Monday, March 12, 2012

Mujahadah Cinta Allah..

Lama sungguh jejariku tidak menari di sesawang ini.. Kesibukan yg nyata melimitkan masa.. Tapi itu bukan alasan untuk terus ku berjuang.. Kali ini kubawakan : Mujahadah Cinta Allah.. Moga bermanfaat.. 

***

Cinta Allah begitu agung dan suci tapi jalan mencintai Allah tidaklah semudah yang disangka.. Fitrah dunia, yg mahal itu sukar untuk mendapatkannya.. Bagai mutiara tersimpan elok di dasar lautan sana..

Jalan menuju Allah ini dinamakan Jalan Mujahadah yg berasal dr perkataan JIHAD. Maksudnya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan memerangi sesuatu yang sangat hebat iaitu SYAITAN dan HAWA NAFSU.. 

Dua perkara in sgt hebat kerna HAWA NAFSU sentiasa mengajak kita kepada kejahatan manakala SYAITAN pula telah bersumpah untuk menyesatkan manusia selama-lamanya.. Ubatnya? Ya, Mujahadah menggapai cinta Allah yakni dgn mendidik hati..

Dalam persinggahan hidup ini, kita sering berdepan dgn dua perkara.. Yang PERLU dan yang SUKA.. Contohnya, dalam mengerjakan solat subuh.. Apabila hampir masuk waktunya, yg perlu dilakukan adalah bangun, membersihkan diri, bersuci dan berwuduk.. Namun, perkara yg suka kita lakukan dan mengikut nafsu adalah tidur.. 5 minit lagi, 5 minit lagi, 5 minit lagi hingga sedar2 pukul 7 lebih sudah.. 

Banyak kepahitan yg perlu ditempuh oleh org2 mukmin jika mahu menempah syurga.. Sedang Rasulullah saw sendiri telah bersabda: "Syurga dipagari dgn kesusahan, manakala neraka dipagari dgn keseronokan" - [Riwayat Abu Daud, al-Termizi] Jadi terimalah kepahitan yg sedikit dan sementara bagi meniti bahagia dan kemanisan yg kekal di sana..

Firman Allah yg bermaksud : Sesiapa yg ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dalam beribadat kepada Tuhannya - [Surah Kahfi, 18-110]

Dan seseorang hamba yg betul2 mencintai Allah, dia tidak akan pernah berasa dia telah menemui cintaNya, tapi dia akan terus-terusan "mencari".. Jadi ayuhlah, sama2 kita pinta bantuan Allah, dalam mencari cintaNya.. InsyaAllah, Dia akan mempermudahkan jalan.. 





No comments:

Post a Comment