Betapa aku merasakan hati dan jiwa ku kosong.. Hatiku mati.. Hanya jasad yg bernyawa.. Berjalan2 di muka bumi Allah ini..
Setiap hari aku bergelak ketawa.. Gembira melalui hari hari di dunia ini yang sudah semestinya indah.. Senyum kepada semua.. Menjalankan rutin harian seperti biasa..
Tapi... Hatiku kosong...
Kosongnya hatiku..
Bukan cinta yg aku cari untuk diisi.. Tapi keindahan iman.. Keindahan perasaan rindu pada ALLAH dan Rasulullah saw.. Keindahan perasaan takut dan sayu pabila menyebut nama ALLAH dan Rasullullah saw..
Aku rindu perasaan itu..
Solat..
Ya, solat mengisi jiwa.. Bacaannya.. Subhanallah.. Begitu indah.. Saat terasa betapa kerdil diri ini.. Saat terasa menghadap ALLAH SWT.. Saat bersendirian di atas sejadah.. Susun kata yg tersusun begitu indah..
***
Saat menbaca doa iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Saat menbaca al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Saat duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Saat membaca tahiyat awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Saat menbaca tahiyat akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Dan lihat saja dikala subuh, bacaan doa qunut itu begitu indah:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
***
Apa lagi yang ingin ku katakan?
Sepinya hati ini, hanya DIA yang tahu..
Rindunya hati ini, hanya DIA yang tahu..
Cinta di hati ini, hanya DIA yang tahu..
Ya ALLAH..
Tiuplah kembali perasaan indah itu dihatiku..
Aku benar2 merinduinya..
Aku benar2 menginginkannya..
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kegelisahan.
Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan.
Ya Allah..
Segalanya milikMU..
Tiada apa milikku..
Aku milikMU..
ohh.. Kosongnya hatiku ini Ya ALLAH..
Ku sembunyikannya dgn senyuman..
Ku kaburinya dgn kegilaan..
Walaupun sebenarnya..
Hatiku sepi..
Aku mencari ketenangan..
Aku mencari ketenangan..
No comments:
Post a Comment