Saturday, October 9, 2010

Sejadah hijauku...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualikum wbt...

Semasa aku menunaikan solat zuhur tadi, tanpa aku sedar air mata aku mengalir dengan sendirinya.. Tetiba aku merasakan titisan titisan air jatuh di pipi ini.. Hatiku sayu merasakan berapa hinanya diri ini.. Menghadap Allah yang mencipta aku.. Yang Maha Esa.. Yang Maha Besar.. Rasa takut dan insaf bersatu menyelubungi hati kecil ini..

Rindu.. Itulah yang aku rasa.. Setelah 6 hari aku diberi cuti.. Kini aku kembali menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaNya.. Kembali sujud menghadap Illahi.. Hatiku benar2 terasa tenang bila berada di atas sejadah hijauku.. Alhamdulillah..

Aku mengenang kembali hari2ku yang lepas.. Betapa banyak dosa yang telah aku lakukan.. Betapa banyak masa yang telah aku bazirkan..Aku memikirkan azab kubur dan neraka.. Takut luluh hati ini memikirkannya.. Apatah lagi untuk mengharunginya.. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Alhamdulillah.. Aku amat bersyukur hati ini dibuka Allah untuk bertaubat dan diberikan hidayah.. Terasa diri ini disayangi Allah.. Bersyukur aku padaNya dan terasa amat malu mengenangkan betapa banyak dosa yg telah aku lakukan, tapi Allah masih memberiku rezeki. Diberi peluang sekali lagi untuk kembali ke jalan yang benar.. Alhamdulillah.. Syukur..

Aku tak tahu apa akan jadi pada aku sekiranya aku terus hanyut dengan urusan dan nikmat dunia.. Aku bersyukur dan aku amat mencintai jalan ini.. Tak ingin aku kembali ke jalan lamaku yang penuh dosa.. Aku berdoa agar Allah membantuku, memberiku hidayah, petunjuk dan bimbingan agar aku tidak terpesong ke jalan salah..

Terima kasih Allah kerana membuka hati hambaMu yang hina ini.. Terima kasih juga kepada manusia yang telah membuatkan hati ini ingin berubah.. Moga Allah memberikan dirinya balasan yang baik2 di akhirat kelak..

Salam wbt..

No comments:

Post a Comment