Tuesday, March 26, 2013

Rindu..

Setelah sekian lama menyepi, lari daripada internet.. Hari ini Allah menggerakkan kembali aku ke laman sesawang ini.. Laju jari jemariku menaip itu dan ini mengupdate diri dengan segala apa yang ku tinggalkan... Fb, email, blog, google etc.. Mula bosan lama kelamaan aku mula berblog walking.. Dan akhirnya Allah menggerakkan hatiku untuk singgah ke blog sahabat seperjuanagn, rusydee artz - http://selamattinggal.blogspot.com.. 

Terkedu, kaku lagi sayu hati membaca entry terbarunya.. Benar2 menusuk hati yang hina ini.. Allahurobbi.. Pelbagai soalan diajukan di entry itu.. Soalan yang mengetar hati..



1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?

2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.

3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.

4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?

5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.

6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?



Lidah hanya kaku terkedu...


Ya Allah...  Sungguh aku rindu... Rindu saat itu.. (T_T)

No comments:

Post a Comment