Alhamdulillah.. Bersyukur aku pada rahmat Allah SWT..
Hari ini aku gembira.. Alhamdulillah.. Aku dapat hadiah dari laoshi.. A key chain from Sarawak...
Cantik tak? Cantik kan.. It means a lot to me.. Aku dapat highest carrymark Mandarin.. Laoshi bagi ni sebagai hadiah.. Alhamdulillah.. Berkat didikan laoshi2ku.. Dari Prof. Soh Wei Nee, Wu laoshi sehinggalah sem ini dengan Azeezeen laoshi...
Key chain ini akan ku simpan sebagai kenangan penat lelah aku belajar.. InsyaAllah, aku akan terus berusaha dalam hidup dan pelajaranku agar aku menjadi seseorang yang berguna.. Yang dapat berbakti pada masyarakat dan agamaku..
Usaha ku untuk Allah dan kedua ibu bapa ku.. Aku tak ada harta nak bagi mereka.. Hanya kejayaan dan kejayaan yang mampu aku berikan.. Aku tahu ibubapaku tidak mengharap balasan dariku.. Mereka hanya mahu aku berjaya didunia dan akhirat.. Penat lelah mereka tak diminta balasan.. Itulah kasih ibu dan ayah..
Cuma kasih sayang, tenaga dan kejayaan yang mampu aku berikan.. Aku harus berusaha kuat untuk membalas jasa2 mereka.. Mereka yang mendidik dan menatang aku dari kecil sehinggalah aku tumbuh subur kini.. Alhamdulillah..
Mak, ayah.. Janganlah risau.. Ano berjanji akan belajar bersungguh sungguh.. Final pun dah tak lama lagi.. 26hb nie dah start.. Paper sem ni at 26, 28, 31/10 and 9/11.. InsyaAllah, ano akan lakukan yang terbaik.. Doakan ano.. InsyaAllah, semester ini ano akan cuba mendapatkan result yang lebih baik dari semester semester lepas.. Ano nak tengok senyuman bangga mak dan ayah bila tengok result ano nanti.. InsyaAllah mak, insyaAllah ayah.. Dengan izin Allah, usaha beserta doa kedua ibubapa, kemudian bertawakal, insyaAllah kejayaan itu ku gapai..
Nuraishah..
Sesibuk manapun kau.. Jangan sesekali kau lupa pada Allah.. Jangan sesekali kau jadikan sibuk itu sebagai alasan untuk mengurangkan amalan kau.. Jangan hanya pada ramadhan kau beria segala.. Istiqamah.. Ingat pesan angah.. Istiqamah.. Masa yang Allah beri itu lebih dari cukup untuk segalanya.. Hanya teserah pada kau macam mana kau nak gunakannya.. Ingat sha!!! Allah harus didahulukan dalam segala hal..
A video from japanese drama, with love.. Aku ingat lagi cerita nie masa aku sekolah rendah.. hehee... Kenangan zaman kanak2.. ^_^
No comments:
Post a Comment