Assalamualikum wbt..
Malam nie aku tak tau mcm mana nak cakap perasaan hati nie.. Ya, aku bersyukur alhamdulillah kerana hari ini hari yang indah.. macam macam berlaku.. tapi aku still rasa something di hati ini.. entah, aku tak tahu..
Esok last puasa.. Esok last aku berada di bulan ramadhan tahun nie.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih sempat menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini.. Aku bersyukur kerana ramadhan kali ini membuka pintu hatiku.. Allah memberiku hidayah.. Alhamdulillah.. Bersyukur tak terkira aku ke hadratNya kerana memberiku peluang..
Tapi aku sedey.. Ramadhan dah sampai penghujungnya.. Aku rasakan amalanku tak seberapa.. insyaAllah, tahun depan jika diizinkan Allah, jika umurku masih panjang, aku ingin memperbaiki amalanku.. Hati ini takut.. Aku takut aku kembali ke jalan lama.. Iman aku masih lemah.. Aku takut godaan2 syaitan yang mencucuk2 hati hina ku ini... Aku takut telinga ini lemah dengan rayuan dan kata2 manis syaitan itu.. Aku takut aku melakukan dosa2 dulu kembali.. Aku takut aku tersasar dari jalan yang lurus mencari keindahan islam ini..
Aku sedar, imanku rapuh.. Ilmu yang ku ada terlalu nipis.. Amalan yang ku buat terlalu sedikit.. Aku leka.. Aku belajar dari bacaan.. Kadang2 aku confuse dgn apa yang aku baca.. Aku tanya angah.. Bila aku kat rumah nie boleylah nak cari org rujuk.. Itupun sementara angah nak sembuh dari kecederaan dia.. bila dia dah balik umah dia kat kl nanti susahlah sikit.. Tapi, bila aku kat umah sewa aku, aku nak tanya sapa? Angah pun cakap, belajar kena cari guru.. Kena ada orang bimbing.. Takut aku tersalah ilmu dan tersasar.. Tapi sapa nak bimbing aku? Sapa aku nak cari? Bukan mudah nak jumpa orang yang betol2 nak bantu kita.. Yang ikhlas dan berusaha nak didik kita.. Aku taknak ganggu hidup orang lain.. Aku taknak kacau orang.. Aku taknak menyusahkan orang.. Tapi aku nak belajar.. Macam mana nie? Aku confuse...
Ada beberapa orang yang aku dah cuba.. Yang aku cari.. Tapi akhirnya semua berakhir dengan penyudah yang mengecewakan.. Macam2 orang aku jumpa.. Ada yang betol2 nak bantu tapi setengah jalan.. Ada yang depan cakap elok, tapi belakang mengata aku.. Ada yang menyokong tapi ramai lagi yang mengumpat.. Yang paling mengecewakan, ada yang bertanya.. "Ko rasa sampai bila ko macam nie? Ko rasa ko akan kekal ke? Dulupun ko try nak berubah kan?" Takkan ku lupa ayat itu.. Menjatuhkan semangatku.. Tapi aku tahu aku kena lawan.. Think positive.. Be positive.. Aku cuba untuk diam.. Susah memang susah tapi aku akan tetap cuba..
Perempuan better berguru dengan perempuan.. Aku akui betol.. Dengan lelaki ni susah sikit.. Takut terbuka pintu syaitan.. Iman dan hati kena kuat.. Cuma yang aku puji, lelaki ni tak bersangka buruk.. Mulut pun tak banyak cakap.. Tapi susah nak communicate coz different gender.. Ada tarikan lain.. Tu yang payah tue.. Aku masih mencari dan mencari.. InsyaAllah satu hari nanti aku kan ketemu juga dgn orang yang betol2 nak bimbing aku kerana Allah.. Buat masa sekarang nie, aku biarkan dulu.. Cukuplah apa yang aku dengar b4 this.. Cukuplah mata2 yang menjeling memandang serong padaku.. Cukuplah mulut2 manis yang senyum padaku tapi dibelakang mengataku..Cukuplah dahulu.. Moga Allah membimbing ku ke jalan yang benar..
Banyak benda yang aku nak buat tapi tak dapat.. Banyak benda yang aku nak belajar... Banyak tempat yang aku nak pergi tapi tak kesampaian.. Buat apa, baca apa, pergi mana.. Biarlah hanya aku dan Allah yang tahu.. InsyaAllah, nanti adalah rezeki tu kot.. InsyaAllah..
Raya nie hari kemenangan orang cakap.. Tapi menangkah aku? Entahlah.. Tidak rasanya.. Apa2pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.. Sekurang2nya, ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lepas..
Jiwa nie rasa kosong je kekadang.. InsyaAllah, akan aku penuhkan dengan iman dan takwa kepadaNya.. Doakan aku kawan2..
No comments:
Post a Comment