Sunday, July 3, 2011

Hati..

Bismillah.. Salam wbt..

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan jejari ini menulis di alam maya.. Syukur jua ke hadrat Illahi kerana menyampaikan nyawa ku ke Syaaban yg mulia.. Mudah mudahan sempat jua diriku berjumpa dgn Ramadhan dgn izinNya, insyaAllah.. Ramadhan yg penuh makna.. Penuh cahaya..

Kali ini aku ingin berbicara soal hati.. Mengapa hati? Mengapa bukan jantung, peparu atau organ2 yg lain? Kerana padaku, hati itu kunci..

Hati.. 
Organ yg dr segi sainsnya cukup hebat.. Mencuci dan menyingkirkan segala yg tak elok.. Fungsinya luas.. Detox, protein synthesis, hormone, storage dan mcm2 lg.. Bekerja keras untuk empunya diri.. Yg mengagumkan, cell hati itu sendiri, hepatocyte yg jika 80% rosak pun ley regenerate balik.. Sungguh hebat ciptaanNya.. Subhanallah..

Tapi hati bukan setakat itu, hati juga sungguh banyak penyakitnya.. Riak, takabbur, sombong, bangga diri, busuk hati, hasad dengki, bersangka buruk.. Semua itu bermula dari hati.. Hati yg keras hitam.. 

Allah menilai seseorg bukan dari paras rupa atau luarannya.. Tapi dari isi didalamnya.. Iman, taqwa, akidah, akhlak, jiwa, hatinya dll.. 

Adakah kita benar2 mampu menilai seseorg dari cara pemakaiannya? Adakah kita benar2 mampu mengagak peribadi seseorg dgn melihat cara hidupnya? Sudah pasti TIDAK.. Kita hanya mampu mengagak.. Kerana kita hanya hamba.. Hanya hamba.. 

Yg dalam itu tersembunyi.. Tak dapat dilihat, tak dapat diselami.. Tidak dapat ditembusi dgn pancaindera yg diberi.. Hanya Dia saja yg benar2 mengetahui..

Selamilah hati..
Berfikirlah.. Dan cubalah perbaiki selagi waktu diberi..


Jangan sesekali mengata org lain.. Jangan sesekali merasakan diri betul, hebat dan tinggi.. Kerana kita tak tahu... Hanya Dia tahu.. Kita hanya seorang hamba.. Jadilah hamba yang patuh pada perintahNya.. Bukan mudah, tapi tak salah jika kita berusaha bukan? Bukankah yg terbaik itu adalah dengan sentiasa memperbaiki?

Peringatan untuk diriku sendiri dan kalian, jika tidak setuju dgn pendapat org lain, tegurlah dengan cara yg baik.. Lemah lembut dan berhemah.. Rasullullah SAW sendiri berdakwah secara lembut bukan? 

Janganlah mengikut nafsu, peliharalah kata-katamu..
Mari jihad hati... UntukNya..

Salam wbt..


Lihatlah keatas.. Subhanallah..

1 comment: