Friday, September 28, 2012

Doa : Amalan dan Waktu Mustajab

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Berdoa adalah senjata orang mukmin. Sebaik2nya, berdoalah pada waktu-waktu mustajab doa kerana waktu tersebut paling hampir dengan Allah SWT dan pintu rezeki dari langit terbuka luas. Antaranya adalah... 

1. Satu pertiga malam


When? Mm, bascally di antara jam 3.30 pagi atau jam 4.00 pagi sehingga ke waktu sebelum Subuh. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya berfirman kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". (Hadis Riwayat Muslim)

** Sebaik2nya, selepas kita menunaikan qiyam, saat itu amat tenang, sunyi dan benar2 indah [dunno how to explain]. Seriously amat lain.. 


2. Sewaktu pasukan tentera bertempur, mendirikan solat dan waktu hujan turun.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

** Doa ketika hujan : Allahumma soyyiban nafi'a.. Ya Allah, jadikanlah aia hujan yang bermanfaat.. 

3. Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.


Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” - (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud) 

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya". - (Hadis Riwayat Bukhari).
  
4. Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu." - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


5. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah." - (Hadis Riwayat Tirmizi).


6. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." - (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).


Nabi  S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. 

7. Waktu Duha.


Waktu Duha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim which is 28 minit selepas waktu syuruk. Solat Duha adalah solat memohon dimurahkan rezeki. Malahan di antara fadhilat solat Duha ialah memurahkan rezeki. 

Doa selepas solat duha  : "Ya Allah, Sesungguhnya waktu duha itu duhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.Berkat waktu duha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh."

8. Selesai solat fardu. 


Ditanya kepada Rasulullah SAW., 'Doa manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

9. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. 


Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." - (Hadis Riwayat Abu Daud).

Ok, itu bab waktunya.. 
Sekarang kita masuk bab amalannya pula..
[** Harap tak boring (>_<)]


1. Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

2. Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya.

3. Menghulurkan pertolongan.(sedekah)


** Sabda Nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".


4. Bersabar menghadapi ujian kehidupan.


Bacaan-bacaan Doa yang mustajab.?


"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad" 

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

"Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy" - Doa Nabi Musa a.s. 

Maksudnya :  "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."


Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh:

ar-Razzak (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, 
al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, 
ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, 
al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan 

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa. - asma ul-Husna


Doa yang dibaca selepas membaca tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal".

Maksudnya : "Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"


Ingatlah, mereka yang sombong tidak suka berdoa dan mengharap belas kasihan daripada Allah SWT, tetapi seorang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidahnya berzikir dan berdoa mengharap pertolongan , rahmat dan kasih sayang-Nya.

Credit to : Ustaz Abu Basyer


No comments:

Post a Comment