بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Masuk saja waktu magrib 1 Ramadhan, maka bermulalah bulan
Ramadhan al-Mubarak yang penuh rahmat dan berkat. Dibulan ini segala amalan sunat akan diganjari
sebagai pahala fardu dan segala amalan yg difardukan akan digandakan berlipat
kali ganda.
Berbanyak-banyak bersyukurlah kepada Allah SWT kerana Allah
SWT telah pilih kita untuk hidup di dalam bulan Ramadan sedangkan ramai
saudara-saudara kita telah pergi dijemput oleh Allah SWT sebelum dapat berjumpanya.
Alhamdulillah, masih ada sisa hidup untuk mengumpul bekalan ke sana. Inilah bulan tarbiyah.. Inilah dia bulan madrasah..
Ayuh kita tingkatkan amal. Kita perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bersedekah dan amal-amal yang lain. Ayuh sahabat, kita perbaiki yang wajib dan tingkatkan yg sunat. Marilah berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya.
Alhamdulillah, masih ada sisa hidup untuk mengumpul bekalan ke sana. Inilah bulan tarbiyah.. Inilah dia bulan madrasah..
Ayuh kita tingkatkan amal. Kita perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bersedekah dan amal-amal yang lain. Ayuh sahabat, kita perbaiki yang wajib dan tingkatkan yg sunat. Marilah berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya.
~ ~ ~
Solat Terawih dan Solat Tahajjud.
Solat
sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin dan tidak pernah
ditinggalkan oleh Nabi SAW adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud
adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT terutama dibulan Ramadhan.
“Tahajjud”
bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh
dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah
menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah
sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua
rakaat.
Baginda bersabda:
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya:
“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan
mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah
lepas.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim, no: 759)
Firman
Allah SWT maksudnya :
“Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud”
padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah
al-Israa’ ayat 79)
Dalam
sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah
kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah,
mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan
mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)
Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran
termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah
SWT terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda
lagi.
Sabda Rasulullah SAW :
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا
خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
Maksudnya : “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita
membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas
menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibri datang kepada
Rasulullah SAW. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.
Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda;
Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda;
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ
يَتْلُوْنَ كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ
نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ
الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya : “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu
rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling
mempelajarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas
mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para
malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang
berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Solat fardu
berjemaah di masjid.
Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah di
masjid. Bila musafir sekalipun baginda akan tetapi mengerjakan solat berjemaah
di dalam perjalanan.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha), maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )
Apatah lagi pahala solat berjemaah dimasjid dibulan Ramadan
ini, sudah pasti akan di lipat gandakan oleh Allah SWT. Jadi pergilah, angkan
kaki mu ke istana2 Allah..
Solat Duha.
Dari Abu Dzar r.a.,
beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap sendi (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya. Setiap tasbih itu
sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah,
perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan
kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat
Muslim)
Dari Abu Hurairah
r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat
kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua
rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
Bersedekah setiap hari.
Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah
SAW ;
‘Ya Rasulullah!
Apakah sedekah yang paling afdhal?’
Jawab Rasulullah SAW ;
Jawab Rasulullah SAW ;
الصَّدَقَةُ في رمضَانَ
“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ،
وَأَجْوَدُ مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ
جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ
فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ
بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Sentiasa Berwuduk.
Dari Umar bin
Khattab r.a, dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk
ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat
dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh
kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan
tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua
kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau
tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari
dosa." (Hadis Riwayat Muslim).
Bertaubat dan
Beristighfar.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah
amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan
diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
~ ~ ~
Apabila seseorang itu menjaga agamanya, memelihara
tanggungjawabnya sebagaimana yg dititah perintahkan Allah SWT kepadanya, maka
dia akan merasa betapa Allah SWT bersama dengannya semua urusannya.
HambaMu yang hina ingin kembali membina hati..
UntukMu Ya Robbi..

semoga semua amalan2 yang kita lakukan diterima Allah..
ReplyDelete