Perbezaan STUDENT and BEKERJAYA..
Dulu pi kuliah, sembang-sembang, gelak-gelak, balik..
Sekarang pi kerja, diagnose- diagnose, cucuk-cucuk, barcode-barcode, QC QC, sembang cikit, balik..
Dulu sarapan nasi lemak, duduk elok makan sembang2 dgn housemates..
Sekarang sarapan biskut paket, dalam keta sorang2 masa driving ditemani DJ radio..
Dulu breakfast air milo, sekarang breakfast air masak (Camner nak bancuh tgh drive)..
Dulu pi kuliah drive dr umah sewa 5 minit..
Sekarang, pegi keja at least 30 minutes.. Klu jem mau dekat 2 jam.. ~~Sigh
Dulu FB berjam-jam, sekarang 5-10 minit pun dah macam lama sangat..
Dulu tidoe 1-2 pagi, sekarang 10-11 malam..
TAPI,
Kerja ni best.. Memang la penat tapi nak cari rezeki halal tu mmg la gitu.. Satu, kerana Allah.. Dua nak cari rezeki halal tolong mak ayah, tiga nak mula menghulur dan bukan lagi meminta, dan empat, untuk berjuang menyelamatkan nyawa..
Apa-apa pun, bersyukurlah dengan rezeki dari Allah Ta'ala.. Cari keberkatan di dalam nya.. Solat jangan sesekali lupa.. Sesibuk mana pun, lari la kejap ke surau menunaikan kefardhuan perintahNya..
Wahai diri, ingat selalu.. "Jangan sesekali lupa Allah"

No comments:
Post a Comment