Kematian itu pasti.. Setiap yg bernyawa pasti akan mati..
Tidak dapat ku gambarkan rasa.. Tidak dapat ku lunaskan dlm kata2.. Saat diri dikafankan tika masih bernyawa.. Satu pengalaman istimewa.. Penuh rasa yg tak mungkin dilupa..
Sungguh aku bersyukur pada Allah.. Membuka hati ini untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah di fakulti.. Teori2 diterangkan ustaz, hingga semuanya jelas.. Sesi praktikal turut dijalankan dan inilah masanya untuk benar2 memahami.. Menariknya kursus ini, ia tidak menggunakan dummy..
Kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil.. Setiap kumpulan harus mengkafankan salah seorang ahli untuk benar2 mempelajari.. Pada mulanya, aku sendiri tidak mahu, tapi Allah mendetikkan hati untuk menawarkan diri berlakon sebagai jenazah.. Aku terfikir, bila aku mati nanti, aku sudah tidak dapat merasai, jadi kini, aku mahu tahu bagaimana rasanya dikafankan.. Jadi aku menawarkan diri..
Kain putih direntang di atas 5 tali.. Serbuk cendana dan air mawar dipercik untuk mewangi.. Dilapiskan sekali lagi.. Kemudian kapas disusun, telekung dibuat.. Tetapi kumpulanku membuat kain, baju dan tudung sebagai ganti..
Mula aku berbaring di atas kain kafan buat pertama kali.. Bau cendana dan air mawar ditangkap hidung.. Bila kain mula dipakaikan, hatiku mula berdebar.. Kemudian diri dibaluti baju dan tudung yg semuanya dibuat menggunakan kain kafan.. Kapas kemudiannya diletakkan di pipi, dahi dan leherku.. Hati telah mula bergetar.. Bagai benar2 terasa mati..
Lapisan pertama kain kafan membalut kaki.. Aku hanya mampu merasai.. Segalanya diperlakukan teman2.. Itulah saatnya diri terasa lemah.. Tiada upaya, hanya menunggu terbaring kaku.. Mula diri ini sedar, pabila mati nanti, diri ini sudah tidak bererti.. Apapun tak mampu nak buat.. Hanya mengharapkan ehsan insan lain untuk menguruskan mayat..
Setelah lapisan kedua dibalut kemas, badanku diikat dengan 5 tali.. Hanya muka yang tinggal tidak dibaluti..
Setelah lapisan kedua dibalut kemas, badanku diikat dengan 5 tali.. Hanya muka yang tinggal tidak dibaluti..
Sebenarnya dikafankan ini, rasa selesa.. Tidak lemas mahupun panas.. Tapi aku tahu, itu sebab aku masih belum mati.. Jika saat itu roh ku sudah tidak berjasad lagi, pasti bukan selesa yg aku rasai.. Pasti berdebar dan pedih hati ini menanti saat bertemu Illahi.. Ya Allah, sungguh pilu rasanya..
Berkata aku di dalam hati, Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini masih belum bersedia untuk mati, Ya Allah.. Entah bagaimana nak dijelaskan.. Entahlah... Sayu, takut dan hiba bercampur-aduk.. Walau kejap je badanku dibaluti.. Sudah cukup membuat hati rasa sesuatu yg tidak dapat kugambarkan..
Teringat aku pada kata2 ustaz, setiap tubuh badan ini esok akan menjadi saksi.. Rambut yg tidak bertudung akan berkata: 'Ya Allah, aku menjadi saksi, dulu aku tidak ditutupi.. Aku ditayangkan tanpa rasa bersalah oleh sipolan ini..' Kulit akan berkata: "Ya Allah, aku bersaksi, dulu aku dipamerkan sesuka hati.." Kaki, tangan, mata, hidung, jari malah apa saja anggota akan menjadi saksi pada Illahi.. Setiap perlakuan semasa hidup, setiap kata dan perbuatan walau sebesar zarah pun akan dihisab dan disoal nanti..
Aku tahu mati itu pasti.. Dan aku mengaku yg aku takut pada mati.. Bukan menidakkan fitrah alam, tapi aku sedar bahawa diri ini belum bersedia lagi.. Aku sedih mengenang diri.. Dosa2 ku terlalu banyak dan aku tahu bekalanku terlalu sedikit.. Atau sebenarnya tiada langsung.. Hanya Allah saja yg mengetahui..
Andai esok lusa ditakdirkan aku mati, apa yg akan ku jawab pada Allah??
Andai esok lusa ditakdirkan aku mati, apa yg akan ku jawab pada Allah??
Sungguh terasa diri ini kerdil.. Aku milik mutlak Allah dan DIA berhak mengambil diri ini bila2 saja yg DIA suka.. Aku tahu semua nie.. Tapi mengapa aku masih begini? Mengapa aku masih leka dgn nikmat duniawi?? Kejamnya aku.. Kejam pada diri sendiri.. T_T
Bersediakah aku menemui Izrail?? Mampukan aku menjawab soalan Mungkar dan Nakir?? Dan mana arah tujuku kelak?? Mana pintu destinasiku?? Adakah berjumpa Ridzuan ataupun Malik??
Sungguh sayu rasa hati.. Mengenang diri yg penuh dosa ini.. Kisah silam datang bertubi-tubi...
Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.. Terimalah taubatku.. Terimalah amal ibadahku.. Limpahkanlah hidayah, taufiq serta petunjuk Mu pada diri ini.. Sungguh aku lemah Ya Allah.. Pimpin dan bimbinglah diri hina ini.. Janganlah Kau tarik kembali hidayah yg pernah Kau berikan padaku.. Bantulah daku Ya Robb.. Bantulah daku.. Tunjukkan daku jalanMu..
Sungguh aku menangis mengenang hidupku.. T_T

thanks sha share ur feel...diri ini p0n rse sayu....huhu....rse kerdil jer diri ini di hadapanNya..pe kah sempat bagiku untuk mengutip sebanyak banyak bekal untuk ku ke sana kelak...huhu....dan dosa2 yang lalu susah untuk ditafsirkan...sekarang hanya mampu mencari eredhaan Ilahi tok kesilapan y lampau ...~;
ReplyDeleteGee pun ade sana.. Gee tgk sha dikafankan.. Mmm, pengalaman yg betul2 menginsafkan.. Alhamdulillah. Terasa diri masih disayang dan diberi peluang... Mari sama2 kite muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan..
ReplyDeletesayu sanubari ini mmbacenye....hy Tuhan yg tau persaan ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Moga apa yg sha rasa, sha kongsikan memberi manfaat pd Islam.. Allah menegur kita dgn caraNya yg tersendiri.. Ayuh berubah ke arah kebaikan.. Titiskanlah air mata keinsafan.. Demi Allah semata..
ReplyDeleteterasa takut sangat...
ReplyDeleteTakutlah pada Allah.. Dan sedarlah sampai waktu, kita akan pergi jua... Moga kita tergolong dalam golongan mai'manah
ReplyDelete