Pernahkah anda bermimpi hingga apabila bangun, tangisan membasahi pipi?
Nightmare? Mm, bukan..
Semalam, kejadian itu berlaku.. Dan tangisan itu terus mengalir hingga kedengaran azan subuh.
Sebak rasa hati dan pelbagai kenangan kembali..
Sedaya upaya ku cuba menenangkan hati dgn zikrullah..
Akhirnya terlena kembali.
Mungkin hanya mainan syaitan kerna keuzuran membuatkan ku lemah..
Mungkin juga aku terlalu memikirkan sesuatu sehingga terbawa ke alam mimpi..
Walau apa pun sebabnya, aku yakin ia semua aturan Allah..
Dalam deraian air mata aku sedar..
"Yang lepas itu semalam, hidup saja dengan kenangan..
Hari muka itu lebih baik dicorak dengan lebih berkesan"
Subhanallah.. Terima kasih Allah..

Kadang2 terasa mcm lebih baik kita tak melalui memori tu dr awal bila ia berakhir dgn kesedihan..tp apa daya kita utk nak elak semua tu..sebb dr mula kita tak tau adakah memori yg kita lalui tu akan berakhir dgn kesedihan atau kegembiraan..wallahualam..jgn sedih2 ye.. :)
ReplyDeleteItulah cabaran hidup yang harus ditempuh. Walau amat sukar tapi sbgai hamba kita harus yakin, Allah itu Maha Tahu.. Cuma kadang2 terkenang, eindu pada saat gembira itu.. Huu, don't worry.. I'm okay.. Still smiling insyaAllah..
ReplyDeletePsl komen sy kat atas tu, sy pernah alami 1 memori yg berakhir dgn kesedihan tu. Sy telah kecewakan sorg gadis ni. Memberi harapan tinggi pd dia. Rasa bersalah sgt kat dia sampai skarang. Tak dpt nk gambarkan rasa bersalah tu. Sbb sy bkn jenis org yg buat salah & bleh lupa cmtu ja. Tambah plak tu 1st time sy buat kt sorg gadis cmtu & psl kejadian tu sy dah jd takut nk berkenalan dgn mana2 gadis lg. Apapun sy berharap sgt gadis tu dpt lupakan sy & maafkan sy setulus hati. Ntah la..minta Allah kuatkan semangat dia..tu yg sy rasa lebih baik tak ada memori tu klo tau akan berakhir dgn kesedihan..tp nak buat cmna kan.. mcm awak ckp itulah cabaran hidup..pengalaman mematangkan kita untuk lebih berhati-hati..So apa pendapat awak pasal kes sy ni?
ReplyDelete**kan bagus klo ada alat dlm MIB tu yg skali picit, bole hilang ingatan atau laci doreamon yg boleh blk zaman silam..haha
Gadis tu tahu, bukan niat awak untuk kecewakan hati dia, bukan harapan awak semua itu berakhir, bukan juga kuasa awak untuk menentukan takdir. Gadis itu tahu betapa awak rasa bersalah, dan betapa awak juga sebenarnya terluka.
DeleteTapi saya yakin, gadis itu tak pernah menyalahkan awak, tak pernah membenci awak, tak pernah sekalipun menyesal dengan kehadiran awak dalam hidupnya.. Gadis tu tak berharap pun memori yang ada tu tak pernah berlaku, malah sebenarnya dia bersyukur. Sebab pada dia, awak adalah sesuatu yang indah.. Sesuatu yang pernah membahagiakan dia.. Buat dia tersenyum dan ketawa dan awak sebenarnya menghadiahkan dia memori yang dapat dia simpan sampai bila2.
Cuma, semua itu hanya sementara.. Tapi sbgai hamba kita kena sentiasa ingat, itu takdir Allah, itu kata Allah.. Jadi pasti itulah yang terbaik.. Allah tu yang paling tahu semua benda. Dia yang jadikan kita, Dia jugalah yang akan mengambil kita kembali..
Sebab itulah gadis itu mahu awak gembira.. Mahu awak teruskan hidup seperti biasa.. Saya yakin, dia tak nak awak terus macam ni, dia nak awak bahagia. Cari kegembiraan semula.. Sebenarnya, dia hanya mahukan yang terbaik untuk awak.. Saya pasti..
Jadi usahlah risau, gadis itu cukup kuat.. Biasalah kalau kadang2 dia terkenang, hati perempuan memang diciptakan lembut. Tapi Allah akan jaga dia, Allah akan bimbing dia.. Dan Allah masih mengukir senyuman di wajahnya..Kan orang cakap, kekuatan seorang wanita bukan pada tenaga, tapi hatinya.. InsyaAllah, semuanya akan baik2 saja nanti buat kamu berdua.
** Wahhh, macam Dr. Nuraishah Khamsah pulak.. Huu, senyum2 selalu k.. Jaga diri. (>_<)
T.kasih Dr. Nuraishah Khamsah atas kata2 & nasihat di atas..moga2 gadis yg sy kenal tu berpikiran mcm yg awak kata..huhu..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha yg ke 2.. :)
InsyaAllah.. Selamat Hari Raya AidilAdha. (>_<)
Delete