawa baginda pernah dianiaya oleh org2 Yahudi? Hmm.. Pasti hati merasa geram bukan?

Ada yg memaki hamun, ada yang membaling najis kepada baginda, ada juga yang meletakkan ranting2 kayu berduri mahupun kotoran di atas jalan yang biasa dilalui baginda.. Kejam dan keji bukan? Tetapi, semua itu dilalui baginda saw dengan tenang dan sabar.. Sungguh mulia akhlak Rasulullah saw kesayangan kita.. Subhanallah..

Ingatkah kalian apa yg berlaku bila baginda berkunjung ke Taif? 

Rasulullah saw berkunjung ke Taif untuk berdakwah dan untuk mendapatkan perlindungan.. tahu tak apa yg jadi kat sana? Penduduk Taif membaling batu kepada baginda sehingga mengenai baginda dan baginda cedera.. Tapi, baginda masih bersabar.. Tahu tak, malaikat telahpun menawarkan bantuan kepada baginda untuk menghukum org2 yg membaling batu tadi.. Tapi korang rasa apa yg Rasulullah buat? Yup.. Rasulullah saw junjungan kita ini menolak tawaran para malaikat.. Malahan Rasulullah saw berdoa pula kepada Allah SWT.. 

Doa baginda:
"Ya Allah... Berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui" (Riwayat al-Baihaqi)

Lihat... Lihat bagaimana Rasulullah saw menghadapi dugaan Allah.. Lihat betapa terpujinya akhlak baginda.. Lihat.. Tidakkah kalian terharu dgn doa tersebut? Lihat betapa cintanya Rasulullah pada umatnya.. Lihat... Betapa agungnya cinta baginda kepada kita... MasyaAllah.. Sungguh tinggi cinta baginda pada umatnya.. Tapi kita bagaimana? Bagaimana cinta kita pada baginda? Dalam sehari berapa kali kita mengingati baginda? Berapa kali kita berselawat ke atas nabi junjungan kita? Berapa kali kita mendoakan kesejahteraan baginda.. Berapa kali kita memohon syafaat drpada baginda? Berapa kali???

Berapa kali pulak kita buka FB kita? YM kita? Twitter kita? Blog kita? Berapa berapa? Huh, kalau korang tanya padaku.. Haish, sikit amat ingatan ku pada Rasululllah saw.. Aku lebih mengingati hal2 dunia.. Sedangkan aku tahu dunia itu hanya persinggahan.. Ya Allah.. Kejamnya aku.. Hinanya aku.. Seharusnya aku lebih banyak mengingati kematian dan hari esok.. Ampunkan aku Ya Allah.. Ampunkan hambaMu yang hina ini..  

Ingatkah korang bahawa Rasulullah saw memaafkan semua penduduk Mekah pada hari pembukaan kota tersebut? Sedangkan selama ini bagaimana layanan mereka pada Rasulullah saw? Sebab tu lah wujud ayat "Sedangkan nabi maafkan umat".. "Sedangkan Allah mengampunkan dosa hamba2NYA.." Jadi, kenapa kita nie.. Yang hanya seorang hamba, susah bebenar nak memafkan orang lain.. Banyak yang berkata.. "Saya memaafkan tapi tidak melupakan.." Hmm... Ayat ni salah nie.. kalau kita tak lupa, maksudnya kita tak maafkan org tu 100% la.. Sebaiknya kita lupakan je masalah lama.. Berbaik2 semula.. Bukankah kita nak kembalikan kegemilangan syiar Islam? So.. Lets change..

Dulu.. Islam menguasai 2/3 dunia.. Hebat bukan?? Why not kita bersatu dan kembalikan kegemilangan itu? For sure korang nak kan.. Sapa taknak?? Hmm... Kalau taknak tu, mmg pelik la korang.. Ohh.. Manusia ni memang pelik pun.. Tak dinafikan..

Kenapa pada zaman tersebut islam gemilang terbilang dan cemerlang?? Penah terfikir tak kawan2?? Rasa2nya, sebab umat islam pada zaman itu amat taat pada Allah SWT.. Mereka melakukan apa yg diperintahkanNYA dan menjauhi dan meninggalkan segala laranganNYA.. Mereka sanggup memikul tanggungjawab beribadah dan berdakwah kepada orang ramai agar menyembah Allah.. Mengikut suruhanNya.. Tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk mensyirikkan Allah SWT.. Ohh.. Jauh sekali.. Mereka menerima larangan Allah dgn penuh redha.. Walaupun dalam keadaan yang susah.. 

Bila mereka mampu untuk berakhlak pada Allah.. ohh, sudah pasti mereka mampu untuk berakhlak sesama manusia bukan? Allah juga mendorong mereka agar berakhlak mulia pada manusia walaupun terhadap org yg bukan beragama islam.. Mereka bermaaf maafan.. Bukankah itu sangat bagus?

Kesimpulannya.. Akhlak perlu dijaga.. Akhlak perlu sentiasa diperbaiki. Akhlak pada semua benda.. Manusia, haiwan, tumbuhan, benda bernyawa, tidak bernyawa.. Sebab semua itu milik Allah bukan? Semua milik Allah.. Apa milik kita? Takda apa.. Semua milik mutlak Allah SWT..

Renung-renungkanlah wahai sahabat2 ku.. Lihatlah dgn mata hati.. Berfikirlah berlandaskan al-Quran dan sunah.. Dekatkan hatimu pada Allah.. Basahkan lidahmu dgn zikrullah.. Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan2 org yg berfikir dan beriman... Sesungguhnya org org yg berfikir itu disayangi Allah SWT.. Mari kita gandakan usaha kita untuk menjadi 'al-maimanah (golongan kanan)'.. InsyaAllah... Istiqomah dan sentiasa memperbaikilah.. InsyaAllah.. ^_^

Jika ada anak nanti, yg utama adalah mendidik akhlaknya.. Pelajaran pening yes tak dinafikan.. But.. Akhlak is the most important thing.. Tak keje hebat2 takpe.. Keje kutip sampah je pun takpe.. Itupun keje yg halal padaku.. Takda hinanya.. Asalkan akhlaknya terpuji.. Tinggi melangit akhlaknya tetapi hati sentiasa tunduk.. Itu lebih baik dr bergaji besar tapi dadanya sentiasa mendabik.. 

Yang pasti, aku taknak anakku nanti mengulangi kesalahan yg telah aku lakukan.. No no.. Aku dah rasa sendiri.. Aku tanak mereka rasa apa yg aku rasa.. Cukuplah.. Biar ia jadi pengajaran buat mereka.. Aku tak sanggup mereka lalui apa yg aku lalui.. Aku tak mahu mereka berdosa melakukan dosa yg telah aku lakukan.. InsyaAllah.. Akan ku didik mereka sebaik mungkin.. Akan ku jaga mereka sebaik mungkin.. Akan ku tanamkan di hati mereka untuk hidup dan mati kerana Allah.. Jika perlu berjuang, pergilah.. Akan ku katakan pada mereka, pulanglah dengan kejayaan atau syahid di jalan ALLAH.. 

K lah.. Sampai sini sahaja rasanya... T ada masa insyaAllah akan di update lagi ekk.. Sekarang nak solat jap.. Azan tengah berkumandang.. Pastu nak  pikir nak berbuka apa pulak hari nie.. Hmm.. Apa yer? Ada idea tak? huhu

Terimalah senyuman comel dariku yang hina... ^_^
Salam wbt..


Comel kan.. Kan kan kan.. huhu..

Cinta dan harapan...


Suka lagu nie.. Sweet sangat... 

Dalam dada ada bara cinta yang yang menyala..
Dalam cinta ada kita berdua..
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa..
Dengan iman dapat kita membendungnya..

Hanya kudrat Tuhan.. Yang bisa menyatukan.. 
Dan bisa meleraikan.. Cinta sesama insan..

Rahmat kasih sayang.. Yang amat diharapkan..
Tuk kita abadikan.. Kasih di alam cinta..
Bahagiaaaaaa...

^__^

Friday, February 18, 2011

biostatistic survey

salam wbt..
minta jasa kalian meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan untuk reseach group saya mengenai leptospirosis ataupun lebih dikenali sebagai wabak kencing tikus.



terima kasih.. jasa kalian amat dihargai..
moga Allah merahmati kajian ini..
salam wbt..

8/3/2011 : THIS SURVEY HAD OFFICIALLY STOPPED.. THANK YOU SO MUCH FOR YOUR SUPPORT.. MAY ALLAH BLESS YOU.. JZKK.. :)

Thursday, February 17, 2011

Aku bukan kau..

Kenapa mesti dibalas kata2 nista seseorang itu dgn kata kata nista jua? Kenapa mesti kita jadi setaraf dgn dia? Kenapa nak kena perbodohkan diri untuk menjadi bodoh? Cukuplah.. Jangan suruh aku balas.. Jangan suruh aku berdendam.. Aku tak nak.. Yang sudah tu sudah.. TAMAT..

Aku memilih untuk diam.. Ini jalan yg ku pilih.. Ini jalan yg Allah tunjukkan padaku.. So please.. Janganlah sinisi cara aku menghadapi dugaan Allah.. Bila aku lemah, Allah ada.. Sujud padanya.. Tenang pasti tiba insyaAllah.. Kekuatan itu dari Allah.. Bukan dgn amarah..

Diam tak bermaksud lemah okay.. Bukan aku takut.. Tapi aku malas... Malas nak layan orang macam tu.. Pada orang yang dimaksudkan, sudah sudahlah nak menyakitkan hati aku.. Aku takkan layan.. Aku takkan balas.. Sebab aku bukan macam kau.. Aku adalah aku.. Aku bukan kau..

Aku tak mahu menggunakan bahasa2 yg kasar dan membalas message2 yg hanya menyakitkan hati tue.. Kenapa nak balas? Lagi buat sakit hati je.. Baik diam.. Tapi nape org duk suruh aku balas? Api jgn dilawan dgn api.. Sampai bila pun tak selesai nanti.. Akhirnya, dua dua terbakar..

Diam.. Sabar.. Tak tahan sangat sujud saja pada Allah.. Lemah macam mana pun, bila sujud, terasa Allah tu dekat.. Minta kekuatan dr Allah.. Bukannya kekuatan dr syaitan.. Syaitan mmg suka cucuk2 hati org yg tengah marah.. Sbb tu org kata kalau marah amik wuduk.. Allah ada.. Dia segalanya bukan? Jadi apa mesti ku takut?

Cukuplah, aku tak nak dah hati aku ni dikotori dgn hasad dengki.. Aku tak perlu balas perlakuan org2 sebegini.. Allah ada.. Biar Allah yg balas.. Lagi best balasan drNYA..

Kau rasa kau menang? Ehh rantaklah.. Menang kalah bukan aturan pada aku.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya.. Baik, baiklah balasnya.. Jahat, jahatlah balasnya.. Tak kat dunia, kat sana esok.. Kita suma sama.. Suma hamba Allah jer.. Janganlah nak bangga sangat dengan diri tue..

Pada kawan2.. Please stop suruh aku balas.. Aku tanak balas.. Biar Allah yang balas.. Aku tetap dgn pendirian aku untuk diam.. Tak guna layan orang sebegitu.. Sudah sudah.. Jangan suruh aku berdendam.. Aku tanak..

Untuk kau dan dia :
Aku bukan kau.. Aku adalah aku and aku taknak jadi macam kau.. Jangan kacau aku lagi.. Sebagaimana aku tak kacau korang.. Sila keluar dari hidup aku..

Redha saja pada takdir Allah.. Moga Allah memeliharaku..
ameen..

Tuesday, February 15, 2011

Tenteram.. Tenang.. Indah..

Subhanallah.. Sungguh indah perasaan ini.. Hari ini sememangnya sebegitu indah.. Hari ini adalah hari keputeraan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw.. Jadi mari kita memperbanyakkan selawat dan mengingati baginda saw.. Cinta baginda sesungguhnya tak terkata.. Sungguh dalam lagi tulus suci.. Cukup link ini mengatakan segalanya.. > tekan sini

Hari ini juga bermula dgn begitu indah sekali buatku.. Alhamdulillah.. Usai subuh, aku dan ram seperti biasa, jika berkelapangan pagi akan pergi berjogging satu taman.. Kemudian bermain badminton di court padang.. Indah indah.. Memang indah.. Diri rasa tenang..

Selepas membersihkan diri, sarapan dan sebagainya.. Subhanallah..  Mak fiza pula datang.. Ohh, fiza adalah sahabat terbaik aku dalam dunia nie.. Ibu bapanya sudah bagai ibu bapaku.. Mereka hanya datang berdua.. Fiza dan adiknya dilla tak ada.. Oh begitu gembira rasa hati sehingga aku memeluk ibunya.. Hmm.. Dari aku sem satu diploma lagi.. Sehinggalah kini dah sem 6 degree.. Memang kami amat rapat.. Subhanallah.. Syukur ya Allah.. Alhamdulillah.. Aku begitu bahagia hari ini..

Sesudah mereka pulang, aku merasakan diri begitu tenang.. ya Allah.. Indah betul kasih sayangMU.. Indah betul perasaan yang kau berikan kepadaku kini.. Subhanallah.. Selepas dhuha, aku menangis.. Bukan kerana sedih, tetapi amat gembira dgn kasih Allah.. Mengenangkan diriku ini yg terlalu banyak dosa.. Terkenang kembali kisah silam ku.. Dosa2 lamaku.. Ya Allah.. Betapa aku kesal.. Dan pada masa yang sama, aku juga berasa amat bersyukur pada Allah. Masih memberiku peluang dan budi bicara.. Masih mengasihiku dan memberikan aku rezeki dan perasaan yg indah ini.. Sedangkan aku bukanlah hamba yg bertaqwa.. Ya Allah.. begitu indah la perasaan yg aku rasa.. Aku tatau la nak cakap macam mana... Unexplainable.. Amazing.. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!!

Ingin ku buktikan cintaku padaMu Ya Robb... Ingin ku tanam dalam hati untuk hidup dan mati keranaMU.. Ingin ku suburkan cinta di hati ini padaMU.. lailahaillallah.. Engkau segalanya buatku Ya Allah.. Engkau lah cintaku.. Cinta abadi.. Ya Allah.. Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
ohh.. kini jua air mata ku menitis.. Sungguh indah..

Kini aku tenteram dan tenang.. Alhamdulillah.. ^_^