Tuesday, September 14, 2010

My dream husband...

Tak tahu kenapa hati ini tergerak untuk menulis pasal benda nie.. Maybe coz fiza bangkitkan soal nie kot.. Tak pun diri sendiri yang gatai.. Ha ha ha...

K lah, diri ini mengimpikan seorang suami yang....
  1. Beragama islam dan mengamalkan cara hidup islam.. Bukan hanya pada nama..
  2. Seseorang yang mencintaiku kerana Allah, bukan kerana nafsu semata dan TIDAK mencintaiku lebih dari dia mencintai Allah.. Mahu cinta utamanya pada Yang Esa agar cinta kami diberkatiNya.
  3. Seseorang yang akan membimbingku dunia akhirat..
  4. Seseorang yang akan mengimamkan solat2ku..  
  5. Seseorang yang akan mengajar diriku dan anak2 kami nanti membaca Al-Quran..
  6. Mencintai kedua ibubapaku sepertimana dia mencintai kedua ibubapanya.
  7. Berfikiran jauh, matang, jujur, bertanggungjawab, memahami, penyayang, penyabar dan rajin membantu..
  8. Romantic tapi berpada pada.. Tidaklah terlalu meleleh kememeh sampai merenangi lautan api segala.. Cukuplah sikit2 dan kena masa and gayanya...
  9. Tidak akan memadukan diriku selagi ku mampu untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik atau tanpa sebab yang kukuh... Jika sebabnya kukuh, aku rela..
  10. Seseorang yang mengimpikan cinta abadi bersamaku sehingga ke syurga... 
Waaaaa... Bestttnya kalau dapat suami soleh macam nie... Bila bersamanya rasa tenang n tenteram je hati.. Nak buat ibadah pun seronok.. Bahagia kerana cinta diredhai Allah.. huhu.. insyaAllah..

hmm.. And bonus kalau dia...
  1. Tidak merokok.. 
  2. Berpelajaran atlease same level with me.. 
  3. Sejup mata memandang.. Tak hensem sgt.. 
  4. Boleh masak.. Simple2 pun jadilah.. So, if diri ku pergi dahulu, tak ada nanti, dia bley jaga diri dia n anak2 kami..
  5. Boleh lead takbir raya.. Wa, raya2 nie, tgk kat tv.. Tepikir plak nak laki yang ley lead takbir.. hehee...
Mudah-mudahan Allah makbulkan doa.. Bukan mencari yg sempurna.. Yang biasa2 saja.. Takda sape pun sempurna.. Masing2 ada kisah silam.. Yang lepas tu lepaslah.. Yang penting, masa kini, n masa muka..

Paling didambakan, sepuluh ciri yg atas tue.. InsyaAllah.. Kalau tak dapat semua criteria pun tak kesahlah, yang penting dia boleh membimbing dunia akhirat.. Moga suamiku nanti suami yang soleh... Tapi soleh itu bukan keluar2 dapat, kena usaha.. Kena ada niat nak berubah.. Itu yg lebih baik.. Mudah2an, ade le satu hari nanti.. Amin....

ohh Allah.. hati hina ini telah terbuka untuk bernikah.. huk huk..
(^_^)

No comments:

Post a Comment