Misalnya, kita impikan hidup suci bersih ketika kecil hingga remaja, dibesarkan dalam suasana beragama dan didikan agama yang baik, hafiz hafizah (sempurna hafalan al-Quran 30 juz) di waktu kecil, mendapat pendidikan tanpa perlu bercampur lelaki dan perempuan, terjaga akhlak, terjaga aurat (ada yang memakai purdah sejak kecil dan jarang keluar rumah). Kemudian dewasa menjadi seorang yang berjaya. Petah berkata-kata dan berhujah, pandai al-Quran dan bijak Hadis. Seterusnya bertemu jodoh yang beragama, orang agama atau cendekiawan cerdik pandai. Yang boleh memimpin, membantu dan membahagiakan kita dunia akhirat.
Tapi tidak berlaku sedemikian dalam hidup kita..
Ada sahaja yang tidak kena dalam hidup kita meniti kedewasaan hingga ke tua. Impikan yang terbaik, dapat yang terbalik. Rancang cantik belaka, tapi berlaku sebaliknya..
Sebenarnya, kita tetap perlu bersyukur walau siapa pun kita pada hari ini. Tidak semuanya dilahirkan dalam keluarga beragama yang memberikan didikan agama yang baik..
Kita jangan cuba jadi dia, tapi jadilah diri kita sendiri. Kita tak mungkin jadi orang lain, tapi kita mampu jadi lebih baik dari orang lain. Walaupun orang itu lurus dan lancar sahaja perjalanan hidupnya dari kecil, kita pula sebaliknya, tidak bererti dia lebih baik dari kita. Kita yang dah melalui suka duka-pahit maung-dosa dan noda inilah yang patut buktikan, kita mampu jadi lebih baik dari dia..
"Walaupun aku bukan dia, aku mahu jadi lebih baik dari dia atau diri aku yang sekarang ini."
Memang jalan hidup kita berbeza, tapi bukan jalan hidup baik atau tidak, lancar atau bengkok yang menjadi ukuran pada pandangan Allah. Tapi siapa yang lebih bertaqwa, siapa yang lebih takut pada Allah. Siapa yang lebih bijak menjaga diri dan keluarganya dari api neraka, siapa yang lebih bijaksana mengubah dirinya sendiri ke arah lebih baik. Bukan ibu bapa atau guru yang mengubah kita, tapi kitalah yang mengubah diri kita sendiri..

- Nukilan sahabatku, Syabab Musafir Kasih -
Dalam senyum ada tangisan
(T_T)
.png)
No comments:
Post a Comment