Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Tenggiri Fish Chip w Black pepper sauce

Assalamualaikum wbt..


Rasanya sudah begitu lama aku tidak berkongsi resepi di blog ini... Mungkin kerana faktor aku di rumah bercuti semester.. Jadi keutamaanku adalah family.. Bukanlah berblogging.. Tapi hari ini alhamdulillah, aku ingin kongsi satu lagi resepi yang aku reka lebih kurang 3 tahun lepas.. Tenggiri Fish Chip w Black Pepper sauce.. Salah satu kegemaran ayahku.. Sebab ikan tenggiri tue, dia yg pancing.. Heheh.. Ya, ayahku seorang kaki pancing.. Dan dia memancing di laut dalam, tengah2 laut, tak nampak tanah atau pulau katanya.. Sekeliling semua air.. Hmm, kalau aku, sudah pasti kecut perut dan mabuk laut tahap extreme.. Haha.. Semalam ayah baru g mancing ikan tenggiri.. Alhamdulillah, banyak juga hasil tangkapannya.. Ahad ni ada lagi satu trip memancing katanya.. Heheh.. Biarlah.. Ikan2 yg ayah bawa pulang, besar giler.. 


Semalam ayah request menu ni tapi bahan tak cukup, jadi postpone hari nie.. Senang je sebenarnya.. Cubalah yer..


Black Pepper Sauce


  • 2 sudu butter/mentega/planta
  • 1 labu bawang besar 
  • 4-5 bawang putih
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • 5 bii cili api (optional)
  • 2 biji tomato segar
  • Segenggam daun pudina
  • 2 sudu besar rempah kari 
  • sebotol black paper sauce 
  • lebih kurang 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • beberapa kali dash fresh coarse ground black pepper
  • 3 kali goncang sos cili (lebih kurang 4 sudu besar kot)
  • sos tiram skit (tak payah pun takpe)
  • sedikit tepung untuk melikatkan sauce
  • garam
  • gula
  1. Mulakan segalanya dgn bismillahirrahmanirahim..
  2. Blend bawang besar, bawang putih, serai, cili api dan halia. Sambil tu cairkan mentega.. Tumis bahan yg telah di blend tadi sehingga naik bau.. Jgn sampai hangit yer.. Nanti pahit..
  3. Semasa menumis, blend pula daun pudina dan tomato.. Bila dah naik bau, masukkan dalam periuk..
  4. Kemudian, boleh masukkan serbuk kari, sos lada hitam, serbuk lada hitam, fresh coarse ground black pepper, sos cili, sos tiram kalau nak (sikit je, tak payah pun takpe)..
  5. Then, boleh bubuh sedikit garam dan gula.. Macam tadi saya tambah sedikit madu dan sedikit cuka untuk sedikit rasa masam.. Tengoklah apa ada dekat rumah.. Just explore and try to do new things.. It's interesting... Tapi pandai2 la agak yer.. 
  6. Kacau dan biarkan mendidih sebentar di atas api perlahan..
  7. untuk memekatkan sauce, tambahkan sedikit tepung yg telah dibancuh dgn air sedikit terlebih dahulu untuk mengelak ia menjadi berketul2.. Jangan bayak sgt, coz nanti bila sejuk, ia akan lebih pekat..
  8. Dah siap... ^_^
Ikan:
Ikan tenggiri.. Ikan lain tak pernah try pulak.. Tapi boleh je kot..

Kalau nak goreng:
Tepung gandum + Tepung beras untuk merangupkan, kunyit, garam

Kalau nak grilled dalam oven/ microwave:
Garam kunyit sudah memadai.. Kalau nak tambah serbuh lada hitam, pun boleh

Coleslaw:
Kobis dipotong halus dan carrot diparut.. Gaul saja dgn coleslaw dressing lady's choice.. 

Kalau nak buat sendiri:

Stengah cawan mayonnaise
Sedikt susu segar (about suku cawan)
Stengah sudu teh lada sulah
Sedikit butter
Perahan lemon
Garam
Gula

Kentang goreng:
Beli saja, then goreng.. 

...Hasilnya...




Alhamdulillah, dah siap.. Selamat mencuba.. 

Assalamualaikum wbt..

Wednesday, September 8, 2010

paprik

Bahan bahan:
ayam/ daging/ udang/ nak campur pun ley tapi aku prefer paprik ayam jer..
bawang merah (biar banyak skit tak pe, manis)
bawang putih (skit je, tannak boh pun no hal)
halia skit dalam 1 inch
carrot
jagung muda
kacang panjang
kubis bunga
sos cili
sos tiram
cili kering blender.. cili boh tak sedap yer.. so, rebus then blend sendiri..
daun limau purut
serai ketuk2


Cara masak:
  1. blend suma bawang, halia, cili blend tadi dalam 2 3 sudu besar..
  2. tumis suma sampai pecah minyak.
  3. masukkan ayam. kacau kacau kacau
  4. jgn boh air lagi coz nanti air ayam tu kuar
  5. masukkan serai and daun limau purut.. nak wangi boh lebih.. nak hiris2 pun boley.  
  6. bila dah mendidih skit, ley masukkan sos cili, sos tiram, gula n garam skit..
  7. kacau kacau kacau
  8. then ley la masukkan sayur-sayuran
  9. pastu korang rasa lah apa yang kurang.. garam ke gula ke, sos tiram ker..
  10. kalau nak kuah lebih skit, boh air.. kalau dah terlebih air, nak pekatkan boh tepung jagung.. takda tepung jagung, tepung gandum pun boleh.. tapi mix dgn air dulu yer b4 masukkan..kalau tak nanti berketul2.. 
  11. dah siap.. alhamdulillah..
resepi nie khas untuk budak budak umah sewa aku.. ha, lepas nie nak makan paprik korang plak masak yer... aku nak rasa plak.. heheheh.. selamat mencuba...

begedil

Bahan-bahan:
ubi kentang
ayam
bawang potong dadu kecik2
cili potong halus2
daun sup n daun bawang dihiris halus
telur

Cara masak:
  1. mulakan ngan bismillah dan niat yang ikhlas yer..
  2. goreng ayam. gaullah sikit dgn garam.. takut melekat plak nanti.. kunyit, depends, nak bubuh boh je.. tanak  takpe..
  3. kupas kentang, potong kecik2 skit, then goreng haft cook.. ada gak yang rebus tapi dari pengalaman aku, nanti dia lembik sangat.. tapi ikot style korang la yer.. nak kukus pun ley gak.. 
  4. pastu, lenyek2kan kentang tue.. 
  5. ayam tadi korang ley either potong halus2 atau korang carik2 jer tapi kena halus2 skit la.. sebab nanti kita nak gentel bulat2 tak cantik lak.. 
  6. masukkan ayam, bawang, cili, daun sup, daun bawang ke dalam bekas berisi kentang lenyek tadi..
  7. boh garam skit, kalau nak boh lada sulah sikit ley gak..
  8. pastu, korang buatlah bulat2 kecik comey2 yer...
  9. bila nak goreng, pecahkan telur sebiji, salut begedil tue satu satu dengan telur then gorang.. 
  10. jgn selalu balik balikkan sangat takut pecah..
  11. dah siap.. alhamdulillah.. senang jer kan..
begedil nie makan ngan soto sedap.. tak pun cicah sos je.. layan gak.. adik aku paling suka begedil nie..

rendang negeri sembilan

Bahan-bahan:
ayam atau daging..
santan sebiji kelapa
serai 2 3 batang dititik
cili api (ikotlah banyak mana nak pedas boh lebih tapi kalau ley pakai cili api yang hijau muda tue yer.. kalau yang hijau pekat tue tak umph sangat.. kalau dapat cili api burung tue lagi power.. sapa nak mai blakang umah aku banyak.. hehehe)
bawang merah... (kalau betol2 n9, dorang tak pakai bawang pun.. ikot korang la nak boh ke tak)
kunyit hidup.. kunyit serbuk pun ley gak

Cara masak:
  1. mulakan dengan bismillah and niat yang ikhlas..
  2. tumbuk cili api dalam lesung bersama kunyit and garam sampai lumat.. kalau nak pakai bawang, tumbuk sekali..
  3. dalam kuali, boh barang2 yang korang dah tumbuk tue, then masukkan ayam atau daging
  4. masukkan serai yang telah diketuk ketuk
  5. kalau aku selalu boh air sikit time nie.. bagi ayam or daging tu mesra ngan cili api tue.. tapi sikit jer tau.. jgn banyak2.. dalam 4 ke 5 sudu besar jer.. jangan korang boh satu cawan plak.. tak jadi kang..
  6. bila air dah nampak menggelegak atau kering sikit, then, ley lah masukkan santan.. boh garam.. kacau kacau skit, and tunggulah sampai kering.
macam masak lemak cili api gak, cuma dia kering and tak memerlukan constant kacau..  senang jer kan.. makan ngan lemang sedap nie.. heheh.. selamat mencuba...
untuk lebih sedap: serai kena banyak n tambah sedikit kerisik dlm 2 ke 3 sudu.. (^_^)

rendang tok wah

assalamualikum wbt..
resepi nie resepi turun temurun family aku dari belah mak.. aku belajar dari wah (gelaran yg aku panggil untuk kakak mak aku yang sulong).. dia memang pakar dalam bab rendang tok nie.. every year ramai org tempah kat dia.. so, sekarang, aku nak berkongsi ilmu yang ada.. harap cuba yer.. insyaAllah, aku harap korang wat jadi..

Bahan-bahan:
3 kg daging potong besar2
santan 2 kg
serai 6 batang dimayang
bawang merah 6/7 ulas
bawang putih 3 ulas
halia 1 1/2 inci
lengkuas 1 inci
belacan sikit
gula merah dalam 200g
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
kerisik dalam 2 sudu besar
rempah kari daging 1 1/2 kampit yang kecik tue
cili serbuk 1 1/2 kampit yang kecik gak
daun kunyit dipotong2 halus
kelapa muda potong2.. kelapa nie bukan yang kelapa mesin tau.. kelapa sebiji tue, korang belah dua, then buang tempurung dia.. pastu potong2 kecik kecik..

Cara masak:
  1. mulakan dgn bismillah.. hati bg ikhlas yer.. baru masakan kita sedap
  2. gaul semua bahan dengan daging tue dalam satu bekas
  3. then, masak daging tue dlam kuali..
  4. bila gah agak2 sebati suma, baru masukkan santan..
  5. kacau sampai daging tue empuk..
  6. bila kuah dia dah kering sikit, masukkan daun kunyit and kelapa potong tadi
  7. sekarang ley lay masukkan garam and gula sebagai perasa.. agak2 layer, aku tak retilah nak cakap berapa sudu.. selalu men agak jer masak nie
  8. kacau2 sampai kering..
  9. dah siap...alhamdulillah.
petua:
jangan boh garam awal2 coz nanti daging tak empuk
rendang tok nie tak da tumis tumis yer, so korang jangan pandai2 boh minyak plak..hehehe

selamat mencuba.. aku doakan jadilah hendaknya yer..