Saturday, March 31, 2012

Terima kasih Allah..

Alhamdulillah..

Terima kasih Allah kerna memberikan hadiah terindah di ulang tahun ku yang ke 25 hari ini..

Hasrat untuk memeluk kedua ibu bapa ku setelah lama tak bertemu tercapai...

Ya Allah, sesungguhnya Dikau amat memahami keperluan hambaMu saat ini..

Subhanallah.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui.. <3 <3  

Friday, March 30, 2012


Sometimes your brain gets in the way of what your heart really wants to say.

Ya Allah.. Tetapkanlah hatiku.. Teguhkanlah imanku.. Dekatkanlah hatiku padaMu.. Aku mencari keredhaanMu.. Aku mencari ketenangan itu..

You'll never remember, the things I'll never forget...

Lucky or Very Lucky?



Ku tak mahu terbang terlalu tinggi, risau andai sayapku patah, kaki ku tidak utuh memijak bumi.. Biar ku rendah membelah angin bawah, andai ku jatuh, insyaAllah aku masih bisa berlari..

Telah ku usahakan dengan solat dan doa, selebihnya ku serahkan saja kepada Mu, Ya Allah.. 

Thursday, March 29, 2012

Cinta Allah

Allah sentiasa dekat dan mengetahui segalanya..

Yakinlah, jika itu kata Allah, maka itulah yg terbaik..

Tabah dan teruslah melangkah.. Yakin pada kata janjiNya... 

Kerna Allah sentiasa ada dan sedang memapah hatimu ke syurga..



...

Trying my best to be better...  

May Allah guide me.. 

Amin..

Monday, March 26, 2012

Impian.

Ya Robb,


Teringin benar ku menjenguk syurga.. Walau hanya sekilas seketika.. Pasti benar2 tenang di dalamnya.. Moga akhirku kelak bersama al-maimanah di sana..


Amin






Wednesday, March 21, 2012

JATUH

Makna hidup adalah untuk diuji, hadiah akhirnya adalah syurgawi.. 

Jatuh sebenarnya adalah tapak untuk terus melangkah, demi menggapai mardathilah.. 

Walau apa pun yg terjadi, ingatlah Allah sentiasa di sisi..

Cuma kita yg menjauhi... 

Usah dibiak jurang itu, esok menyesal tak menentu.. 

Dekatkanlah.. 

Carilah ketenangan abadi, yang datang hanya dari Illahi..





Sunday, March 18, 2012

Monday, March 12, 2012

Mujahadah Cinta Allah..

Lama sungguh jejariku tidak menari di sesawang ini.. Kesibukan yg nyata melimitkan masa.. Tapi itu bukan alasan untuk terus ku berjuang.. Kali ini kubawakan : Mujahadah Cinta Allah.. Moga bermanfaat.. 

***

Cinta Allah begitu agung dan suci tapi jalan mencintai Allah tidaklah semudah yang disangka.. Fitrah dunia, yg mahal itu sukar untuk mendapatkannya.. Bagai mutiara tersimpan elok di dasar lautan sana..

Jalan menuju Allah ini dinamakan Jalan Mujahadah yg berasal dr perkataan JIHAD. Maksudnya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan memerangi sesuatu yang sangat hebat iaitu SYAITAN dan HAWA NAFSU.. 

Dua perkara in sgt hebat kerna HAWA NAFSU sentiasa mengajak kita kepada kejahatan manakala SYAITAN pula telah bersumpah untuk menyesatkan manusia selama-lamanya.. Ubatnya? Ya, Mujahadah menggapai cinta Allah yakni dgn mendidik hati..

Dalam persinggahan hidup ini, kita sering berdepan dgn dua perkara.. Yang PERLU dan yang SUKA.. Contohnya, dalam mengerjakan solat subuh.. Apabila hampir masuk waktunya, yg perlu dilakukan adalah bangun, membersihkan diri, bersuci dan berwuduk.. Namun, perkara yg suka kita lakukan dan mengikut nafsu adalah tidur.. 5 minit lagi, 5 minit lagi, 5 minit lagi hingga sedar2 pukul 7 lebih sudah.. 

Banyak kepahitan yg perlu ditempuh oleh org2 mukmin jika mahu menempah syurga.. Sedang Rasulullah saw sendiri telah bersabda: "Syurga dipagari dgn kesusahan, manakala neraka dipagari dgn keseronokan" - [Riwayat Abu Daud, al-Termizi] Jadi terimalah kepahitan yg sedikit dan sementara bagi meniti bahagia dan kemanisan yg kekal di sana..

Firman Allah yg bermaksud : Sesiapa yg ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dalam beribadat kepada Tuhannya - [Surah Kahfi, 18-110]

Dan seseorang hamba yg betul2 mencintai Allah, dia tidak akan pernah berasa dia telah menemui cintaNya, tapi dia akan terus-terusan "mencari".. Jadi ayuhlah, sama2 kita pinta bantuan Allah, dalam mencari cintaNya.. InsyaAllah, Dia akan mempermudahkan jalan.. 





Saturday, March 3, 2012

Menggapai cita..

Assalamualaikum wbt..

Lama kiranya aku tidak menulis di ruangan ini.. Kesibukan diri yg nyata menjadikan sesawang ini usang seketika.. Tapi itu tidak bererti ku lupakan dakwah.. Dakwah itu WAJIB.. Cuma masa yg ada hanya diizinkan Allah untuk menulis ringkat di FB, tidak cukup untuk mengarang panjang di laman ini.. 

Alhamdulillah, hari ini daku kembali.. Jari kembali menari-mari di atas kekunci lappy, segalanya dgn izin dr Illahi.. Alhamdulillah..

Berkata mengenai cita, impian agung setiap wanita pastilah untuk menjadi wanita solehah dan menggapai mardhatillah.. Subhanallah, siapa yg tidak mengimpikan syurga?

Ringkas 4 kata : 
Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini..

Sedangkan Rasulullah saw sendiri telah bersabda:

"Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu".  - (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )


Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. Subhanallah, indahnya.. Jadi sahabat, marilah kita sama2 usaha jaga akhlak kita.. 


Rasulullah pernah bersabda:
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". - (HR Ahmad)"


Firman Allah SWT di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 yg bermaksud:
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"

Ya Allah.. RISAU.. Takut kalau kalau Allah mengunci pintu hati...

Allahumma ya muqalibbal qulub, thabbit qalbi 'ala dinika... 

Ya Allah, wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini di atas agamaMu ya Robb.. 



Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.. 

Diriku tidak pernah bersetuju dgn kata2 lelaki yang menginginkan isteri dr kalangan wanita2 yang cantik agar dapat menutupi pandangan mereka.. Bukankah agama faktor yg utama dr 4 perkara?? Padaku yg menutupi pandangan adalah IMAN, dan bukannya rupa.. Cukuplah pasangan kita sekadar yg menyejukkan mata dan tenang bila melihatnya..



Antara kata2 yg ku suka:

  • Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. 
  • Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. 
  • Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. 
  • Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
  • Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
  • Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. 
  • Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. 
  • Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi oleh Tuhannya, Allah SWT..

Benar sahabat, untuk menjadi solehah itu bukanlah mudah.. Diriku sendiri masih berlawan untuk mengejarnya.. Harus terus mencari dan terus mencari.. Bukan mudah, namun ketahuilah, ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami, insyaAllah...


Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya"


Jadi marilah kita jaga baik2 3 perkara ini, mudah2han, ia bakal membantu kita 'di sana' kelak.. InsyaAllah..


Salam sayang,

Nuraishah Abu Hasan