Friday, July 13, 2012

Ramadhan yang ku tunggu..

Ahlan ya ramadhan, begitulah yang sering kita ucapkan apabila ramadhan hendak  menjelma. Syaaban melabuhkan tirainya dan ramadhan menjelang tiba...


Ramadhan.. Satu bulan yang ku nanti-nanti.. Why? Ada sentimental value di bulan ini.. Antara seorang hamba dan Pencipta diri.. Subhanallah, indah sungguh indah. 

Pada tahun ini, ayuh kita tanamkan sepenuhnya semangat untuk membuat sehabis baik dalam bulan ramadhan. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga, namun InsyaAllah turut menepis semua dugaan dari nafsu diri. 

Subhanallah, indahnya Ramadhan.. Sungguh ternanti2 kedatangannya.. Nikmat sahur, puasa, berbuka, tarawikh dan kemudiannya qiyam.. Mencari satu malam bernama lailatul gadar.. Subhanallah, Tenang sungguh tenang hati di bulan ramadhan.. 

Tambahan pula tahun ini genap sebulan aku dapat berpuasa bersama keluarga insyaAllah.. Gembiranya, alhamdulillah.. 

Allah itu Maha Hebat.. Dia tahu apa yang diperlukan hamba-hambaNya.. Quran telah jelasHadis juga jelas.. Sungguh Allah itu benar dan Islam itu adalah agama yang benar...


Teringat beberapa tahun lalu saat mula2 perubahan ku, di bulan syaaban inilah Allah memanggilku.. Kemudian ramadhan yg penuh kelainan ku rasai.. kemudian tahun2 selepasnya, Alhamdulillah..


Sungguh nikmat terasa.. Seperti tahun lepas, kawan kepada abg iparku dipilh Allah melihat kolah masjid tempat mereka berikhtikaf menjadi beku di sepertiga malam.. Benar2 ku menangis saat mengetahui kejadian itu.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...


Kini Nuraishah, Allah memberi mu peluang sekali lagi.. Jagalah diri.. Usah serabutkan otak dengan perkara yang hanya akhirnya menyakitkan hati.. Tapi carilah ketenangan dan cinta hakiki yang hanya bisa didapati dengan mencintai Pencipta Diri.. 



Allah..


Sungguh hambaMu ini lemah.. Terkadang aku lemas dipukul ombak.. Aku kalah pada hasutan laknatullah.. Peliharalah daku Ya Robb, pimpinlah daku, janganlah Kau tarik kembali hidayah yang pernah Kau beri padaku..


Bantu hambaMu ini O Tuhan.. Berikan aku teman yang bisa mendekatkan.. Bukan Yang menjauhkan aku dari cintaMu.. Kerna itulah yang benar2 ku perlu.. Pembimbng ke syurga, bukan pembawa ke neraka...


Kuatkan hati ku Ya Allah, agar aku tidak jatuh mengalah.. Pasakkan hati dan iman ku ini di taman2 syurgaMu.. Dan berilah ku rezeki untuk bertemu kekasihMu Ya Robbi, Rasulullah saw yang amat ku rindu..



Tidak kesampaian impianku untuk berpuasa di Mekah tahun ini.. Takpelah, insyaAllah bila tiba masanya nanti, Allah izinkan jua aku melangkah kaki di Mekah Mukarrahmah, dan solat di hadapan kaabah yang benar2 amat  teringin rasa hati ni nak pergi.. Malangnya masa itu masih belum tiba.. InsyaAllah, dengan izinNya, satu hari nanti.. 


Sahabat, teman dan saudaraku, ku mohon keampunan.. Ku mohon kemaafan.. Maafkanlah diri ini.. Redhailah diri ini.. Halalkanlah segalanya, mudah-mudahan jika ku mati, aku bisa pergi dengan senyuman.. Kerna ku pergi menemui Yang Kekal..


Usah risau, Allah Maha Tahu.. Allah benar-benar Maha Tahu.. Jadi ayuhlah, persiapkan diri menemui ramadhan yang penuh barakhah.. Mudah-mudahan madrasah Ramadhan ini menjadikan kita tergolong bersama para al-maimanah..


Amin Ya Robb..


Amin..


** Hayatilah bait lirik indah lagu Muhasabah Cinta ini.. Pasti mengalir di pipi air mata keinsafan jika benar2 didengari dari hati.. Allhurobbi.. 










2 comments: