Sunday, October 10, 2010

10 10 10

Assalamualaikum wbt...

10-10-10.. Tarikh yang amat cantik pada aku.. Hari ini Sheikh Muzaffar bernikah.. Satu lagi masjid dibina.. Alhamdulillah... Aku tengok majlis angkat nikah dan persediaan majlis persandingan dorang dkt nona.. CANTIKNYA.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Memang betol2 bagai di kayangan.. Baju pengantin perempuan, inai di tangan, hantaran, pelamin, kerusi meja yang disusun rapi, bunga2 segar.. Waaaa.... Indah sungguh... Dari raut wajah mereka berdua, nampak cahaya kegembiraan... Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri.. Aku doakan moga berkekalan sehingga ke syurga...

Dalam hati aku, berbunga bunga terasa nak kawin.. Aku membayangkan seorang lelaki di depan tok kadi.. Semua mata tertumpu padanya.. Aku pula tersimpul2 malu diatas bantal dengan hati penuh debaran.. Didalam baju putih suci menyaluti badan, aku hanya mampu tunduk tersenyum malu.. Sah sah sah.. Dengan sekali lafaz, terikatlah kami berdua.. Alhamdulillah.. Air mata menitis kegembiraan bersyukur kepada Yang Esa.. Pecahlah sudah tembok yang membentengi kami sebelum ini.. Maka, halallah segalanya.. Alhamdulillah.. Bermulalah tugas aku sebagai seorang isteri kepada suamiku...

Indahnya alam perkahwinan.. Pasti seronokkan bila ada seseorang untuk menjaga kita, mencintai kita, memanjakan kita dan membimbing kita.. Tempat untuk bergantung dan berkongsi perasaan... Makan bersama.. Solat berjemaah bersama.. Tatkala dia membaca doa dan aku mengaminkannya.. Mengucup tangannya sesudah solat dan dia membalas dengan mengucup dahiku.. Waaa.... Indahnya perasaan itu.. Rutin ini hendak aku amalkan setiap kali sebelum dia pergi kerja dan sebelum tidur.. InsyaAllah... Ketika menyambutnya bila dia pulang, membancuhkan air untuk dirinya dam macam2 lagi aktiviti yang kami lakukan bersama sama.. Mempunyai anak anak yang comel,, soleh dan solehah.. Waa... Seronoknya... Anganku mula terbang jauh.. Jauh membatasi masa..

Alam perkahwinan adalah satu langkah yang indah.. Tapi hati kena tabah, kuat dan betol2 bersedia untuk memikul tanggungjawab.. Kadang kala pertelingkahan berlaku.. Biasalah.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Pada aku, apa yang penting adalah sekuat mana hati kita berusaha untuk memulihkan kembali hubungan itu walaupun dugaan yang datang itu besar.. Sekuat mana cinta kita untuk mempertahankan cinta itu? Itu yang menjadi ukuran.. Mengaku cinta bukanlah hanya pada waktu senang dan gembira.. Tapi cinta sejati adalah cinta yang berjaya mengharungi masalah yang datang.. Orang yang berusaha untuk mengekalkan cinta itulah cinta sejati kita sebenarnya..

Hati ini benar benar telah terbuka untuk berkahwin.. Tak sanggup aku nak tengok majlis persandingan sheikh muzaffar malam nie.. Aku takut kalau aku tengok nanti, hati ini makin meronta ronta untuk berkahwin.. Aku memang rasa nak melangkah ke alam perkahwinan sekarang.. Yelah, umur pun dah 23.. Aku berangan2 next year nak bertunang.. Then, after aku dah abis study blan june 2012 nie insyaAllah, aku nak berkahwin pula.. Tarikh yang aku idamkan.. 12-12-12..

Hahaha.. Tahap kronik dah nie.. Siap ada tarikh.. heheh.. Aku hanya merancang, Allah yang menentukan.. Entah ada ke tak rezeki aku untuk berkahwin pun aku tak tau lagi.. Entah2, Allah memanggil aku dahulu sebelum sempat aku menjadi isteri seseorang.. Aku tak tahu, Allah lebih mengetahui.. Aku hanya mampu berdoa agar impian aku tercapai dan Allah mengurniakan aku seorg suami yang soleh seperti yang aku idamkan.. Setakat masa ini, aku hanya mampu berangan dan terus berangan.. Mengimpikan saat indah itu..Saat diijabkabulkan dengan si dia..

For my dream husband:
I love you...

2 comments:

  1. niat yg baik insyAllah di mudahkan Allah..btw..jgn lupa jemput saya....heheheh

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah fuzah.. Nanti sha walimah sha jemput yer.. SP and BM dekat jer kan.. Heheh..

    ReplyDelete