Hari2 ku berlalu dan tak akan datang kembali.. Setiap detik yang telah lepas tak akan kembali.. Apa yang aku lakukan untuk mengisi masa2 itu? Bermanfaatkan? Atau sia-sia?
Aku berdoa dan terus berdoa.. Hanya padaNya aku berserah.. Aku tak tahu kenapa hati ku begini.. Kenapa begitu susah ... ? Kenapa? Apa hikmah disebaliknya? Aku tertanya2.. Aku percaya, setiap yang berlaku semuanya dari Allah.. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya.. Aku sebagai hamba harus redha dengan ketentuanNya..
Sekarang dah zulkaedah.. Dah 2 bulan rupanya.. Alhamdulillah.. Inilah masa paling lama aku kekal bertudung.. Dan kali ini, bertudung dan mencintai islam.. Ingin mengamalkan cara hidup islam.. Bukan setakat bertudung sahaja.. Alhamdulillah.. Mudah2an, aku terus terusan istiqamah.. InsyaAllah..
Dua bulan.. Yes, dua bulan.. Ya Allah.. Bantulah hambaMu yang hina ini dlam mencari keredhaanMu Ya Allah.. Aku tak mahu cinta dunia, aku dambakan cinta akhirat.. Cinta sejati.. Cinta padaMu Ya Robb.. Bantulah daku..
Dah la sha. Yang dah lepas tu lepas.. Biarkanlah.. Redha dengan ketentuanNya.. teruskan perjalanan kau.. Kau tak tau apa yang akan berlaku pada hari muka.. Hanya Allah yang tahu.. Kalau ada rezeki kau, adalah nanti.. Kalau tak ada pun, ucapkanlah alhamdulillah.. Tabahkan hati.. Jangan terus leka dengan nikmat dan cinta dunia.. Dunia ini hanya sementara.. Akhirat esok yang kekal.. Itu yang patut kau kejar..
Dunia ini sementara pada orang2 yang beriman.. Dan syurga pada orang2 yang leka..
Dah sha, better kau tidoe... Esok ley bangun awal.. Kau tu tak ley stay up.. Karang jadi macam semalam.. Tidoe kul 2, bangun kul 7.30.. Subuh pun melepas.. Ko dah tau ko tu bukan jenis tidoe lambat, yang ko g tidoe kul 2 tue buat pe? Ko tu jenis tidoe awal bangun awal.. Karang tak cukup tidoe menguap nguap plak macam badak air... Ko tu bukannya jenis yang tidoe petang.. Karang badan tak cukup rest sapa susah? Dari kecik lagikan? Lagi mau buat ke? Ish, benci pada diri sendiri yang tertinggal subuh padi tadi... Salah aku jugak...
Dah dah.. G tidoe.. Esok ley bangun awal.. Sujud dan doa pada Allah banyak2.. InsyaAllah.. Lebihkan ingat pada Allah daripada mengingati benda yang belum pasti..
No comments:
Post a Comment