Saturday, September 25, 2010

Air mata ibuku yang tak sanggup ku dengar...

Assalamualikum wbt...

Ibuku msg aku tadi, dia kata "Sedihnya bila angah dah balik kl.. Alip pulak pg camping.. Sunyinya rasa.. " Aku tau hati ibu ku sensara bila aku membaca msgnya itu.. Lalu aku terus menelefon ibuku.. Dari suaranya aku tahu dia sedang menangis.. Tapi dia cuba sembunyikan dengan bertanyakan perihalku.. Tapi aku tahu..

Bila aku tanya pasal angah, mak mula menangis lagi.. Kali ini tak dapat dibendung lagi kepiluan hatinya itu... Dia memberitahuku, dia mengunci pintu bilikku yang angah duduki selama 3 bulan since dia keluar hospital.. Mak cakap, dia tak boleh masuk bilik aku.. Dia terbayang2 angah, ibrahim dan khalid.. Manataknya, 3 bulan dia membela mereka.. Dari kaki kakakku tak dapat memijak tanah langsung, sehinggalah dia mampu berjalan tanpa tongkat sedikit demi sedikit.. Dari mak aku membawa makanan dan air semua ke atas untuk akakku makan kerana dia tak mampu turun, shinggalah akakku mampu untuk turun makan bersama di meja makan..

Aku faham perasaan ibuku.. Bila aku cuti sem 2 bulan pun dia begitu.. "Ano tak da nanti susahla mak.." Ayat tue lah yg akan dia ulang dan ulang seminggu dua sebelum cuti sem ku habis.. Ayat itulah juga yg akan dia perkatakan kpd kawan2 dia bila mereka dtg ke rumah kami.. Aku hanya mampu mendengar.. Tak tahu apa yg harus aku perkatakan..

Raya lepas, aku cuti 2 minggu, kak yong seminggu.. Masa aku dan kyg nak balik pnck alam, ibuku menangis lagi.. Itulah ibuku... Amat menyayangi anak2nya... Aku sangat teramat sangat sayang pada ibuku..

Mendengar rintihannya di telefon tadi, secara automatik airmataku turun laju membasahi pipi.. Aku memang lemah dengan airmata ibuku.. Tak sanggup aku mendengarnya.. Tak sanggup aku melihat dia sedih.. Bila di depannya, aku masih mampu bertahan.. Tapi di dalam telefon, tak terdaya diri ini.. Kerana aku tak mampu untuk memeluk menenangkan dirinya.. Ya Allah, kini juga aku sedang menangis...

Ibuku... Sharifah Durah binti Mior Ishak.. Seorg yg begitu gigih membesarkan anak2nya.. Begitu besar jasanya pada kami 4 bradik.. Masa dia masih sakit, dia gagahkan juga untuk membuat kerja2 rumah.. Bila tgnnya luka berdarah kena pisau, masih juga dia meneruskan masakannya walaupun pedih terkena air atau perahan limau.. Ibuku tidak mengeluh.. Dia hanya diam.. Bila dia dah tak larat sgt, dia akan naik ke bilik untuk baring kejap.. Kadang2 dia terlena.. Bila aku nampak dia tidur, tak berani aku untuk mengejutnya atau membuat bising.. Kerana aku tau dia penat.. Ibukulah org yg paling awal bangun, dia jugalah orang yang terakhir tidur..

Aku hanya mampu mendoakan ibuku.. Moga ALLAH tabahkan hati ibuku dalam menempuhi dugaan ini.. AKu tahu dia rindukan ibrahim dan khalid.. Aku tau dia rindukan riuh rendah rumah kami bila cucu2nya ada.. Walaupun rumah bersepah dgn mainan bila cucu2nya balik, ibuku tak pernah marah.. Dia biar je.. "Biasalah budak2 katanya.."

Aku tahu dia sunyi sekarang.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, tabahkanlah hati ibuku.. Moga dia tenang menghadapi hari2 yang mendatang... Amin...

No comments:

Post a Comment