Tuesday, July 19, 2011

Ajal..

Assalamualaikum wbt..

Setiap diri akan merasai kematian.. Pasti.

Kematian itu pada dasarnya adalah batas dan penamat bagi fungsi biology seseorang insan.. Tapi, hakikatnya, ia bukanlah penamat.. Ia sebenarnya satu titik permulaan kehidupan yg  kekal selepas dunia.. Dunia yg hanya pinjaman.. Hanya sementara.. 

Alhamdulillah, betapa aku bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberikan peluang untukku menambah pengalaman dan ilmu.. Aku benar2 bersyukur kerana hari ini Allah benar2 mengetuk pintu hati setelah sekian lama terkunci.. 

Pengalaman di bilik mayat.. Melihat sendiri sekujur tubuh, diam lagi lesu yang hanya mampu terbaring kaku.. Ya Allah, tidak dirancang, tidak disangka.. Segalanya berlaku tanpa diduga.. 

Memang sudah sekian lama kami ingin melihat procedure post mortem di HSJ ni, tapi tak kesampaian.. Alhamdulillah, hari ni Allah memberi kesempatan untuk menambah pengalaman dan ilmu.. 

Kami pergi ke mortuary dan tanpa dirancang kami dibenarkan masuk.. Didedahkan dengan peralatan2 yg digunakan untukk melakukan post-mortem.. Pisau, senduk, forcep dan macam2 lg.. Kemudian, tanpa diduga kami diberi kesempatan untuk melihat mayat yg telah dibedah siasat yg tersimpan di dalam peti.. 

Melihat peti mayat saja membuatkan hatiku berdegup kencang.. Teringat cerita2 CSI yg kugemari.. Basically, semuanya kelihatan sama saja seperti dalam tv..

Saat picu ditarik, hati berdebar.. Terbukanya pintu, aku memegang erat tangan dila, sahabatku.. Dalam gelap kelihatan sekujur tubuh dibaluti kain putih.. Kemudian ia ditark keluar dan diselak kainnya.. Pucat, bagaikan tidur.. Aku hanya mampu melihat..

Kesan jahitan terserlah didada dan kepalanya.. Ya Allah, rasa dihati hanya Allah yg tahu.. Berdebar, takut, sedih, insaf dan rasa ingin tahu menyelubungi diri.. Pelbagai soalan diaju.. Penerangan yg diberi menyayat hati.. Entah mengapa air mata bergenang tapi alhamdulillah berjaya ku tahan sebagai tanda hormat pada si mati..

Mula aku berfikir.. Ya Allah.. Sesungguhnya satu ketika kelak, aku akan kembali.. MenemuiMu Ya Robb.. Sayunya hati.. Sayunya hati in..

Bersediakah aku? Cukupkah amalanku? Dosa2 laluku.. Ya Allah.. Tiada kata mampu menerangkan.. 

"Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', dan jadilah ia." (40:68)

Ajal kita adalah rahsia Allah.. Entah bila datangnya tidak diketahui.. Mungkin jua ajalku datang disaat aku sedang menaip ini.. Tiada siapa yg tahu..

Ya Allah, sungguh hambaMu ini terleka.. Alpa dengan nikmat dunia pemberianMu.. Ampunkanlah dosa2ku Ya Robb.. Terimalah taubatku.. Terimalah taubatku.. Pimpin dan bimbinglah daku.. 

Ya Allah, tiada kata mampu ku gambarkan, tapi ku pasti, Engkau memahami rasaku.. Malah Engkau lebih mengerti dari diriku sendiri.. 

Ya Allah, sungguh aku adalah milik mutlakMu.. Engkaulah Penciptaku.. Engkaulah Tuhanku.. Hanya diriMu yg ku sembah Ya Allah.. Hanya kamu..

Ya Allah, peliharalah daku.. Bimbinglah daku.. Pimpinlah hambaMu ini.. Limpahkanlah daku dengan taufiq dan hidayahMu.. Bawalah daku ke jalan yg diredhaiMu Ya Allah.. Sungguh hambaMu ini penuh dengan dosa.. Ampunilah daku Ya Allah.. Lindungilah daku dari azab api neraka dan azab kubur.. Permudahkanlah sakaratulmaut ku.. Tempatkanlah diriku bersama org2 yg beriman.. 

Aku tahu Ya Allah, ajalku makin hampir.. Aku tahu Ya Allah, saatku makin hampir.. Terimalah taubatku.. Terimalah ibadahku.. Ampunilah daku..

Rasulullah bersabda, “Perbanyaklah mengingat penghancur segala kesenangan yaitu Al-Maut (kematian)” (HR Tarmidzi). Kerana apabila kematian telah datang pada seseorang maka akan hilang segala kenikmatan yang dia rasakan. Dan pasti kematian akan datang kepada siapapun orangnya, kecil atau besar, tua atau muda, laki-laki atau wanita, alim ataupun jahil.

Ya Allah, terima kasih kerana mengetuk kembali pintu hati ini.. Hati yang makin mati setiap hari.. Subhanallah.. Betapa besar kasihMu Ya Robb.. Sekali lagi... Di bulan syaaban.. Bulan yang sama saat Kau mengetuk pintu hatiku tahun lalu.. Subhanallah.. Sungguh besar kasihMu.. Sungguh besar cintaMu.. Sungguh Kau mengasihi daku.. 

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Lailahaillallah.. 

Mari kawan2, mari teguhkan iman.. InsyaAllah, Dia akan sentiasa ada untuk membimbing kita.. 


Mudah mudahan Allah memberiku kekuatan dan ketenangan saat melihat post-mortem kelak.. InsyaAllah.. Dgn izin dariNya..


No comments:

Post a Comment