Assalamualaikum wbt...
Hari nie dah 26 ramadhan.. Maknanya malam yang ke 27.. Aku pernah terbaca bahawa Rasullulah SAW pernah bersabda bahawa carilah malam lailatul qadar itu pada malam yang ke 27.. Kita semua tahu ia pada malam2 yang ganjil. Jadi adakah malam ini malam lailatul qadar? Mungkin.. Hanya Allah SWT yang tahu.. Kita sebagai hambanya haruslah istiqomah dalam melakukan ibadat.. InsyaAllah akan ketemu jua apa yang dicari.. Pada gadis2 yang period tue, jangan khuatir.. Ya, kita diharamkan solat.. Tapi, kita masih boleh berzikir.. Zikir banyak2, doa banyak banyak.. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.. Ada satu ayat yang aku pernah baca dan aku suka.. "Jika doa kamu dimakbulkan segera, maka Allah menyayangimu, jika doa kamu lambat dimakbulkan Allah, maka Allah mahu mengujimu, dan jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk dirimu".. So, kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berdoa berdoa dan berdoa.. Tapi dalam masa yang sama, kenalah usaha ye.. Baru betol.. Pastu ley la tawakal kat Allah.. InsyaAllah, Allah akan bantu kita.. Tak kira lah dalam hal apa pun..
Hmm, lagi 4 malam je tinggal.. Jumaat nie insyaAllah dah raya.. Aku happy but at the same time aku sedey.. Aku amat menyayangi bulan ramadhan terutamanya tahun ini.. Alhamdullilah, Allah beri aku hidayah.. Aku bersyukur sangat.. Sedey bila terkenangkan masa yang pantas berlalu.. Macam2 soalan datang dalam otak aku nie.. Sempat ke aku nak habiskan ramadhan tahun nie? Sempat ke aku nak jumpa Ramadhan tahun depan? Cukup panjangke umur aku? Cukup ke amalan aku Ramadhan nie? Aku still tak berpuas hati.. insyaAllah, akan aku usahakan lagi..
Raya tahun ni kami akan beraya di rumah dulu, after solat sunat raya, then baru balik kedah kampung belah ayah.. Pastu nanti balik perak pulak kampung sebelah mak.. Tak sabar aku nak jumpa tok (nenek blah ayah), kok (atuk belah mak) and opah aku.. aku jugak nak gi ziarah kubur tokwan ( arwah atuk belah ayah).. insyaAllah.. Kat kampung nanti, aku nak manja manja dgn atuk nenek aku.. Bkan selalu dapat jumpa dorang.. Hmm, tak sabar plak rasa..
Marilah kita bersama2 mencari keredhaan Illahi...
Assalamualaikum wbt..
moga terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah - angah
ReplyDeletethanks sis 4 da support.. love ya..
ReplyDelete