Assalamualaikum wbt...
Semua org tahu bangun solat di sepertiga malam itu sungguh bagus.. Tapi, apakah sebenarnya kebagusan itu?
Mengapa sehinggakan Rasulullah SAW sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah?
Mengapa sehinggakan Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh?
Mengapa sehingga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulangnkali?
Saranan Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a
“….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.” (Muttafaqun ‘alaih).
Apakah kelebihan-kelebihan solat malam?
* Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
* Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah SWT, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
*Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya.
(HR Adam bin Abu Iyas)
*Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.”
(Surah al-Isra, ayat 79)
Banyak bukan hadis dan surah yg menyentuh hal ini? Terbukti sudah keistimewaannya.. Ok, kita sambung lagi...
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah yg bermaksud:
“Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.”
(HR Abu Daud)
Aku mahu suami sebegini.. Mudah mudahan ALLAH perkenankan...
Aku mahu suami sebegini.. Mudah mudahan ALLAH perkenankan...
*Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.”
[Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah SAW:
“Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.”
(HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya RasulullahSAW bersabda:
“Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”
(HR Tirmidzi).
Petua mudah untuk bangun solat malam:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari. (B4 zuhur yer.. about 15- 30 minutes only.. BUKANNYA BERJAM JAM)
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya.
5. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya.
6. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Latihan untuk tidur malam :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
Waaaa.. Colorful tul entry aku kali nie.. heheh..
So, basically, tidoe malam awal, then bangun awal.. Bukannya tidoe lewat, bangun pun lewat..
So, basically, tidoe malam awal, then bangun awal.. Bukannya tidoe lewat, bangun pun lewat..
Peringatan untuk diri sendiri yg solat malamnya makin berkurangan..
Hmm, susah betul nak istiqamah..
Kuatkan semangat sha.. Pasti boleh.. Nekadkan diri..
Oklah.. Dah ngantuk..
Mudah mudahan bermanfaat..
Wallahu a'lam
Assalamualaikum wbt...
nite nite sumer...
follow balik, k
ReplyDelete