Friday, July 20, 2012

RAMADHAN 1433

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, akhirnya Ramadhan 1433 yang dinanti-nanti makin hampir..

Subhanallah, nikmat Ramadhan tak terkira.. Dibuka semua pintu2 syurga, diikat semua syaitan, dilipat kali ganda pahala, dan melimpah2 rahmat dariNya..


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Umur kita ni, entah sampai atau tidak ke Ramadhan wallahu 'alam.. Jika ada rezeki, syukur Alhamdulillah.. Kerna Ramadhan adalah bulan untuk kita berlumba2 mendapatkan redha Allah.. Benar2 muhasabah dan bekejar2 menaiki tangga taqwa.. Tapi dalam berlari itu, biarlah teratur langkahnya. Agar ibadah yang dibuat tidak menjadi sia-sia cuma..

Ramadhan kali ini, genab sebulan ku dapat berpuasa bersama ibu dan ayah, insyaAllah.. Setelah 7 tahun merantau menuntut ilmu, akhirnya abis alhamdulillah.. Tapi perjalanan tak akan terhenti sampai di sini.. Menuntut ilmu itu jihad.. Sampai mati wajib belajar.. 

InsyaAllah akan ku teruskan ke peringkat seterusnya jika diizinkan Allah.. Tapi dalam ramadhan dan syawal ini, rasanya mahu berehat dahulu.. Bercuti bermanja mesra dgn famili dan kembali membina diri..



3 tahun telah berlalu, naik dan turun imanku. Ya Allah, sungguh terasa hina diri ini.. Tegar sekali melakukan dosa padaMu Ya Robbi.. Bertambah hina terasa bila masa lalu ku diadili.

Ramadhan kali ini, insyaAllah aku mahu benar2 membina imanku.. Urusan dunia mahu ku kurangkan.. Sudahlah, ku sudah penat memikirkan benda yang menyakitkan dan melemahkan iman. Ya, 25 sudah usiaku.. Tapi itu bukan penghalang kebahagiaan ku..

Urusan jodoh ku tolak jauh2.. Malas sudah ku memikirkannya.. Serah bulat2 pada Allah.. Usahaku dengan doa, untuk mencari, tidak lagi.. Cukuplah hati ini disakiti. Kebahagian mutlakku bukan dengan cinta dunia, tapi dengan cintaNya.. 

Benar cinta itu fitrah manusia, tapi jika ia hanya melemahkan imanku, lebih baik tiada.. Ku damba pemimpin ke syurga, bukan pembawa ku ke neraka.



Allah… Dengan izinMu.. Ramadhan ini akan ku kembali mengaji.. Ibuku sudah mengaturkan guru ke rumah.. Alhamdulillah, terima kasih mak.. Aku mahu membetulkan kembali bacaan ku, tajwid dan makraj lafazku.. Aku mahu mengejar syafaat quran di akhirat kelak.. Mudah2an, Allah memudahkan jalanku..

Aku mahu ke Mekah mukarrahmah.. Aku mahu mengerjakan umrah, aku mahu melihat kaabah.. Aku mahu solat di masjdil haram, masjid nabi dan lain2 lagi.. Aku mahu menghayati gua Thur, aku mahu mendalami kisah2 perang para sahabat dahulu.. Aku mahu solat banyak2 disana, aku mahu mengaji banyak2 di sana.. Aku mahu benar2 membina diri..




Airmataku, tak terkira lagi.. Bukan sedih kecewa, tapi sedih melihat diri.. Hinanya aku, hinanya aku , hinanya aku dimata MU… Betapa banyak dosa2 laluku O Tuhan, setiap helai rambut yang pernah dulu ku pamerkan, setiap inci kulit yang dahuluku tontonkan.. Ya Allah hinanya aku.. Tanpa malu melakukan dosa kepadaMu.. Ingkar pada perintah Penciptaku..

Aku tak mampu Ya Allah untuk menukar kisah silamku, aku hanya mampu memohon keampunan daripadaMu.. Ya Allah, hanya keampunan dariMu yang dapat menyelamatkan aku dari azab yang tak terhingga.. Hanya Dikau O Tuhan yang dapat benar2 menyelamatkan.. Hanya padaMu jualah kuserahkan segala urusan..


Allah, aku kembali padaMu.. Peliharalah daku.. 






No comments:

Post a Comment