Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Allah mengizinkan aku untuk meraikan tahun baru islam sekali lagi.. Yang dahulunya aku tak pernah ambil peduli.. Tidak ambil kisah dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.. Begitu ruginya diri...
Astarfirullahalazim.. Sungguh banyak dosaku Ya ALLAH.. Ampunilah daku.. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang hina..
HIJRAH - Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Selain itu, hijrah juga boleh dimaksudkan dengan meninggalkan sesuatu yang dilarang. Maknanya, hijrah boleh juga difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Maka, aku berazam.. Di tahun baru ini, aku ingin berhijrah menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik insyaAllah.. Aku berazam untuk mendidik diri agar manjadi lebih kuat, tabah dan teguh dalam menempuhi halangan2 dalam mencari keredhaan ALLAH..
InsyaAllah, mudah mudahan ALLAH memberiku kekuatan.. Sesungguhnya daripadaNYA aku datang dan kepadaNYA jua aku kembali..
Salam Maal Hijrah sahabat sahabatku..
Assalamualaikum wbt...
salam 'alaik
ReplyDeleteMoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dari segi amalan kita
assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteterima kasih..
insyaAllah..