Sunday, June 26, 2011

Pesan kok...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segalanya.. 

Hujung minggu kali ini, aku menghabiskan masa di Tambun, Perak rumah atuk belah ibuku.. Kedua kakakku jua pulang bersama anak2 sedara ku yg cumil2 itu.. Askar wataniah 4 org.. Gelaranku pada mereka.. Huhu.. Seronoknya bersama keluarga..

Kok, gelaran yg ku gunakan pada atuk belah ibuku.. Bekas Imam Masjid Lama tambun.. Syed Ishak namanya.. Nenek pula seperti biasa di perak kami panggil opah.. Opah Sopiah.. 

Di kampung ni mmg indah.. Semuanya seronok.. Dan aku jua tidak melepaskan peluang untuk bermanja2 dgn mereka.. Aku potongkan rambut dan misai kok, urut kepala dan bahunya, bawa opah ke klinik, dan macam2 lg.. Bak kata org perak, nak juah.. (Nak manja2)

Ketika mahu pulang, seperti biasa aku bersalaman sambil memeluk ciyum mereka.. Dan yang paling tak dapat ku lupakan, kok sempat berpesan kepadaku.. Sesuatu yg ringkas tapi dalam maknanya...

"Jangan Lupa Allah..."

2 comments: